BAB 14

Romance Completed 14835

Hari ini berlangsungnya majlis persandingan di rumah keluarga Zharif. Pagi-pagi lagi mereka sudah bertolak ke rumah keluarga Zharif untuk bersiap-siap. Mujurlah rumah mereka dekat sahaja dan hanya mengambil masa selama 40 minit.

Mereka telah memilih untuk memakai pakaian songket berwarna maroon. Itu adalah warna pilihan Zharif sendiri. Sarah hanya mengikut sahaja. Dia kelihatan anggun sekali dengan memakai baju kebaya songket berwarna maroon.

Ramai tetamu yang hadir dan selain rakan-rakan Datuk Razlan dan Datin Aima, rakan-rakan Zharif dan juga Zahra juga ramai yang datang.

Tepat jam 1 tengahari, kompang mula dipalu dan mereka bersanding di atas pelamin. Mereka berdua kelihatan sangat sepadan di atas pelamin. Ramai yang memuji keserasian antara mereka berdua.

Jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang, tetamu masih ada cuma tidak seramai tadi. Zharif pergi berjumpa dengan kenalan rapatnya sementara Sarah pula sedang rancak berborak dengan keluarga Zharif.

" Tahniah Zhaf. Tak sangka lah kau akan kahwin secepat ni " ucap Emir.

Zharif tersenyum kecil.

" Terima kasih. Tu lah dah jodoh kan. Kau bila lagi? " .

" Aku insya Allah akan datang. Kumpul duit dulu " .

Zharif mengangguk.

" Bagus-bagus " bahu sahabat baiknya itu ditepuk perlahan.

" Eh Zhaf, tu " Emir memandang ke arah seorang gadis yang sedang berjalan menghampiri mereka.

Zharif menoleh.

" Zhaf, aku pergi makan dulu ea. Lapar pulak " Emir sengaja ingin memberi ruang buat Zharif bercakap dengan gadis itu.

Zharif hanya mengangguk perlahan. Emir sudah pun berlalu ke arah khemah makanan.

" Hai Zhaf " sapa gadis itu.

" Hai Tasha. I tak sangka you datang ".

Natasha tersenyum nipis.

" I datang nak ucapkan tahniah pada you. Tak sangka kan lelaki yang paling I sayang dah kahwin " ujarnya dengan nada kecewa.

" Tasha, janganlah cakap macam tu. You buat I rasa serba salah pulak. You deserve better. I yakin you akan jumpa lelaki yang lebih baik daripada I nanti " .

Natasha mengangguk lemah.

" Congratulation again. Beruntungnya wife you kan " .

" Thank you Tasha. Jemputlah makan".

" Boleh you teman I makan? Untuk kali yang terakhir " pinta Natasha.

Zharif diam seketika. Apa pula pandangan orang nanti kalau dia menemani Natasha makan.

" Zhaf? Boleh tak? Please " .

" Okay I teman " Zharif akhirnya setuju kerana simpati dengan Natasha.

Daripada dulu lagi anak rakan papanya itu suka pada dia tapi dia tidak pernah melayan. Dia berharap Natasha akan melupakan perasaannya itu setelah dia berkahwin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience