HKMK 1

Romance Series 10316

Syurga kecil ini telah dihuni Miya bersama lelaki kecilnya hampir dua tahun.Di situlah dia membesarkan Ariz sendirian tanpa seorang yang bernama suami.Dia tekad tidak akan menoleh kebelakang lagi walau pun seringkali dipujuk oleh bekas mertuanya kerana tidak mahu cucu tunggal mereka membesar tanpa seorang ayah.Tapi seorang yang bernama SAMIYA tetap tidak menoleh ke belakang lagi.cukuplah sekali dia ditipu.Cukuplah 3 tahun kesetiaannya di khianati lantaran dia tidak mampu memberikan zuriat buat suaminya.Baginya lelaki itu tidak layak bergelar suami dan ayah.Biarlah seperit mana sekalipun dia akan tetap tabah dalam membesarkan anaknya Ariz.Ariz hidup tanpa bapa.Biarlah.Ariz hanya ada ibu.Biarlah.Ariz tidak pernah bertanya perihal ayahnya.Miya senang dan selesa begini.

#FLASHBACK#

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini dadanya selalu berdebar-debar.Hatinya resah tidak menentu.Beberapa malam sudah dia didatangi mimpi-mimpi aneh.Semuanya berkaitan dengan suaminya Hazri.

Miya bermimpi tika berjalan bersama Hazri ,suaminya meninggalkannya terlalu jauh dibelakang tanpa menoleh ke arahnya.Miya juga bermimpi ketika dia minum kopi bersama Hazri tiba-tiba datang seorang wanita turut sama minum cawan yang sama dengan suaminya sedangkan dia minum di cawan yang lain dan tiba-tiba cawan di tangannya retak.Tapi baginya semua itu hanya mainan tidur.Miya juga di datangi mimpi bila mana dia melihat suaminya bersanding di atas pelamin bersama wanita lain.Bagi Miya ianya tetap mainan tidur.
Telah berulang kali teman-teman yang agak rapat di tempat kerjanya mengingatkan agar lebih berhati-hati terhadap hubungan baik antara suaminya dan kawan karibnya Wina.Tapi Miya tidak mengambil berat pun terhadap teguran itu.Baginya dia tidak pernah mencurigai kesetiaan suaminya apatah lagi sahabat karibnya Wina yang telah dikenalinya ketika dia belum lagi mengenali suaminya.Tiga tahun pertama perkahwinan mereka Miya dan Hazri tidak dikurniakan cahaya mata.Ariz hadir setelah tiga tahun mereka bergelar suami isteri.Di dalam tempoh itu Hazri sering kali meluahkan isi hatinya untuk memiliki cahaya mata.Hazri seolah-olah menyalahkan Miya.

Setahu Miya,Wina juga telah mempunyai buah hati dan dalam perancangan untuk mendirikan rumahtangga.Namun begitu Miya tetap berdoa andainya benar ada berlaku kecurangan di dalam hubungannya dengan Hazri ,Allah akan memberikannya petunjuk.Dia menggantungkan segenap harapannya pada Allah.

Tapi segala-galanya terbongkar pada malam itu.Itulah detik duka bermula dalam hubungannya dengan Hazri.
Malam itu dia tidak dapat melelapkan matanya meskipun jam telah menunjukkan angka 1.30 pagi.Ada resah yang berkecamuk membadai fikirannya.Tiba-tiba dia terlihat telefon bimbit Hazri menyala terang tanda ada mesej masuk.Miya mencapai telefon bimbit yang terletak di meja kecil sebelah suaminya .Lelaki itu tidur mati.
Perlahan-lahan dia membuka mesej yang masuk tadi.Tertera nama 'Pak Abu' di skrin.
Gatal lagi jemarinya untuk mengetahui lebih lanjut hajat 'Pak Abu' di tengah-tengah malam buta mengganggu suaminya.
"tak tidur lagi ke?" Tanya 'Pak Abu' seakan ramah.Jemari Miya menari-nari membalas soalan 'Pak Abu'.
"belum mengantuk lagi" taip Miya laju.

"Abang!!! rindu laaaa.Kenapa abang lama tak datang jumpa Wina."bait-bait yang di taip 'Pak Abu' kali ini merentap tangkai jantungnya.Jantungnya bagaikan melompat keluar dari dalam badannya.
Dengan kesabaran yang menipis dia menggagahi jemarinya membalas mesej itu.
"Tidurlah.nanti abang datang" Miya terus menutup telefon bimbit itu tanpa menunggu balasan.

""WINA!!!!!!!" Hatinya bergetar menyebut nama itu.
"Apalah hubungan Wina dengan Hazri sehingga ber'abang-abang'."

"Apakah hubungan mereka berdua?Apakah dia yang buta selama ini?"Miya terus dihujani persoalan demi persoalan.Airmata mengalir deras bagai empangan yang pecah.Malam itu dia tidak dapat melelapkan mata hingga ke subuh.
Miya melangkah longlai menuju ke bilik sebelah.Dibentangnya sejadah dan dia terus menunaikan solat-solat sunat.Selesai solat Miya duduk bersimpuh menadah tangan mengadu pada yang maha Esa.Dia terus mengadu,merayu,merintih moga yang maha Esa memberikannya kekuatan membantunya mengatasi kisah duka ini.

**********************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience