HKMK7

Romance Series 10316

Masa demi masa terus berlalu pantas.Sedar tak sedar sudah hampir 2 tahun Miya hidup sendiri.Bukan tidak ada yang cuba mendekati Miya tapi di tolak secara baik oleh Miya.Miya cantik,menarik,ceria dan ramah.Mudah mesra dengan sesiapa sahaja.Dari bujang teruna,bujang terlajak,suami orang semuanya cuba mendekati Miya.Miya serik.Miya tak mahu melukakan hatinya lagi.Cukuplah derita yang ditanggungnya dahulu.Walau pun luka itu semakin pulih tapi parutnya tetap ada dan akan berdarah bila-bila masa sahaja.


Ariz semakin.membesar.Petah berkata-kata membuatkan Miya terhibur.Sekali sekala Miya akan menemani Ariz menemui atuk dan neneknya di kampung.Miya tidak.mahu memutuskan hubungan Ariz dengan kedua orang tua itu.

Dari Encik Badrul dan Puan Hasnah,Miya mengetahui bahawa Hazri telah pun bernikah dengan Wina.Perkahwinan itu berlangsung hanya di sebelah pihak perempuan sahaja.Ianya juga berlangsung tanpa kehadiran Encik Badrul dan Puan Hasnah sekeluarga.Tapi Miya tak kisah.Biarlah.Itu hak mereka untuk mencari bahagia.Miya ingin mencipta bahagianya yang tersendiri hanya bersama Ariz.


Di sebabkan ketekunan dan kejujuran Miya bekerja,dia telah dinaikkan pangkat sebagai pengurus cawangan.Miya telah berpindah dari bilik kecil tersebut kepada rumah dua tingkat yang lebih selesa yang telah dibelinya.Miya berhasrat untuk membawa ibu dan adik bongsunya yang masih tinggal di kampung untuk tinggal bersamanya.

Miya mengupah seorang pembantu rumah untuk menjaga ibunya yang kurang sihat.Bik Surti juga ditugaskan untuk memasak dan.menjaga keperluan ibunya Puan Siti ketika Miya pergi bekerja.Ariz tetap dihantar ke rumah pengasuh walau pun ibunya melarang Miya berbuat demikian.Puan Siti ingin mengasuh cucunya itu tapi Miya tidak mahu membebankan ibunya.Biarlah ibunya berehat sepenuhnya.

Hari ini hari Sabtu.Miya mengajak Bik Surti dan ibunya pergi membeli belah.Banyak barang-barang keperluan dapur yang telah habis.Miya juga berniat untuk membelikan ibunya dan Bik Surti pakaian baru.

Setelah memakir kereta,Miya meminpin tangan ibunya masuk ke dalam.pusat membeli belah itu.Sementara itu Bik Surti menolak troli mengikuti Miya dari belakang.Ariz didudukkan di dalam troli.Dari satu kedai hinggalah ke kedai yang seterusnya mereka masuk.Entah bagaimana tiba-tiba Miya terlanggar seseorang sehinggakan beg-beg plastik di tangannya berterabur.

"Errrr....maafkan saya.Saya tak nampak encik tadi.Maafkan saya..."Ujar Miya sambil meminta maaf kerana kecuaiannya.Mata bertentang mata.

"Ehhhh....ini Samiya ...kan."Tiba-tiba lelaki itu bersuara.

Miya cuba mengingati wajah itu.

"Ehhhh.... ini Khairul ....kan?"Kata Miya dengan nada terkejut bercampur gembira.

"Iyerrrr...saya Khairul.Tak sangka kita bertemu di sini." Ujar temannya Khairul.

"Shopping ke?" Tanya Khairul sepatah.

"Ahaaaa...saja je bawa ibu dan bibik beli baju." Jawab Miya ringkas.

"Ini anak saya.Ariz" Miya mengusap kepala Ariz.

"Owwhhhh....comel anak Miya" Puji Khairul.Miya hanya tersenyum menerima pujian itu.

"Okeylah....saya pergi dulu.Senang-senang datang lah ke rumah" ujar Miya mohon undur diri .

"Ini nombor telefon saya.Kalau nak datang jangan lupa telefon dulu. Jangan lupa datang rumah.Bawalah anak-anak dan isteri sekali "Ujar Miya lagi.

Khairul menyambut kad dari Miya sambil tersenyum.

"Anak tak ada ,isteri pun tak de macam mana nak bawa" Desis hati Khairul.Dia hanya menyimpan nombor telefon Miya sebagai koleksinya sahaja.Baginya tak perlu untuknya memanjang-manjang hubungan dengan Miya kerana Miya isteri orang.

Mereka berpisah di situ.Dulu,mereka belajar satu fakulti.Sekadar teman biasa.Tidak pernah lebih dari itu.Setelah masing-masing menamatkan pengajian,mereka membawa haluan masing-masing.
Khairul mengakui Miya lebih cantik dari dulu walau pun telah berumah tangga.Kalau Miya belum kahwin rasanya dia mahu mencuba nasib.

Setelah penat meronda seharian,Miya mengajak ibunya dan Bik Surti pulang.Miya perlu berehat kerana esok dia akan bekerja.

Semalam Miya menerima panggilan daripada Puan Hasnah.Orang tua itu rindukan Ariz.Sebelum ini Miya telah berjanji sekali sekala akan membawa Ariz bertemu tok abah dan tok ummi.Agak lama juga dia tidak membawa Ariz ke sana.Tidak mustahillah orang tua itu merindui cucu kesayangannya.Miya berjanji akan membawa Ariz bertemu tok umminya nanti.


Hari itu cuti umum.Miya bercadang untuk ke kampung Puan Hasnah membawa Ariz


"Bik Surti!! Miya dengan ibu nak balik kampung.Bik Surti boleh cuti selama 2 hari.Nanti Ahad petang Bik Surti boleh datang balik ke sini."Ujar Miya.


"Baik mbak Miya.Terima kasih"Bik Surti tersenyum manis bila majikannya mengizinkannya bercuti.Miya menghulurkan sekeping note berwarna ungu.

"Ambil la Bik buat belanja bik Surti nanti"Hulur Miya.

"Ngak usah mbak.Bibik ada wang sendiri" Tolak Bik Surti.Dia malu untuk menerima pemberian Miya kerana selama ini Miya terlalu baik dan tidak pernah berkira dengannya.

"Jangan malu Bik.Ambillah." Miya memaksa Bik Surti mengambil wang itu.

"Terima kasih mbak."kata Bik Surti kegembiraan.

Miya bertolak ke kampung dengan ditemani oleh ibunya dan Ariz.Kereta Honda Accord yang dipandunya membelah keheningan pagi.Dia singgah di gerai buah-buahan untuk membeli beberapa jenis buah-buahan untuk dijadikan sebagai buah tangan.
Perjalanan yang agak lama itu meletihkan Miya.Puan Siti yang meriba Ariz di belakang tersengguk-sengguk menahan mata yang ingin terpejam.


Tidak lama kemudian Miya pun sampai ke kampung dan dia terus membelok masuk ke kawasan rumah dua tingkat itu.Bukan main gembira lagi Puan Hasnah dan Encik Badrul melihat kedatangan bekas menantunya bersama cucunya.

"Cucu tok ummi dan besar yer..."ujar Puan Hasnah sambil mengambil Ariz yang terpisat-pisat baru bangun tidur.Dia mencium seluruh wajah Ariz tanda rindunya dia terhadap sikecil Ariz.

"Marilah masuk.Panas kat luar ni" Pelawa Encik Badrul dengan senyum yang meleret sejak melihat cucunya tadi.Dia telah memasang angan-angan ingin membawa Ariz naik motor keliling kampung.Dia ingin membawa Ariz ke kedai kopi.Dia ingin menunjukkan kepada kawan-kawannya bahawa cucunya telah pulang menjenguknya.

Memang selama ini dia agak iri hati bila melihat kawan-kawannya begitu bangga membawa cucu masing-masing naik motor keliling kampung.Dia pun teringin begitu tapi apa kan daya.Mujurlah Miya baik hati walau pun telah berpisah dengan Hazri tapi Miya masih lagi mahu pulang ke kampung menjenguknya.Anak-anaknya yang lain masih belum berumah tangga dan tinggal agak jauh.Itu sebab dia suami isteri begitu marah dan terkilan dengan tindakan Hazri yang memceraikan Miya tiba-tiba.

Petang itu Miya, Puan Hasnah dan Puan Siti masak bersama-sama di dapur.Bermacam-macam cerita yang dibualkan.Terasa meriah sangat saat itu.Encik Badrul entah ke mana hilangnya bersama Ariz.

Ketiga-tiga mereka bercerita,bergurau,usik mengusik.Kelihatan sangat mesra.


Di waktu yang sama tapi di tempat yang berlainan sebuah kereta metalik hitam meluncur laju membelah cuaca panas itu untuk pulang ke kampung.Hazri memandu bersendirian.Meski pun isterinya Wina merengek-rengek manja dan merajuk ingin mengikutinya pulang ke kampung namun Hazri belum bersedia untuk membawanya bersama.Hasratnya ingin memujuk umminya agar dapat menerima Wina sebagai menantu.

Dia membelok masuk ke kawasan rumah orang tuanya.Hatinya berdesis,

"Kereta siapa pulak ni?"Setahunya adik-adiknya tidak ada yang memiliki kereta seperti itu.Dia membuka pintu kereta dan melangkah keluar dari keretanya serta menjengah-jengahkan kepalanya meninjau kereta itu.Tapi tidak ada petunjuk pun yang membolehkan dia mengetahui pemilik kenderaan itu.

Ketiga-tiga wanita yang berada di dapur masih lagi tidak menyedari kepulangan Hazri.Tiba-tiba Hazri terlihat abahnya pulang menaiki motosikal.Di hadapannya berdiri seorang anak kecil kegirangan.

"Ehhhhhh!Ariz!!!" getus hatinya.

"Maknanya ini kereta Miya lah"Monolognya sendirian.

Hazri menghulurkan tangannya menyalami Encik Badrul.Tanpa dapat ditahan-tahan dia mencium pipi gebu Ariz bertalu-talu.Rasa rindu membuak-buak terhadap anaknya.Anak yang ditinggalkannya hanya kerana mengejar sesuatu yang belum.pasti.Dia berharap semoga Wina mampu melahirkan zuriatnya.

"Bila sampai?" Tanya abahnya yang seakan terkejut dengan kepulangannya.

"Baru sekejap ni" Jelasnya ringkas.

"Ariz datang dengan siapa bah"Soal Hazri ingin mencungkil maklumat walau pun hatinya telah pasti kereta itu milik Miya dan Miya ada di dalam rumah itu.

"Miya."jawab Encik Badrul sepatah.Hatinya resah,bimbang kalau nanti Miya salah sangka sedangkan dia tidak pun memberitahu pada Hazri tentang Miya.
Encik Badrul melangkah masuk ke dalam rumah diikuti oleh Hazri yang mana tangannya mendukung Ariz tidak lepas.Sesekali dia mencium pipi gebu anaknya.

"Assalamualaikum!!!" Hazri memberi salam.Semua terkejut melihat Hazri lebih-lebih lagi Miya.Miya tergamam.Suasana kecoh dan meriah menjadi suram.

"Kenapa pulak tiba-tiba balik?" Sergah Puan Hasnah kurang senang dengan kepulangan Hazri.

"Tak kan along tak boleh balik ummi."Kata Hazri.

"Bukan tak boleh tapi salah masa.."Gumam umminya.Miya terus terdiam tanpa kata.Berderau darahnya melihat Hazri berdiri di hadapannya sambil mendukung Ariz.

"Kamu balik sorang ke?" Tanya Encik Badrul.

"Iyer abah.along balik sorang.Along tak berani nak bawa menantu abah balik"Jawab Hazri.

"Siapa menantu abah???" Keras suara Puan Hasnah.
"Jangan pernah berani kamu bawa bini kamu balik ke sini!!" Jerkah umminya.Miya dan ibunya terpinga-pinga tidak mengerti.Bagaikan melihat slot drama pukul tujuh malam di tv.
Hazri hanya mampu menunduk.Malu.Dia mengusap-ngusap kepala Ariz yang terlentuk di atas ribaannya.Mungkin mengantuk agaknya mengililingi kampung bersama tok abah.

"Bak sini cucu aku." Puan Hasnah mengangkat Ariz lalu membawanya ke dalam bilik sambil di ikuti Miya dari belakang.Ariz diletakkan lembut di atas tilam.Lena sekali dia tidur.

"Miya! Ummi mimta maaf.Ummi tak sangka Hazri akan balik.Ummi tak ada niat pun nak temukan Miya dengan Hazri."Perlahan nada suara Puan Hasnah.Dia mengusap-ngusap belakang Miya.

" Miya faham,ummi" Ujar Miya.

Kepulangan Hazri secara mengejut membuatkan suasana menjadi sedikit muram.Miya tidak seceria mula-mula sampai pagi tadi.Sewaktu makan malam pun Miya lebih banyak menyebukkan dirinya melayani Ariz.Dia mengelak dari bertentang mata dengan Hazri.

Bagi Hazri pulak itu adalah suatu nikmat yang tidak terhingga.Telah lama dia merindukan wajah itu untuk di tatapnya.Dia rindukan air tangan Miya.Dia rindukan senyuman manis Miya.Dia rindukan semuanya dari Miya.Ahhhhhh!!!! Angaukah dia?????Pelikkan??

Malam itu selepas makan malam semuanya berkumpul di ruang tamu.Semuanya seronok melayan kerenah Ariz yang berlari-lari ke sana sini kegembiraan.Encik Badrullah yang paling seronok melayan kerenah cucunya.Semua kemahuan Ariz di ikutkan.Miya ke dapur membancuh kopi untuk santapan malam.Sekali lagi Hazri begitu kemaruk menikmati air tangan Miya.Dia meneguk air kopi itu laju sehinggakan hampir setengah teko habis diminumnya.

"Ehhhh along...tak pernah minum kopi ke?Bini kamu tak reti nak bancuh kopi ke?Sampai habis 1 teko dia minum sorang." Rungut Puan Hasnah.

Hazri baru tersedar sikapnya yang terburu-buru.Dia menggaru-garu telinganya yang tidak gatal.Tiba-tiba telefon bimbit Miya berbunyi,berlagu.Terpapar nombor yang tak dikenali.Miya bangun lantas menyambut panggilan itu.Hazri memasang telinga.

"Waalaikumsalam" Kedengaran Miya menjawab salam dengan lembut.

"Boleh saya tahu siapa yang bercakap di sana" tanya Miya.

"Khairul!!!!" Kedengaran sedikit kuat suara Miya.Berderau darah Hazri bila terdengar ada nama lelaki di sebut Miya.Tiba-tiba perasaan Hazri bergelodak.Cemburu.Terasa jantungnya berlari 500meter.Degupnya kencang lintang pukang dirasakannya.Terasa mahu tercabut.Darahnya bagaikan naik ke kepala.Telinganya yang putih bertukar kemerah-merahan.Dia benar-benar cemburu.Tapi berhakkah dia mempunyai perasaan itu?? Miya bukan miliknya lagi .Miya hanyalah seorang asing dalam hidupnya.Dia melihat Miya berbual begitu mesra di talian.Sesekali Miya ketawa mengekek-ngekek.Sesekali Miya tersenyum ,Asyiknya Miya melayan seseorang itu di talian.Hazri terus mengetap gigi.Dia ingin lari tapi kakinya bagaikan dipaku di situ.Telinganya seolah-olah terjulur panjang mengintip perbualan Miya.

Tidak lama kemudian dia melihat Miya mematikan talian.Matanya tajam memandang Miya.Kalaulah matanya setajam mata pedang telah lama dicantasnya seseorang yang berbual dengan Miya sebentar tadi.

"Siapa yang telefon tadi Miya?Macam mesra je ummi nampak"Tanya Puan Hasnah.Yessss !!!!soalan itulah yang diharapkan Hazri keluar dari mulut seseorang di rumah itu.

"Tak adalah ummi.Kawan biasa je,Kawan masa belajar dulu."Jelas Miya jujur.
"Kawan tapi mesra ke Miya?" Soal Puan Hasnah sengaja memancing perasaan Hazri.Dia sedar perubahan sikap Hazri.Dia mencubit perlahan lengan Puan Siti yamg duduk di sebelahnya.Puan Siti tersenyum.Hazri makin gelisah.Memang dia cemburu.

"Kalau dah mesra begitu cepat-cepat la Miya.Nanti jangan lupa bagitahu ummi.Ummi boleh tolong sediakan apa yang patut.Jangan tunggu lama-lama."sambung Puan Hasnah lagi membuatkan Hazri makin terbakar.

"Kalaulah ummi punya anak lelaki ramai,dah lama ummi calonkan dengan Miya tapiii...."Kata-kata Puan Hasnah mati disitu.

Hazri tidak mampu bertahan lagi.Dia bingkas bangun masuk ke dalam bilik.Kata-kata umminya umpama belati yang menghiris hatinya nipis-nipis lalu di perah dengan asam limau.Pedih.Tidak tergambar lagi sakitnya.Dia menhenyakkan tubuhnya ke atas tilam lembut itu.Tangannya diramas-ramas.Dia menggenggam penumbuk. Tergenang airmata jantannya walau pun tidak tumpah ke pipi.Puan Hasnah mencebik bibirnya memandang Miya.

"Biar dia rasa."Katanya sambil tersenyum.Miya terkulat-kulat tidak faham maksud Puan Hasnah.

"Kenapa ummi?" Soalnya.Puan Hasnah hanya tersenyum sambil mencuit bekas besannya.

Hazri tidak pernah merasakan perasaan yang memuncak ini terhadap Miya.Selama ini perasaannya tersimpan jauh di sudut hatinya.Tidak pernah terusik walau pun sekali.Miya begitu cermat menjaga perasaannya hinggakan dia tidak pernah tahu bahawa perasaan nan satu ini terlalu membahang untuk bekas isterinya itu.Ya!!Dia masih cintakan Miya malah cinta itu sudah menutupi segenap hatinya.Rasa cemburu bersulamkan cinta yang panas sedang membakar perasaannya.Dia rasa hatinya, perasaannya,jiwanya dan seluruhnya telah hangus terbakar.Rentung.Hangit.WINA????Ssshhhh...pergi jauh-jauh.Sekarang cuma ada Miya.

Baru sekarang dia sedar sesungguhnya dia hanya mencintai Miya.Ya Miya.Satu-satunya Miya.


**********************



.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience