HKMK3

Romance Series 10316

Miya tersedar dari lena ketika telinganya menangkap deruan kereta Hazri keluar dari kawasan rumah mereka.Kesempatan itu di ambilnya untuk keluar bilik dan mencari makanan di dapur bagi mengalas perut.Dia menjamah sisa-sisa makanan malam tadi.Sedikit biskut dan roti juga air dibawanya masuk bilik.Dia tidak akan keluar bilik jika Hazri ada di rumah.

Malam itu Miya tidur bersama Ariz.Letih terasa badannya melayan perasaan.Dia tidak pasti adakah suaminya sudah pulang atau belum.Dia tidak mahu lagi bertanya khabar tentang suaminya.Miya mahu mencipta dunianya sendiri hanya bersama Ariz.

3 bulan telah berlalu semenjak peristiwa sedih itu berlaku.Tiada lagi airmata yang mengalir.Tabahnya Miya.Hazri????Agaknya dia selesa tanpa tekanan dari Miya.Tapi semenjak kejadian itu tiada lagi sarapan di atas meja.Tiada lagi baju yang sedia dibasuh dan digosok tersangkut rapi di dalam almari.Tiada lagi hidangan makan malam yang menyelerakan terhidang di atas meja seperti selalu.Tiada lagi rumah yang kemas sedap mata memandang di hadapannya.Segalanya telah tiada.cuma yang ada meja makan yang kosong dan berhabuk cuma yang kelihatan pintu bilik yang kemas berkunci jika tiada penghuninya.Kadang-kadang terdengar suara Ariz mengekek-ngekek ketawa bergurau dengan Miya.Sukar juga hidup Hazri tanpa layanan Miya.Selama ini dia telah terbiasa dengan layanan Miya yang sempurna.Kelam kabut juga dia mengatur hidup dia semula tapi itulah jalan yang dipilih olehnya.Tidak terduga sesukar ini.Makan minumnya bercelaru.Seringkali dia terbabas bangun pagi.Pergi kerja dengan pakaian yang tidak bergosok.Seringkali berlari-lari anak mengejar waktu.Tapi cintanya terhadap Wina mengaburi mata hatinya.
Bukannya Hazri tidak terasa kesepian dengan keadaan itu.Lama Miya bertahan.Tidak pernah Hazri menduga sekeras itu hati Miya.Sangkanya mungkin Miya akan mengalah dalam tempoh seminggu dua tapi ternyata keadaan ini berlarutan lebih dari 3 bulan.Mereka kini bagaikan tak lebih dari teman serumah.Jarang sekali bertembung.Masing-masing dengan dunia sendiri.Hazri leka melayan Wina sementara Miya mengatur strategi untuk masa depannya.Dia ingin membina masa depannya hanya dengan Ariz.

Miya merisik di tempat kerjanya adakah sesiapa yang ingin menjual kereta second hand.Secara kebetulan rakan sepejabatnya ingin menjual kereta viva kerana ingin menukar kereta baru.Miya bersyukur kerana walau pun pelbagai kesukaran dihadapinya namun kebanyakan urusannya dipermudahkan.

Petang itu Miya memandu sendiri keretanya pulang ke rumah. Terketar-ketar dia memegang stereng kereta itu.Matanya betul-betul di fokuskan ke atas jalan raya.Badannya di bongkokkan ke depan.Berpeluh dahinya meskipun penghawa dingin berfungsi sepenuhnya.Bulat mata Hazri melihat sebuah kereta yang asing parking di dalam kawasan rumahnya.Dia menelefon Miya.

"Sayang!!!! Ini kereta siapa yang parking di dalam rumah kita??" tanya Hazri ingin mendapat kepastian.

"Kereta saya" jawab Miya sepatah lalu mematikam talian.
Berdesing telinga Hazri mendengar jawapan Miya.Dia menendang-nendang tayar kereta itu sambil mendengus,
"Alaaaa ..kereta buruk je pun.*
Tapi jauh di sudut hati Hazri terpana dengan perubahan ketara sikap Miya.

Hari itu hari minggu.Miya telah pasti seperti selalunya Hazri telah keluar entah ke mana.Penuh hati-hati dia melngkah keluar biliknya.Ariz tidur lena selepas menyusu.
Tiba-tiba lengannya dicengkam erat oleh tangan yang gagah.Miya menjerit terkejut.Hazri muncul tiba-tiba.

"Duduk!!!kita perlu berbincang" tegas nada suara Hazri.Miya tunduk ke lantai tidak mahu memandang wajah Hazri.Dia cuma senyap menunggu kata-kata keluar dr mulut suaminya.

"Abang dah buat keputusan abang akan mengahwini Wina" Kata Hazri sambil menarik nafas.
"Wina akan tinggal bersama kita."Sambung Hazri.

Tanpa kata-kata,Miya bingkas bangun menuju ke biliknya.Anehnya tiada airmata yang tumpah.Tiada debaran tiada tindak balas darinya.

Sejak dari hari itu Miya lebih berusaha membina hidupnya bersama Ariz.Dia meminta rakan-rakannya membantunya mencari bilik untuk disewa.Hatinya telah mati untuk lelaki itu.

Sedikit demi sedikit dia memindahkan barang-barangnya ke bilik yang disewanya tanpa pengetahuan Hazri.Kadang kala dia bermalam di bilik sewanya bersama Ariz.Suaminya tidak peduli lagi terhadap dia.Sikap suaminya yang sedang mabuk asmara memudahkan Miya mencapai misinya.Siang hari dia bekerja di pejabat manakala malam hari dia bekerja sambilan dari dalam biliknya.Misi menambah pendapatan ternyata lumayan walau pun berat badannya mulai menurun.

Malam itu seusai solat Isyak pintu biliknya diketuk oleh Hazri.

"Keluar sebentar abang ada hal nak berbincang." ucap Hazri.Miya melangkahkan kakinya mengikut Hazri dari belakang tanpa sempat membuka telekungnya.

"Macam mana?Miya dah bersedia nak terima Wina sebagai ahli keluarga kita?" Soal Hazri.

"Kalau pompuan tu tinggal di sini saya akan keluar dari rumah ini!!!" Tegas nada suara Miya.

"kenapa pulak?" soal Hazri.

"Soalan bodoh"Desis hati Miya.
Tergambar di wajah betapa bodohnya lelaki yang dipanggil suami oleh Miya.

"Saya mengundur diri.Awak boleh lakukan apa sahaja dengan bini baru awak.Saya tak kan jadi penghalang.Saya tidak akan meminta apa-apa dari awak selain dari jangan kacau hidup saya dan Ariz." ucap Miya selanjutnya.
" Saya akan keluar dari rumah ini secepat yang mungkin" Sambung Miya.Terkedu Hazri berhadapan dengan sikap Miya malam ini.Ternyata Miya telah bersedia menerima tiap kemungkinan.

"Kalau Miya melangkah keluar dari rumah ini maka abang ceraikan Miya dengan talak 1" Hazri tidak dapat menahan kemarahannya atas kedegilan Miya.Sangkanya Miya akan melutut menangis merayu kerana diceraikan tapi dia silap.Sangkanya Miya akan mengharapkan simpatinya kerana tidak punya arah tujuan.Bibir yang telah lama tidak mengukir senyum itu tiba-tiba mengukir senyum yang melebar.Miya terasa bebas sebebas bebasnya.Dia mempercepatkan langkahnya.

"Terima kasih.Selamat pengantin baru" ucap Miya sambil berlalu ke biliknya.Dia mengemas semua barang-barangnya yang masih tersisa lalu memuatkan ke dalam kereta kecilnya.Dia mendukung Ariz sambil berlalu meninggalkan Hazri kebingungan.Ketika deruan kereta Miya meninggalkan rumah itu barulah Hazri seakan-akan tersedar apa yang telah berlaku.


"Sayangggggggggggg!!!!" Rintihnya lama.

Setelah itu bermulalah kehidupan Miya tanpa insan yang bergelar suami.Hazri tidak pernah menyangka Miya telah mempersiapkannya dirinya sejauh itu.Terasa perasaan kesal bertimpa-timpa datang menjengah.Ya,dia menyesal menceraikan Miya.Bagaimanakah dia sanggup bertindak begini. melepaskan 2 insan tersayang pergi tanpa dia tahu ke mana arahnya.Hujan semakin lebat dan petir sambar menyambar.Hatinya terkilan kerana tidak menjangkakan Miya sanggup pergi dalam keadaan petir yang sabung menyabung.

Perlahan-lahan dia bangun menjengah bilik Miya.Ternyata bilik itu kosong.Ternyata Miya telah lama bersedia menghadapi saat itu.

"Ke manakah kau pergi Miya???" Desis hatinya.Tiba-tiba petir berdentum.Kuat.Hujan semakin lebat tiba-tiba.Hatinya digayut risau mengenangkan Miya dan Ariz.

Miya sempat sampai ke bilik sewanya ketika hujan mula turun.Dia meninggalkan barang-barangnya di dalam kereta.Berkejar dia mendukung Ariz lari dari hujan.Ternyata dia sudah kuat untuk menghadapi dugaan itu.Dia akan terus berjuang untuk membesarksn Ariz.


****************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience