HKMK8

Romance Series 10316

Sejak pulang dari kampung tempohari,Hazri berubah.Dia lebih banyak berdiam diri.Dia cuba menyebukkan dirinya dengan pelbagai aktiviti tapi dia gagal.Dia cuba senyum tapi senyumnya penuh kepuraan.Dia bersikap dingin terhadap Wina.Wina perasan perubahan itu tapi dia tidak mengesyaki apa-apa.Sangkanya mungkin Hazri tertekan dengan sikap ummi dan abahnya yang tidak mahu menerima dirinya sebagai menantu.
Sejak itu juga Hazri telah pandai balik lewat malam.Bila ditanya kemana dia pergi alasannya tetap sama.Banyak kerja yang perlu dibereskan.
Sebenarnya Hazri banyak mengintip gerak geri Miya.Dia mengekori setiap pagi dan petang ke mana Miya pergi.Ya!!!Hazri gila talak!!Dia rela tidur di dalam kereta hanya kerana Miya.


Berbulan-bulan dia melakukan itu.Tanpa disedari oleh sesiapa pun.Bila dia terlihat Miya keluar bersama lelaki lain biarpun cuma teman sekerja,dia akan pulang ke rumah dengan perasaan yang marah.Dia akan mengamuk dan mangsanya sudah tentu isterinya Wina.


Wina juga di serang perasaan bimbang kerana dia masih.belum lagi berbadan dua sedangkan itulah impian Hazri untuk memiliki zuriat sendiri.Dia pun pelik kerana selama ini dia tidak ada masalah dengan periodnya.Periodnya begitu teratur setiap bulan.Badannya bukan gemuk. yang menyebabkan lemak bertampal-tampal di rahimnya.Hazri belum lagi mengungkit tentang zuriat tetapi selama mana Hazri akan bertahan Dia tidak mahu nasib yang menimpa Miya terjadi padanya.Sungguh!Dia tidak mampu kehilangan lelaki itu.Tapi Hazri semakin dingin!!

Hazri tidak mampu lagi menahan perasaannya.Malam itu sebelum pulang ke rumah digagahi hatinya menghubungi Miya dengan alasan ingin menemui Ariz.Dia cuba menghantar mesej kepada Miya.Lama ditunggu Miya membalas mesejnya.Hampir 15 minit menunggu barulah Miya membalas mesejnya.Entah mengapa dia terlalu sabar menanti sesuatu dari Miya.Kenapalah dia tidak sesabar itu bila melepaskan Miya dahulu.Kalaulah dia bersabar sedikit masa sahaja lagi tentu Miya tidak akan terlepas.Tentu Miya tetap miliknya.Hazri menelefon Miya.Lebih mudah berbicara.Dapat juga dia mendengar suara lembut Miya.Moga-moga lena tidurnya malam ini.

"Bukankah awak dah jumpa Ariz kt kampung hari tu?"Soal Miya si lurus bendul.Dia tak pandai membaca perasaan seorang lelaki yang gila talak.

"Entahlah Miya.Abang rindu sangat pada Ariz"Jawab Hazri menipu

"Boleh tak Miya bawa Ariz jumpa abang.Abang janji abang akan datang sorang je."Kata Hazri lagi.

"Bukan masalah awak datang sorang ke berdua ke atau 1 kampung ke tapi masalahnya saya busy sekarang.Hujung minggu ni saya outstation.Saya terpaksa ke Kelantan sebab ada meeting di sana."ujar Miya.

"Miya ke Kelantan?Pergi dengan siapa?" Soal Hazri resah.
"Saya pergi dengan Tuan Syamsul penolong pengurus besar."Jelas Miya jujur.Hazri tersentak.Setahunya kalau ikutkan selama ini lelaki itu bujang telajak.

"Berapa hari Miya pergi?"Banyak pulak soalnya.

"Isnin baru Miya balik.Ehhhhh!!!Yang awak banyak tanya ni kenapa?Suka hati saya la nak pergi mana."Miya baru tersedar yang Hazri sibuk menyoalnya macam seorang pesalah.Hazri tersenyum.Wujud lagi sikap lurus bendul Miya.

"Macam ni lah,kalau awak betul-betul nak jumpa Ariz apa kata awak datang rumah saya hujung minggu ni.Ada ibu dan Bik Surti di rumah."Cadang Miya.

Yesss!!!!Ini yang ditunggu-tunggu Hazri.Peluang semakin cerah.

"Betulkah abang boleh datang rumah Miya?"Soal Hazri minta kepastian.

"Datanglah. tapi kalau nak datang masa saya tak ada di rumah.Nanti saya bagitahu ibu dan Bik Surti.


Talian dimatikan.Berbunga-bunga perasaan Hazri.Biarpun Miya tak ada di rumah.Biarlah asalkan dia dapat bersama Ariz dan dapat berada bersama bekas mertuanya Puan Siti.Dia perlu menawan kembali hati Puan Siti terlebih dahulu sebelum menawan hati Miya semula.Dia perlu memiliki Ariz dahulu sebelum memiliki Miya.Licik.Itulah rancangan Hazri.

Malam itu hatinya menyanyi riang.Sepanjang jalan dia tersenyum sesekali bersiul-siul kecil.Sesampai sahaja di rumah dia terus membersihkan dirinya.Perutnya yang tidak diisi apa-apa sejak petang tadi terasa kenyang Selalunya dia akan merasa marah apabila melihat di atas meja makan itu kosong tiada makanan.Tapi berbeza dengan malam ini.Wina pun pelik.Selalunya Hazri pasti akan merungut.

"Abang dah makan ke?" Soal Wina sambil memandang Hazri di hadapannya.Ditenung wajah suaminya.

"Belum.Lapar ni."Ujar Hazri sambil menepuk-nepuk perutnya yang kempis.

"Nak makan apa?"Soal Wina.
"Orderlah apa-apa" Jawab Hazri ringkas. Sikap Hazri membuatkan Wina diburu tanda tanya.Tapi dia terus memesan makanan.Sepanjang mereka hidup bersama Wina memang jarang memasak.Wina jarang masuk ke dapur.Lagi pun Wina tidak pandai memasak.Kadang-kadang masak nasi pun mentah.Hampir setiap malam mereka makan di kedai atau di warung.Sebenarnya Hazri teringin makan air tangan Wina tapi bila melihatkan keadaan Wina,rasanya lebih baik makan di kedai.Itu lebih sedap.Wina malas untuk belajar memasak.Penat katanya.Hari cuti pun banyak dihabiskannya dengan membeli belah.Dia tidak seperti Miya.Miya rajin mencuba resepi-resepi baru.Terlalu jauh bezanya dengan Miya.Lagi bertambah-tambahlah rindunya terhadap Miya.Agaknya kalau Miya bancuh air kosong pun terasa manis.

"Abang penat ke hari ini?" Soal Wina membuka bicara sementara menunggu makanan yang dipesan tiba.

"Biasalah kerja.Mana ada kerja yang tak penat"Jawab Hazri sambil baring di atas sofa mengadap tv menunggu makanan yang dipesan tiba.Wina duduk di kepala Hazri cuba untuk meriba kepala suaminya itu.Sayangnya Hazri bingkas bangun.
"Kenapa?" Soal Wina sepatah.Hazri hanya geleng.Wina cuba merapati suaminya.Tangannya menggosok manja dada bidang lelaki itu.Dia ingin dibelai.Bibirnya cuba menangkap bibir Hazri tapi Hazri mengelak dengan menundukkan kepalanya menangkap remote yang sengaja dijatuhkannya.

"Abangggg"Rengek Wina manja.Dulu,rengekkan itulah yang mencairkan hati Hazri Rengekan itulah yang membuatkan Hazri gila bayang.Tapi sekarang Hazri terasa hambar mendengar rengekkan itu.Tiba-tiba Wina duduk di atas riba Hazri.Bibir Hazri di sedut dan dihisapnya lama.Wina menekan dadanya ke dada Hazri.Lembut terasa.Dia memaut tengkuk Hazri kuat.Dia ingin dibelai,dimanja diperlakukan apa jua oleh Hazri.Tika itu nafsunya memuncak.Hazri memberikan tindak balas.Dia sedar sejak akhir-akhir ini dia jarang melayani Wina .Bagaikan dia tidak bernafsu melihat isterinya itu.Hazri mencium segenap sudut leher Wina.Tangannya meramas-ramas daging pejal di dada Wina.Wina mengeliat keasyikan diperlakukan begitu.Seakan-akan mahu terbang tinggi.

Sedang pasangan itu terawang-awangan tiba-tiba terdengar hon motosikal beberapa kali dibunyikan tanda makanan telah sampai.Hazri bangun tergesa-gesa menuju ke pintu.Wina menumbuk-numbuk sofa tanda kehampaan.

Hazri tidak mampu membuka perasaannya terhadap Wina seperti dahulu.Dia mulai sedar selama ini perasaan itu hanya nafsu dan nafsu itu makin tenggelam.Dia kasihankan Wina.Sejak dulu lagi cuma ada perasaan kasihan terhadap wanita itu.Dia rasa begitu bersalah kerana membiarkan nafsu menguasainya justeru kerana itu dia melukakan banyak hati termasuklah hati kedua orang tuanya.

Hujung minggu itu dia meminta izin dari bekas ibu mertuanya untuk membawa anaknya keluar bersiar-siar.Dia membawa Ariz pulang ke rumahnya.Wina begitu terkejut dengan kehadiran Ariz.

"Abang!!!! Apa semua ni?" Jerit Wina.
"Kenapa pulak?Ini kan anak abang"Ujar Hazri selamba.
"Kat mana abang kutip budak ni?"Kasar nada suara Wina.

"KUTIP?????.Apaaa.....you ingat anak aku ni sampah!!!Jerkah Hazri mempertahankan Ariz.Ariz menyorok di belakang Hazri.Ariz memegang erat tangan papanya.
Hazri memeluk Ariz menenangkan perasaan anaknya.Dia mengusap lembut kepala Ariz.

"Papa ada dan papa takkan biarkan sesiapa pun menyakiti anak papa"Hazri mencium dahi anaknya berkali-kali.Hati Wina di penuhi perasaan cemburu dan syak wasangka.

"Papaaaa...takutttt"Jelas kelihatan Ariz ketakutan.Dia tidak pernah berada di dalam situasi begini.Terjerit-jerit macam orang gila.Dia dididik oleh Miya dengan penuh kelembutan penuh kasih sayang.

"Boleh tak jangan menjerit macam kat zoo.You telah menakutkan anak abang."Kendur sedikit nada suara Hazri.Wina mendengus marah.Dia benar-benar marah.Wina masuk ke bilik sambil menghentak-hentakkan kakinya.


"Wina!!!!abang keluar dulu nak bawak Ariz jalan-jalan."Ujar Hazri tanpa menunggu kata-kata dari Wina.
Wina mengamuk di dalam bilik itu.Habis semua barang-barang dihempas dan dicampaknya.Bilik tidur yang kurang kemas itu kini berselerak.

"Sejak bila pulak Hazri berhubung semula dengan Miya?" Tanya hatinya.
"Apakah suaminya sudah berbaik-baik semula dengan bekas isterinya?"berbagai-bagai soalan bermain di fikirannya.Dia buntu.Tapi yang nyata airmatanya laju mengalir keluar membasahi pipi.

Sehari-harian dia ditinggalkan keseorangan.Dia cuba menghubungi Hazri tapi panggilannya tidak dijawab.Dia buntu.Apakah sudah tiba saatnya balasan yang harus diterimanya kerana mengkhianati sahabat baiknya dahulu.Ahhhhhhh!!! Dia semakin buntu.Selama ini dia tidak rasa bersalah.Miya tidak pernah menyerangnya.
Rasa cemburunya kian meluap-luap apabila melihat Hazri memeluk erat anaknya Ariz.Wajah Ariz mirip Hazri.Saling tak tumpah.Puas dia brrfikir bagaimana cara untuk mencari jalan agar Hazri meninggalkan anaknya seperti mana Hazri meninggalkan Miya dahulu.

Tatkala Hazri pulang,Wina masih lagi terperuk di dalam bilik.Hazri menanggalkan pakaiannya lalu menuju ke bilik air.Dia sekadar menjeling ke arah Wina.Dia tahu Wina sedang marah.

"Abang pergi mana seharian.Wina telefon pun abang tak angkat"Soal Wina bertalu-talu.
"Kan abang keluar dengan Ariz,anak abang"Jawab Hazri acuh tak acuh.
"Abang keluar dengan Miya ke dengan Ariz.Eeeeeeeekk...geramnya"Eina merengus kasar.

"Abang keluar berdua sahaja dengan Ariz.Kalau Wina tak percaya tengok gsmbar-gambar ni."Ujar Hazri sambil menghulurkan telefon bimbitnya.Wina merentap kasar telefon bimbit dari tangan Hazri.Dia memeriksa satu persatu gambar-gambar yang ada di dalam telefon itu.Ternyata semuanya gambar Ariz dan Hazri.

Memanglah tiada gambar-gambar Miya sebab Miya outstation.Pandai sungguh Hazri berdrama
.

"Sejak bila abang rapat dengan Ariz" Soal Wina.
"Sebenarnya Ariz selalu datang ke kampung bertemu abah dan ummi tanpa pengetahuan abang.Kadang-kadang abah dan ummi sendiri yang datang menjemput Ariz."Jelas Hazri jujur.

"Patutlah abang tak bagi Wina ikut balik kampung.,rupa-rupanya abang berdating di kampung..Abang tipu Wina"Jerit Wina sambil berjurai-jurai air matanya.
"Bila pulak abang tipu Wina?"Tanya Hazri kembali.
"Abang tak pernah pun jumpa Miya.Wina tahu kan kenapa abang tak nak bawak Wina balik kampung jumpa ummi dan abah.Tapi kalau Wina tak percaya,baiklah abang akan bawa Wina jumpa ummi dan abah.Abang tak kan bertanggung jawab kalau apa-apa yang terjadi."Jelas Hazri panjang.
Gerun jugak hati Wina bila mendengar kata-kata Hazri.Tapi dia perlu kuat untuk mengetahui kebenarannya.Dia bimbang Hazri membohonginya dan yang paling ditakutinya ialah Hazri kembali ke pangkuan Miya dan meninggalkannya.Wina terus takut dengan bayang-bayang Miya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience