HKMK2

Romance Series 10316

Seusai solat fardhu subuh Miya mengatur langkah menuju ke dapur menyediakan sarapan pagi.Itulah rutin hariannya semenjak bergelar seorang isteri dan seorang ibu.Dia tidak pernah gagal walau sekali pun memenuhi rutin itu.Tapi kenapa suaminya memperlakukan dia sedemikian rupa? Getus hatinya.Apa salahnya.Miya cuba menahan airmatanya dari melimpah membasahi pipi.
Subuh itu Miya tidak bersuara.Tidak juga Miya mengamuk.Dia memendam perasaan.

"Sayang!" Panggil suaminya sepatah.Miya hanya mendiamkan diri.Pura-pura menyebukkan diri melayan kerenah anaknya.

"Sayang!!!" agak kuat suara suaminya memanggil Miya.Miya hanya menoleh sambil mengelak wajahnya yang sembab dari dilihat suaminya.

"Sayang! abang pergi dulu yer" Lelaki itu melangkah keluar rumah setelah menjamah sarapan yang disediakan Miya.

Miya bangun dan mengemas barang-barangnya.Dia mencapai telefon bimbitnya dan mencari nombor rakan sepejabatnya Seha.Terdengar suara sahabatnya itu dihujung talian.

"Seha! Aku minta cuti emergency hari ini.Tolong isikan borang cuti aku.Aku kena balik kampung ada hal.!" bohongnya.

"Kau ok tak? Ada nada kebimbangan kedengaran dalam suara Seha.

"Aku ok je.Jangan kau risau.Esok pun aku cuti."ujar Miya lagi lalu memutuskan talian.Dia tidak mahu Seha menghidu kesedihannya melalui nada suaranya yang semakin bergetar.

Tekaknya terasa pahit.Matanya terasa pedih kerana banyak menangis semalam.Ariz seperti faham keadaannya tika ini.Anak itu tidak banyak kerenah.Barang-barang nya dipindahkannya ke bilik sebelah.Dia ingin menjauhkan diri dari suaminya kalau boleh sejauh hati dan cintanya yang dikhianati.

Tiba-tiba Miya terdengar deruman kereta suaminya memasuki rumah sewa mereka.Cepat-cepat dia bangun mengunci pintu.Kedengaran derap tapak kaki suaminya semakin menghampiri.
"tok!tok! tok! bunyi pintu diketuk laju.
Miya senyap sambil memeluk erat Ariz.

"Sayangggg!!!buka pintu ni" Agak keras suara Hazri memanggil nama Miya.Miya diam membatu.

"Sayang!!!!Bukalah pintu ni.Kita perlu berbincang." sambungnya lagi.

"PERGIIIIIIII" Miya tiba-tiba menjerit.

"Tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi.Kau khianati aku.Kau penipu.Tergamak kau menghancurkan perasaan aku sedangkan selama ini aku tak pernah mengkhianati kau.Tergamak kau dan Wina menghacurkan hidup aku!!! Tapi kau jangan sangka aku akan hancur kerana suami dan sahabat seperti korang berdua" Jerit Miya.

"Sayangggggg!!! " Tolong laaa buka pintu ini" Rayu Hazri lagi.

"Pergiiii....jangan ganggu aku.Aku benci kau!!!!! Pergiiiii...Aku tak mahu dengar lagi suara kau.Pergiiiii" Jerit Miya lagi.

Hazri terpaku mendengar jeritan Miya.Usia perkahwinan mereka menjejaki tahun ke 4.Selama ini Miya tidak pernah meninggikan suaranya walaupun hatinya terluka.Sejak mula bertemu Miya ,Hazri tidak pernah melihat Miya bertindak kasar.Walau pun Hazri tahu dia terlalu banyak menyakiti hati Miya dengan sikapnya yang sambil lewa melayan Miya tambahan pula semenjak dia jatuh cinta dengan Wina.Bukan dia yang pandai menyimpan rahsia tapi Miya yang terlalu mempercayainya.

Kini semuanya telah berlaku.Hazri tak mampu menyekat perasaannya terhadap Wina meskipun dia sedar Wina adalah sahabat karib Miya.

Hubungannya dengan Wina bermula tatkala Wina ditinggalkan oleh kekasihnya Adam.Rasa simpati yang mendalam ditambah dengan rasa kecewanya kerana tidak mempunyai cahaya mata menyebabkan dia menyanggupi dirinya menjadi tempat untuk Wina mencurah rasa meluah perasaan kecewa.Daripada perasaan simpati bertukar sayang.Dari perasaan kasihan bertukar rindu.Dia tahu dia bersalah tapi apakan daya dia tak mampu untuk menolak perasaan itu.Akhirnya perasaan yang meluap-luap itu perlahan-lahan membunuh rasa sayangnya terhadap Miya meskipun tika itu dia sedar Miya telah berbadan dua.
Seharusnya dia bersyukur dengan kehadiran permata hati yang ditunggu-tunggunya selama ini.Tapi entah mengapa rengekan manja Wina,layanan mesra Wina semakin menolak ke tepi perasaannya terhadap Miya.

Dia bukan tidak perasan bagaimana sukarnya Miya membawa perutnya yang semakin sarat.Tapi dia tak peduli.Bukan dia tak dengar malam-malam Miya bangun merintih kerana sukar untuk tidur lantaran anak yang di dalam kandungan bergerak aktif.Segala-galanya sukar bagi Miya.Sepatutnya dia bangun menemani Miya membelai Miya mengusapi Miya tapi anehnya dia bagaikan tunggul kayu bagaikan tidak punya perasaan seolah-olah hatinya telah berkumpul hanya untuk Wina.Butakah dia??


Perlahan-lahan Hazri meninggalkan bilik di mana Miya berada.Dia membiarkan Miya reda dahulu.Biarlah Miya melayan perasaannya yang terluka.Baginya sebentar lagi tentu Miya akan pulih dan mahu menerimanya semula dan mengizinkan dia untuk menikahi Wina.

Hazri mengatur langkah menuju ke bilik utama.Tiba-tiba dia terkejut apabila melihat bilik itu kosong hanya tinggal barang-barangnya sahaja.Semua pakaian dan barang-barang Miya telah tiada...Hazri melepaskan keluhan yang berat.Namun dalam hatinya yakin keadaan ini akan pulih semula.Selama ini Miya tidak pernah meminggirkannya terlalu lama.Selama ini Miya bergantung harap padanya.Bagaimana Miya mahu hidup tanpanya sedangkan Miya bawa kereta pun terketar-ketar.Miya cepat panik dan gementar.Miya lebih rela menaiki bas atau grab ketika pergi dan balik kerja dari memandu kereta mereka walaupun telah bertahun Miya memiliki lesen memandu.Jika mahu ke mana-mana Miya pasti meminta bantuannya.Tapi Miya pantas dan pandai membuat kerja rumah walaupun tika dia sarat.Miya pandai masak.Masakannya sedap sehinggakan dia sering membandingkan masakan Miya dengan masakan lain yang dimakannya.Tekaknya telah sebati dengan air tangan Miya.Tiada bandingannya masakan Miya.

Tapi kenapa dia tergamak menghancurkan hati Miya.Hazri keliru dengan perasaannya.

Dia merebahkan badannya di atas tilam empuk itu.
"Miya...Wina....Miya....Wina" Nama dan bayangan keduanya silih berganti menerobos ruang ingatan Hazri.

Andainya dia mengahwini Wina bagaimanakah perasaan kedua orang tuanya sedangkan selama ini ibubapanya begitu menyayangi Miya.Miya pandai mengambil hati kedua orang tuanya.Bolehkah ibu bapanya menerima Wina seperti mana mereka menerima Miya.Mampukah Wina mengambil hati orang tuanya seperti Miya.Semua itu berlegar-legar memenuhi kotak fikirannya.Dia pasrah.Dia yang mencari penyakit.Dia yang berani mempertaruhkan kebahgiaan rumah tangganya hanya kerana sebuah hubungan yang tidak pasti.Dia begitu berani hanya kerana Miya seorang yang lembut Miya seorang yang lemah Miya seorang yang tidak pernah marah hanya kerana seorang Miya yang sentiasa taat padanya....hanya kerana Miya dan semuanya kerana Miya!!!

****************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience