HKMK12

Romance Series 10316

Miya tercari-cari Ariz.Seharian dia tidak melihat lelaki kecil itu.Asyik berkepit dengan tok abah.Miya menjengahkan kepalanya ke sana sini.Tiada.Kebetulan,Puan Hasnah memerhatikan gerak gerinyaDia ditegur oleh Puan Hasnah.
"Cari siapa?"
"Miya cari Ariz.Dari tadi tak nampak dia."
"Owwhh...Ariz ikut tok abah pergi rumah pak ngah hantar lauk."Jelas Puan Hasnah.Lega hati Miya bila mendengar penjelasan ibu mertuanya.
"Ummi!Tunggu Miya tukar baju sebentar.Nanti Miya tolong ummi kemas dapur."
"Ehhhhh!Tak apa.Miya rehatlah.Biar ummi kemas lagi pun adik-adik kamu ada kat dapur tu.Miya rehatlah dulu."Ujar Puan Hasnah.
"Terima kasih ummi."
Miya melangkah masuk ke arah bilik.Matanya liar memandang sekeliling.Dia mencari lelaki itu.Tiada.Lega hatinya.Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik itu dan mengatur langkah masuk ke dalam bilik.Alangkah terkejutnya Miya bila tiba-tiba tangannya di tarik kasar lantas terus dia terduduk di atas ribaan Hazri.Hazri berdiri dan terus memeluk Miya kuat dan erat sekali.Miya cuba melepaskan dirinya tapi semakin kuat Hazri memeluknya.Lama.Miya lemas dalam pelukan itu.
"Abang!!Miya nak tukar baju.Panas."Ujar Miya berbisik.Hazri tidak memperdulikan kata-kata Miya.Dia terus memeluk Miya.Erat dan kuat sekali.Hazri menyedut wangian perfume yang dipakai Miya.Ternyata ianya amat membangkitkan perasaan.Leher Miya yang putih gebu itu diciumnya lama sekali.Miya tak mampu meloloskan dirinya.Muka Miya tersembam di dada bidang lelaki itu.Miya membalas pelukan itu.Dia memeluk erat pinggang suaminya. Hampir 15 minit berlalu.Hazri masih tidak melepaskan Miya.
"Abang!Miya nak tukar baju.Miya nak tolong ummi di dapur"Bisik Miya.Hazri melonggarkan pelukannya.Dia mendongakkan wajah Miya ke atas.Ditatapnya wajah itu lantas dikucupnya dahi,kening,hidung ,pipi dan keseluruhan wajah isterinya.Wajah Miya seakan-akan memerah.Miya tidak menolak tidak juga membalas.Dibiarkan Hazri memperlakukan sesuka hatinya.Dia menyerah.Hazri tidak berkata walau sepatah pun tapi lebih kepada tindakan.

Hazri mengucup kedua-dua mata Miya.Mata yang pernah menangis kerana tindakan bodohnya.Perlahan-lahan Hazri menundukkan wajahnya.Dia mencium telinga Miya yang telah bertukar ke warna merah.Dia menggesel-geselkan hidungnya yang mancung di telinga Miya.Sesekali dia menggigit lembut telinga itu.Miya rasa terbuai.Bibirnya memaut bibir Miya.Lama mereka berkucupan.Miya memaut tengkuk Hazri mengukuhkan lagi kedudukannya.
"Abang!! Jom kita keluar.Miya malu dengan ummi."Hazri tidak memperdulikan kata-kata Miya.Telah lama dia merindukan saat-saat itu.Perlahan-lahan menarik Miya ke atas katil.
"Sayang kata nak tukar baju.Sini,abang tolong"Hazri menarik zip baju Miya.Dia menanggalkan kain Miya.Dia menolak perlahan badan Miya ke atas katil.Miya malu dan cuba menutup badannya yang terdedah dengan tangan.Hazri tersenyum.
"Sayang malu?"Tanya Hazri.Miya tersengih.Badannya cuma ditutupi baju dalam dan seluar dalam yang berwarna pink.Hazri memgusap-ngusap perut itu.Terlihat jelas garis-garis kesan daripada mengandungkan Ariz.Dulu Hazri tidak perasan garis itu.Perlahan-lahan dia menundukkan wajahnya mencium perut Miya.

"Maafkan abang!Dulu,abang tak pernah perasan bagaimana sukarnya sayang mengandungkan anak abang.Maafkan abang sayang."Menitis lagi airmatanya.Miya hanya memerhati.Pelik sungguh dia dengan sikap Hazri yang mudah sangat mengalirkan airmata.Jauh sangat bezanya antara dulu dan sekarang.Miya duduk mengadap Hazri.Dia berdiri lutut dan memeluk lelaki itu.Lelaki yang telah sah menjadi suaminya semula.Hazri membenamkan mukanya ke dada Miya yang lembut.Dia menangis teresak-esak.
"Abang!Hari ini hari kan bahagia kita.Abang janganlah sedih.Miya dah jadi milik abang.Abang tak perlu risau lagi.Kita lupakan semua kesilapan kita yang lalu.Abang kena janji abang tak kan khianati Miya lagi.Andainya terjadi lagi,abang tak perlu cari Miya dan Ariz lagi sebab Miya tak kan terima abang untuk kali yang kedua."Pujuk Miya.
"Abang tak kan sayangggg....."Hazri tidak dapat menghabiskan kata-katanya.Suaranya bagaikan tersekat di kerongkong.

"Miya nak keluar dulu,boleh tak?"Miya meminta izin dari Hazri.Hazri mengangguk.Dia membantu Miya memakai baju semula.Sebelum Miya keluar sempat lagi Hazri mengucup bibir isterinya.

Miya ligat di dapur mengemas pinggan mangkuk.Dia berehat sebentar.Terasa penat dan matanya bagaikan digayut batu.Tersengguk-senggut dia menahan mengantuk.
"Miya!Pergilah berehat sebentar.Dari tadi Miya tak rehat-rehat lagi"tegur Puan Hasnah.Miya tidak menolak kerana matanya terlalu mengantuk.Dia bangun menuju ke bilik.Badannya direbahkan ke atas katil.Dia terus terlena.

Melihat Miya begitu lena di atas katil,tak sanggup dia mengganggu isterinya itu.Tanpa disedari,Hazri pun ikut terlena di sebelah Miya.
Tiba-tiba mereka tersedar apabila terasa ada tubuh kecil menghimpit mereka.Ariz menyelit di tengah- tengah papa dan mamanya sambil memegang botol susu.
" Ariz nak tidur"ujarnya terus baring.Tersenyum Miya dan Hazri melihat gelagat anak mereka.Tidak menunggu lama Ariz terus terlena.Mungkin penat sangat agaknya mengikut tok abah ke sana sini sampai tidak langsung mempedulikan mamanya.Selalunya Ariz memang tidak boleh berenggang lama dengan Miya tapi sejak akhir-akhir ini Ariz leka sangat dengan tok abah.Pergi naik motor ronda satu kampung dengan tok abah.Pergi mengeteh dengan tok abah.Pergi makan roti canai semua dengan tok abah.

Hazri mengangkat tubuh kecil itu ke tepi.Diciumnya pipi gebu anaknya itu.Dia memerhatikan wajah kecil itu.Ternyata wajah itu amat mirip dengan wajahnya.Terasa bangga di dalam hati.
"Kita mandi dahulu.Kita belum solat asar.Jangan sampai Ariz bangun."

Setelah 3 hari berada di kampung mereka bergerak untuk kembali semula ke bandar.Hazri menghantar Miya ke rumah selepas itu dia bergerak untuk ke rumah sewanya yang di huni bersama Wina.Sekembalinya Hazri ke rumah itu dilihatnya rumah itu kosong.Wina entah ke mana lesapnya.Dia tidak ambil pusing.Begitulah jika dalam hati tiada cinta lagi.Hazri baring di atas katil terkenangkan saat manis dia bersama Miya.

Tatkala Hazri leka melayan perasaan tiba-tiba dia terdengar enjin kereta masuk ke kawasan rumah lalu dimatikan.Dia bangun lantas membuka pintu.

"Abang dah lama sampai?"Tanya Wina.Hazri mengangguk-anggukkan kepalanya tanpa bersuara.
"Pergi mana?"Tanya Hazri ringkas.Wina tidak menjawab.Hanya menunjukkan bungkusan plastik yang berisi makanan yang dibawanya.Hazri angguk faham.
"Wina!!!Kita perlu berbincang."kata Hazri.Wina memandang wajah itu.
"Duduk dulu" Pinta Hazri.Wina menunggu kata-kata seterusnya dari Hazri.
"Kenapa saya tengok Wina semakin pucat tak bermaya sekarang?"Soal Hazri pura-pura tidak mengetahui.
"Mana ada.Wina sihat "Ujar Wina sambil memegang pipinya.
"Wina ada apa-apa nak beritahu saya"Kata Hazri lagi.

"Apa maksud abang?"Soal.Wina kembali.
"Maksud saya ada apa-apa yang saya tak tahu yang Wina sembunyikan."Jawab Hazri.
"Lebih baik Wina berterus terang daripada saya tahu dari mulut orang lain." Kata Hazri sambil.bangun menuju ke meja makan..Dia memeriksa apa yang dibeli oleh Wina.Wina kaku.Pantas tangan Hazri membuka plastik-plastik itu.Ada buah mangga muda ada buah oren ada buah kedondong.Semuanya buah yang masam-masam.
"Kenapa makan buah-buah masam ni?Selalunya awak tak suka yang masam-masam?"Soal Hazri sambil memandang Wina.
Tergagap-gagap Wina cuba menjawab soalan-soalan dari Hazri.
"Eeeerrrrrr....Winaaaa....eeerrrrr"

"Kenapa????Awak mengandung?Anak siapa yang dalam rahim awak?Bukan anak saya...kan?" Bertalu-talu soalan dari Hazri.Hazri tersenyum sumbing.Wina terpaku.Tidak terfikir olehnya bahawa rahsianya akan terbongkar secepat ini.Tidak disangka olehnya Hazri masih memerhatikan gerak gerinya.
"Beritahu saya cepat anak siapa yang dalam perut awak tu.."Jerkah Hazri kuat.Belum pernah dia meninggikan suaranya selama ini.Terhenjut bahu Wina mendengar suara Hazri.Terkejut.Muka Hazri merah menahan marah.Hazri merentap kasar tangan Wina.Dicengkamnya kuat sehingga meninggalkan kesan merah dan perit.

Sungguh Wina tidak menyangka hubungan terlarangnya dengan bekas teman lelakinya Adam membuahkan hasil.Dia tidak menyangka kerana sebelum ini hubungannya Hazri tidak mendatangkan apa-apa kesan.Sesungguhnya dia adalah seorang isteri yang amat kesunyian.Sikap Hazri yang terlalu dingin,tidak mengendahkannya membuatkan dia mencari kepuasan di luar.Dia benar-benar rindukan belaian seorang lelaki.
Wina bertemu Adam sewaktu dia duduk bersendirian melayan perasaan di sebuah restoran.Sambil menguis-nguis makanan yang dipesan,tiba-tiba seseorang yang dikenalinya berdiri lantas menarik kerusi lalu duduk di depannya.Wina terkejut apabila melihat Adam,bekas kekasihnya tersenyum memandangnya.

"Sorang ke?"Soal Adam.

"Tak perlu awak tahu."Jawab Miya tunduk .

"Come on Win....look at me"Ujar Adam lagi.

"Please Adam! I isteri orang now"

"So,what's the problem"Adam mengangkat bahunya.

"Win!!! I have known you for a long time.Are you in trouble?"Adam memandang Wina.Wina geleng.

"Where is your husband?"Wina hanya diam tidak menjawab sepatah pun.Hanya airmata yang mengalir.Cepat-cepat disapunya dengan tangannya.Entah mengapa Wina perlu mencurahkan isi hatinya pada lelaki itu.Kalau dulu dia ada sahabat karib untuk berkongsi rasa tapi sekarang dia tak punya sesiapa lagi.
"Can we go to somewhere?Please Win."Pujuk Adam.Wina mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju .Selepas membayar harga makanan,mereka beriring-iringan keluar dari restoran itu.


************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience