HKMK14

Romance Series 10316

Hazri tidak mengerti kenapa sejak akhir-akhir ini selera makannya tiada.Dia memaksa tekaknya menelan makanan sekadar untuk.mengalas perut.Dia bingung.Sakitkah dia?Dia telah berjumpa doktor untuk pemeriksaan tapi doktor mengesahkannya sihat.Doktor sekadar memberinya vitamin sahaja.Dia membiarkan sahaja pil vitamin itu tanpa menjamahmya.Tekaknya terasa pahit.Dia tidak memberitahu Miya masalahnya itu.Dia tak mahu Miya susah hati.

Tengahari itu dia makan tengahari di rumah bersama Miya,Ariz,ibu mertuanya dan Bik Surti.Selalunya dia akan begitu teruja apabila Miya yang masak.Ikan keli salai memang favoritenya.Di tambah pula dengan ikan pekasam.Semua masakan itu membuatkannya gagal.mengawal nafsu makannya.Dia memang menjaga pemakanannya kerana dia perlu mengekalkan bentuk tubuh badannya yang berotot.Selalunya dia tidak makan makanan yang berlemak dan berminyak.Tapi bila terhidang sahaja ikan keli salai masak.lemak dia akan kalah.

Tapi tengahari itu ikan keli salai tidak mampu menarik perhatiannya.Dibiarkannya sahaja keli itu melengkar di dalam mangkuk tanpa disentuh.Miya perasan.Dia merasa hairan melihat gelagat suaminya.
"Abang! Kenapa tak.makan?Penat Miya masak tau."Rajuk Miya.Hazri hanya memandang Miya.Kosong.Dia tahu Miya akan merajuk dan dia tak mahu Miya merajuk.Dia tak mahu Miya sedih.Lantas di gagahnya juga memasukkan ikan keli itu ke dalam mulutnya.Ditolaknya dengan jarinya.Ditolaknya dengan air.Tiba-tiba Hazri berlari pantas menuju bilik air.
.."Uuuuwwweeeeekkkkk...uuuuuwwekkkk...uuuuwwekkkk"Hazri muntah.Dia merasakan bagaikan ada yang menjolok-jolok tekaknya.Dia tersandar di dinding bilik air.Badannya lemah longlai.Lututnya terasa menggigil.

"Abang!!abang kenapa ni?Tanya Miya cemas.Hazri menggeleng-gelengkan kepalanya.Miya menggosok-gosok belakang suaminya.Dia memapah Hazri menuju ke bilik.Perlahan-lahan dia membantu Hazri merebahkan badannya ke atas tilam.Miya mencari-cari minyak angin.Sebaik sahaja Miya membuka penutup botol minyak angin tersebut tiba-tiba Hazri menutup mulutnya dan berlari menuju ke.bilik air yang terletak di dalam.bilik tidur mereka.Sekali lagi dia muntah tapi kali ini hanya angin sahaja yang keluar.

Hazri merebahkan semula badannya ke atas tilam.Matanya berpinar.Miya memgelus rambut suaminya dengan lembut.Tiada tindak balas.Selalunya Hazri akan memberikan tindak balas bila dia dibelai begitu.Miya digayut kebimbangan.Miya mencium pipi,dagu,dahi suaminya.Tetap kaku.Miya mengucup bibir Hazri sayangnya Hazri tetap kaku.
"Abang!!!"Airmata Miya mula bertakung.
"Miya minta maaf sebab sakitkan hati abang.Maafkan Miya."Entah mengapa Miya menangis.Dia takut sesuatu yang buruk berlaku terhadap suaminya.Dia takut kehilangan.Dengan lemah Hazri cuba mengangkat tangannya lalu mengusap rambut Miya.Dia tersenyum tawar tanpa kata-kata.Dipejamkan matanya rapat-rapat.Dia benar-benar tidak bermaya.

Hazri terlena.Hanya terdengar dengkuran halus keluar dari mulutnya yang sedikit terbuka. Setelah.memastikan.keadaan Hazri selamat,Miya turun semula ke meja makan.Perutnya berkeruk-keruk tanda lapar.Dia menyambung semula makan tengaharinya yang terhenti tadi.Terasa lazat sungguh ikan keli salai itu.Akhirnya Miya tersandar kekenyangan.

"Kenapa dengan Hazri?"Soal ibunya.
"Entahlah ibu.Dia kurang sihat.Makan.pun muntah"Jawab Miya.Ada kegusaran di dalam.hatinya.
"Pergilah temankan Hazri.Nanti apa-apa yang dia nak susah pulak nak panggil Miya."Miya angguk lantas bangun.menuju ke biliknya.Apabila dia membuka sahaja pintu biliknya dia melihat Hazri telah bangun.Terkebil-kebil Hazri melihat Miya.Miya tersenyum melihat suaminya.Hazri duduk.
"Abang sakitkah?"Tanya Miya sayu.Hazri geleng.
"Habis tu kenapa abang muntah-muntah?"Soal Miya lagi.
"Entahlah sayang.Sejak.akhir-akhir ini abang tak larat nak makan.Tak selera.Kalau paksa jugak,abang akan muntah."Jelas Hazri.Miya menggenggam erat tangan Hazri lalu diciumnya.
"Abang dah pergi jumpa doktor tapi doktor sahkan abang sihat.Doktor cuma bagi abang vitamin sahaja"Sambung Hazri.Miya angguk tanda faham.Lega sikit hatinya mendengar penjelasan suaminya.
"Maafkan abang kerana tak larat nak makan masakan Miya.Abang tak bermaksud nak buatkan Miya kecil hati."Ujar Hazri dengan nada yang sedih.
"Tak apa,asalkan abang sihat ,abang sayang Miya"Miya tersenyum.
"Abang tak pernah tak sayang Sayang."Kata Hazri sambil tersenyum..

Malam ini Hazri bermalam di rumah sewanya.Mukanya moyok.Tekaknya rasa memual.Dia menyelongkar di dalam peti sejuk di rumah sewanya.Hanya ada buah-buahan yang masam-masam sahaja.Dicapainya sebiji buah kedondong hijau.Laju dia menggigit buah tersebut.Terasa sesuai dengan tekaknya Digigitnya lagi sehingga habis.Dia mencapai lagi buah itu.Sedar tak sedar sudah habis tiga biji dimakannya. Dia juga makan dua keping roti kosong bagi mengalas perutnya.


Hazri memerhatikan perut Wina yang semakin kelihatan biar pun Wina memakai pakaian yang agak longgar.Mereka jarang berbual.Cuma tinggal serumah tapi buat hal masing- masing. Wina tak kisah samada Hazri balik atau tidak.Wujud atau tidak.Sesekali dia akan menemui Adam secara bersembunyi .Layanan Adam membuatkan Wina terasa disayangi.Hazri hanya ada perasaan kasihan terhadap Wina lebih-lebih lagi Wina telah berbadan dua.Dia hanya memerhatikan keperluan Wina dari jauh.Dia ingin melepaskan Wina secepat yang mungkin tapi memandangkan keadaan Wina yang sarat timbul rasa tidak sampai hati dalam dirinya.Dia tidak mahu bertindak terlalu kejam.
"Abang!Wina rasa baik kita selesaikan masalah kita di mahkamah.Kita cari masa yang sesuai untuk ke pejabat agama.Wina dah penat.Wina tak.mampu nak memenangi hati abang "Ujar Wina malam itu.
"Betulkah??"Tanya Hazri meminta kepastian.Wina sekadar menganggukkan kepalanya.Dia mengaku kalah untuk merebut hati lelaki itu.Hati Hazri berbunga-bunga.Dia tersenyum.

Suasana damai petang itu.Miya dan Hazri keluar berdua mengisi masa lapang.Ariz balik.kampung dijemput tok abah dan tok ummi.Mereka berjalan berpegangan tangan.Hazri memeluk bahu Miya.Mereka masuk ke salah satu pusat membeli belah.Niat mereka untuk membeli sehelai dua baju untuk Ariz.Tiba-tiba Hazri terlihat Wina berjalan sambil.memegang erat lengan seorang lelaki.Adam.Tahulah Hazri siapakah bapa kepada anak yang dikandung oleh Wina.Hatinya lega sekurang-kurangnya dia tahu Wina bersama dengan siapa sekarang.

Hari ini Hazri Akan menjatuhkan talak kepada Wina.Semuanya berjalan dengan mudah kerana ianya dipersetujui oleh kedua-dua pihak.Disebabkan Wina mengandung maka talak hanya akan jatuh setelah Wina bersalin.Wina tidak akan terikat dengan edah.Ini bermakna selepas sahaja Wina melahirkan bayinya dia boleh terus berkahwin dengan Adam tanpa perlu menunggu edah selama 3 bulan.

Lega hati Hazri apabila masalahnya dengan Wina telah selesai namun begitu sekali sekala dia tetap juga pulang ke rumah sewanya menjenguk Wina.Bertanya keperluan Wina.

Petang itu setelah pulang dari kerja,Hazri singgah di gerai buah-buahan di tepi jalan besar.Dilihatnya bergugusan buah kedondong hijau bergayutan di gerai itu.Dia membeli buah kedondong itu banyak sekali.Terkejut Miya bila Hazri menghulurkan plastik buah kedondong itu padanya.
"Siapa nak makan banyak-banyak ni?"Tanya Miya .
"Abang la yang nak makan.Kenapa?Tak bolehkah"Tanya Hazri kembali.Miya pelik.Dadanya berdebar-debar.Dia meraba-raba perutnya.Baru dia perasan sudah dua bulan lebih dia tidak datang bulan.Tapi dia tiada mengalami apa-apa alahan pun.Dia mula berfikir kenapa Hazri muntah-muntah sejak kebelakangan ini.Kenapa Hazri moyok.Kenapa Hazri berperangai yang pelik-pelik.Tapi kenapa Hazri yang begitu??????
"Hahhhhh!!!Mengandungkah aku???"Desis hatinya sendirian.
"Abang!!!Kita pergi farmasi sekejap boleh tak?" Tanya Miya.Hasratnya untuk membeli pregnant test.
"Nak beli apa?"Soal Hazri.Miya senyum tanpa menjawab lantas mencapai beg tangannya.

Malam itu sebelum masuk tidur Miya memeriksa apakah dia mengandung atau tidak.Rasa ingin melompat tinggi apabila Miya melihat ada dua garisan yang keluar.Dia menjerit kecil.Tiba-tiba Hazri mengetuk.pintu bilik air ,memanggilnya berulang kali.Bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku.Miya membuka.pintu dengan senyuman yang lebar lalu menunjukkan pregnant test ke arah Hazri.Hazri terpaku.Dia tidak mengerti.Sungguh dia tidak tahu.
"Abang!!!!tengok.ni!" Miya menghulurkan ke tangan Hazri.
"Kenapa ni?" Tanya Hazri pelik.
"Ini pregnant test namanya.Nak check samada mengandung ke tak.Ni haaa ada dua line yang keluar maknanya Miya mengandung."Jelas Miya satu persatu.
"Maksudnya sekarang ni sayang dah mengangunglah ...kan?" Soal Hazri.Miya tersenyum.sambil mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali.Hazri memeluk Miya.Dia mengucup pipi dan dahi Miya.Betapa gembiranya dia mendengarkan perkhabaran itu.Dia berjanji di dalam hatinya bahawa dia akan menjaga Miya dengan sehabis baik.Dia akan memenuhi semua keinginan Miya tapi masalahnya sekarang Miya sihat walafiat.Dia yang huru hara.

*********************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience