HKMK4

Romance Series 10316

Meski pun perasaan cintanya terhadap Wina menutupi segenap ruang hatinya namun Hazri masih dapat merasakan jauh di sudut hatinya yang paling dalam tersembunyi perasaan cinta dan rindu yang sentiasa segar dan mewangi buat Miya dan Ariz.Tiba-tiba rindu menyapa buat si kecil Ariz.Teringat tawanya,teringat senyumnya,terdengar-dengar rengekannya, terbau-bau wangian syurga anaknya teringat akan segalanya segala yang telah menjauh,jauh sekali hingga tidak mampu untuk dicapai kembali.

"Aaaaaaaahhhhhhh!!!!!!!????"Hazri menjerit kecil melepaskan perasaan resahnya.Dia cuba melelapkan matanya namun tiba-tiba wajah lembut Miya datang bertandang.Senyuman manis Miya,air mata Miya,sedu sedan Miya meli ntas di ruang ingatan.
Hazri meramas-ramas rambutnya mencengkam kasar tilam yang didudukinya bagi melepaskan resahnya namun gagal.Tiba-tiba dia terbayang wajah buah hatinya Wina.Namun wajah itu gagal menepis kehadiran ingatannya terhadap Miya dan Ariz.Hazri semakin bingung.


Bagaimanakah harus dia membuka bicara untuk memberitahu kepada kedua orang tuanya bahawa dia telah pun berpisah dengan Miya.Bagaimanakah ingin dikhabarkan kepada keduanya sebab perpisahan ini.Bagaimanakah dia harus menerangkan kepada abah dan umminya tentang kehadiran Wina.Mampukah mereka menerima kehadiran Wina seperti mana mereka menerima kehadiran Miya dulu.Miya menantu kesayamgan.Miya pandai menjaga hati abah dan umminya.Miya pandai memasak.Sesekali pulang ke kampung Miya akan masakkan makanan kegemaran umminya tanpa diminta.Meskipun Kehadiran Ariz agak lewat tapi ummi dan abahnya tidak pernah mendesak malah seringkali mereka berdua membela Miya andainya Hazri merungut.Begitulah sayangnya abah dan ummi terhadap Miya.

Bagaimana pun penerimaan kedua orang tuanya,Hariz harus tekad memberitahu orang tuanya tentang penceraiannya dengan Miya.

Pagi itu dia memulakan perjalanannya ke kampung untuk bertemu dengan kedua orang nya.Dia pulang bersendirian.Inilah perjalanan pulang ke kampungnya yang pertama tanpa Miya.Di sepanjang jalan ada kenangan bersama Miya.Dia teringat bagaimana Miya tersengguk-sengguk mengantuk dan akhirnya terlena bersama mulutnya yang terbuka.Dia teringat bagaimana kelam kabutnya dia mencari tandas apabila tiba-tiba Miya sakit perut.Dia teringat lembutnya tangan Miya memegang tangannya di sepanjang perjalanan.Sesekali Miya akan menggosok-gosok kasar belakangnya bagi menghilangkan rasa mengantuk.Kenapakah dia teringatkan Miya bukan Wina.Aneh sungguh perasaannya.Seolah-olah kenangan bersama Miya mampu menutupi seluruh cintanya terhadap Wina.

Meskipun Hazri merasakankan cintanya semakin dalam terhadap Wina namun jauh di sudut hatinya yang paling dalam terdapat suatu perasaan cinta yang tak mampu dipadamnya malah terus mekar bersama rindu yang panjang untuk Miya.

Tapi dia meyakinkan hatinya bahawa kini dia memiliki Wina dan harus menyerahkan cintanya buat wanita itu.

Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam itu terasa begitu cepat.Dia tersedar apabila dia telah memasuki simpang rumah orang tuanya.Hazri membelokkan keretanya lalu memakir di hadapan rumah kayu dua tingkat itu.Sunyi.Hanya kedengaran kokokan si jantan dan ketakan si betina yang mengeramkan telur-telurnya.Dadanya berdebar.

"Ehhhhhhh Along!!!!! Bila sampai?? Kenapa tak bagitahu nak balik?"Bertalu-talu soalan dari umminya.Belum.lagi soalan cepumas.Ini baru soalan biasa-biasa.Puan Hasnah merapati anaknya Hazri.

"Baru je ummi." Jawabnya ringkas.

"Sorang ke?Mana Miya dengan Ariz.Rindunya ummi dengan 2 orang tu.Kenapa tak ikut?" Soalan cepumas dah keluar.Hazri tidak menjawap soalan itu.Dia menyebokkan dirinya dengan mengangkat beg bajunya dari dalam kereta.

"Kita masuk dulu ummi" Ajaknya perlahan.Dia meletakkan begnya di tepi dinding.

"Abah mana ummi?

"Abah kamu pergi ke pekan beli barang dapur.Banyak yang dah habis.Sekejap lagi balik la tu"Jelas umminya.

Tiba-tiba kedengaran enjin kereta masuk ke dalam kawasan rumah.Enjin kereta dimatikan.Laju langkah Encik Badrul yang berkopiah putih itu melangkah sambil matanya liar mencari sesuatu.

"Ehhhh along!!!!Bila sampai???"

"Baru sebentar abah.Abah ke pekan ke?"Soal Hazri.

"Ahaaa...abah dari pekan.Beli barang dapur ni ha" Sambil meletakkan plastik-plastik yang berisikan barang basah dan kering di atas meja.

"Sorang ke? Mana Miya dan Ariz?" Soalan cepumas dah keluar.
Hazri senyap tidak menjawab soalan itu.Kakinya melangkah perlahan menunu ke peti sejuk dan menuangkan air sejuk ke dalam gelas.Diteguknya perlahan-lahan.Dia sedar empat mata itu sedang memerhatikannya.Dia tahu empat mata itu sedang mengekori geraknya.

Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu berhadapan abah dan umminya.Dia sedar bila-bila masa sahaja bom nuklear akan meletus.Kedua orang tua itu sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya.

"Sebenarnya along dan Miya dah bercerai" Tutur Hazri sepatah sepatah.Kecut juga hatinya menunggu riaksi orang tuanya dengan perkhabaran itu.

"Apaaaaa????Bercerai????Tapj kenapa???Apa yang dah along buat sampai bercerai berai?Nyaring suara umminya melontarkan soalan.Puan Hasnah bagaikan dapat menduga semua itu terjadi berpunca dari Hazri.
Hazri senyap.Dia membiarkan kedua orang tuanya bertenang dahulu.

"Bila along bercerai??" Tanya Encik Badrul sambil menanggalkan kopiah putihnys dan meletakkan ke atas meja di sebelahnya.

"Hampir 2 bulan dah abah." Jawabnya menunduk.Dia tidak berani menatap wajah kedua oramg tuanya terutama umminya.


"Sekarang Miya dan Ariz tinggal di mana?"Soal abahnya lagi.

"Along tak tahu mereka di mana."Jawabnya ringkas.

"Apa!!!!!!! Tak tahu???? Umminya bangun menyinsing lengan.

"Ayah jenis apa kau ni along sampaikan tak tahu anak di mana.Cucu aku tu kecik lagi.Menantu aku tu baik sangat.Tak mungkin dia yang jadi penyebab cerai berai ni." Puan Hasnah memandang tajam wajah Hazri.

"kenapa tak rujuk sementara masih ada masa?" Nada suara Encik Badrul mendatar seakan mengawal amarahnya.Hazri senyap.

"Kenapa sampai bercerai berai.Along ada betina lain ke???" Teka umminya.Ahhh!! pandai orang tua ini menembak dan tepat pada sasaran.

"Alooonngggg....al...lloonggg..." Tergagap gagap Hazri ingin meneruskan kata-kata.

"Iyer niii....sebab betina lain ni.Kenapa along bodoh sangat.Dulu kau sebok nak anak.Bila dah ada anak kau buang hanya disebabkan betina lain yang tak tahu asal usulnya tak tahu gaya hidupnya." Tebak umminya lagi.

"Apa yang kurang si Miya tu?" Tanya Puan Hasnah.Hazri tidak mampu menjawab soalan itu kerana dia tidak jumpa kekurangan Miya.

"Tangan aku ni rasa gatal nak menampar orang.Kalau kau kecik dah lama aku rotan kau sampai berbirat tapi kau dah tua" Sambung Puan Hasnah lagi.Encik Badrul hanya diam membisu.Dia tidak mampu berkata- kata.Berita yang baru diterimamya begitu mengejutkannya.Sangkanya dia akan dapat bermain dengan cucunya melepas rindu setelah lama tak berjumpa.Arizlah satu-satu cucunya buat masa ini.Itu pun setelah menunggu beberapa tahun selepas perkahwinan Miya dan Hazri.

Miya menantu yang sangat baik.Penyayang,rajin dan serba serbi sempurna.

Melihatkan ketegangan air muka kedua orang tuanya Hazri menangguhkan dulu niatnya untuk memberitahu kedua orang tuanya tentang Wina.Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan.Dia melihat umminya mengesat airmata dengan lengan bajunya.

"Aku rindu cucu aku!!!!" makin kuat esakan Puan Hasnah.Hazri terkedu.Puan Hasnah melangkah laju menuju ke biliknya.Terdengar kuat daun pintu dihempas.Encik Badrul bangun perlahan-lahan meninggalkan Hazri sendirian.Hazri menghantar abahnya dengan ekor matanya.Dia bangun mencapai beg pakaiannya lantas menuju ke bilik kosong di tingkat atas.Dia melabuhkan badannya yang keletihan di atas katil.

Inilah yang perlu dia terima.Kepalanya semakin memberat.Matanya terus terlena.

*****************************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience