HKMK10

Romance Series 10316

Miya buntu.Puan Hasnah menjemputnya ke majlis pertunangan anak perempuannya iaitu adik Hazri hujung bulan ini.Tentunya Hazri pun turut ada.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu bertemu dengan Hazri.Dia tidak mahu berhadapan dengan Hazri.Dia tidak mahu bertentang mata dengan lelaki itu.Dia bimbang tembok hatinya akan runtuh.Cukuplah mendengar cerita dari mulut anaknya tentang Hazri setiap kali anaknya bertemu papanya.Cukuplah baginya Hazri melayan Ariz dengan baik,menyayangi Ariz menjaga keperluan Ariz sebaik yang mungkin.Cukuplah dia mendengar betapa gembiranya Ariz setiap kali bertemu papanya.Cukuplah.


Terkadang hatinya tersentuh melihat kegembiraan Ariz.Sering kali dia mendengar Ariz begitu becok bercerita dengan papanya di talian.Miya membelikan anaknya sebuah telefon bimbit semata-mata untuk Ariz menghubungi papanya.Dia tak mahu Hazri menggunakan alasan untuk menghubunginya semata-mata mahu bercakap dengan Ariz .Miya tak mahu ada apa-apa hubungan dengan Hazri.
Dengan sikap Miya yang begitu ternyata sukar untuk Hazri mendekati Miya.Keras sungguh hati bekas isterinya itu.Patutlah selama ini Miya begitu setia padanya walau pun dia sedar ramai yang cuba mendekati Miya sebelum-sebelum ini.Dia tidak mengetahui betapa bertuahnya dia dapat memiliki seorang Miya.
Miya tidak mampu menolak undangan dari Puan Hasnah.Menolak bererti menghampakan.Miya tidak mahu menghampakan hati orang tua itu.Mereka begitu menjaga hati Miya.Sanggup menolak Hazri semata-mata kerana Miya.Sanggup bersusah payah kerana Miya.Walau pun tengah malam kedua orang tua itu sanggup meredahinya kalau Miya meminta tolong.Miya tidak mampu menolak tapi Miya juga tidak cukup kuat untuk menerima.


Miya menguatkan hatinya untuk berhadapan dengan keadaan itu.Dia pulang juga ke kampung bersama anak,ibu dan Bik Surti.
Melebar senyum Puan Hasnah menyambut kedatangan Miya.Dipeluknya Miya erat sekali.Selepas itu dia merangkul mesra cucunya Ariz.Wajah Ariz diciumnya bertalu-talu.Rindu terhadap cucunya itu tidak dapat dibendung.Puan Siti dan Bik Surti di peluknya mesra dan menjemput tetamu-tetamu istimewanya itu masuk.Miya melihat sekeliling,mencari seseorang.Hatinya gembira kerana dia tidak melihat kelibat seseorang itu.Dia mengangkat beg pakaiannya ke dalam bilik yang telah disediakan oleh Puan Hasnah.

Rumah kayu dua tingkat itu semakin meriah.Tiba-tiba Miya terdengar suara anaknya menjerit,
"Papa balik yeeeeaaay papa balik!!!"
Dada Miya berdegup kencang.Dari celah-celah tingkap dia melihat anaknya berlari mendapatkan Hazri lantas dirangkul erat oleh Hazri.Hazri menggomol anaknya lantas mencium bertalu-talu.Ariz menjerit kerana digeletek oleh Hazri.Terasa indahnya melihat saat-saat seperti itu.

Setelah membersihkan dirinya Miya mengajak ibunya dan Bik Surti ke dapur menyediakan makan malam.Begitu meriah suasana malam itu.Selepas waktu Isyak,kaum wanita berkumpul membuat gubahan untuk majlis pertunangan esoknya.Tangkas jari jemari Miya menggubah barang-barang hantaran.Tiba-tiba Miya tersedar Ariz belum mandi lagi.Bergegas dia bangun mencari Ariz.

"Ariz!!Arizzzz....Siniii...mandi" Miya memanggil anaknya.

Tiba-tiba dia melihat Ariz berlari ke arahnya seraya berkata,
"Ariz dah mandi dengan papa tadi"
Miya melihat Ariz telah siap berpakaian baju tidur.
"Abang dah mandikan anak kita.Baju tidurnya abang minta tolong ibu yang ambilkan dari dalam beg sayang tadi."Tiba-tiba satu suara garau menegurnya dari belakang.
Miya memeluk dan mencium Ariz.
"Wanginya anak mama ni."Ujar Miya lembut.
"Mestilah wangi kan papa yang mandikan.Betul tak papa???"kata Ariz becok.Miya seba salah.Pandai pulak budak kecil ini berkata-kata.
"Mama!!!malam ni Ariz nak tidur dengan papa ,boleh tak?Lelaki kena tidur dengan lelaki.Perempuan kena tidur dengan perempuan.Betul tak papa?" Makin keletah anak kecil ini bersuara.Miya hanya senyap.Hazri tersenyum lebar.Bagaikan terasa jeratnya semakin mengena dengan bantuan anaknya.Rupanya Puan Hasnah dan Puan Siti hanya memerhatikan adegan itu tanpa suara.Dalam hati kedua ibu itu berharap semoga anak mereka bersatu kembali.

Ketika duduk berdua-duaan di dapur Puan Hasnah meluahkan isi hatinya untuk melihat Miya dan Hazri bersatu semula.
"Nah ni bukannya apa Kak Siti,Kalau boleh Nah tak nak Miya menjadi menantu orang lain.Bukan setakat Miya tu baik tapi Nah sayangkan Miya seperti anak Nah sendiri.Sayang nak lepaskan Miya."Luah Puan Hasnah jujur.

"Kak Siti pun sama.Sayang nak lepaskan hubungan kita yang baik ni.Tapi tu laaa si Miya tu keras hati.Dia serik sangat-sangat katanya."Ujar ibu Miya pula.
"Apa kata kita sama-sama pujuk Miya.Hazri tu rasanya tak ada masalah.Dari gayanya Hazri tu sayangkan lagi Miya.Tambahan pulak cucu kita tu rapat sangat dengan papamya." Kata Puan Hasnah pula.
"Tapi macam mana pulak dengan isteri Hazri.Mesti Miya tak sanggup bermadu." Ujar Ibu Miya pula.
"Ehhhhhhh...yer tak yer juga.Terlupa pulak Hazri tu dah berbini" Kedua-dua bekas besan itu mengekek-ngekek ketawa.

"Kita rapatkan dulu meraka yang lain kita akan fikirkan kemudian."Cadang Puan Hasnah.
"Nah pun tak pernah jumpa bini Hazri.Nah memang tak izinkan Hazri bawak balik jumpa Nah.Meluat.Walau pun dah lama mereka kahwin tapi Nah dah bagitahu sampai bila-bila pun Nah tak kan setuju.Sakit pulak hati Nah bila tahu cerita sebenar.Kawan boleh makan kawan.Yang si Hazri tu pun bodoh,boleh pulak dia menggatal dengan perempuan macam gitu."Getus Puan Hasnah geram.
"Owwwhhh!!!Betul ke Nah tak pernah jumpa lagi isteri Hazri"Tanya Puan Siti minta kepastian.
"Betul...Nah memang tak nak jumpa sampai bila-bila.Itu sebab Hazri balik sorang-sorang." Jawab Puan Hasnah.Puan Siti mengangguk-anggukkan kepalanya berkali-kali.Dia tak sangka sampai begitu sekali perasaan sayang bekas besannya kepada Miya.
Malam itu Miya tidur bertiga dengan ibunya dan Bik Surti.Awal-awal lagi Ariz menghilang bersama papanya.Kehadirannya kali ini terasa berlainan sekali.Ariz tidak mengendahkan dirinya.Ariz lebih banyak menghabiskan masa berkepit dengan tok abah atau papanya.Kalau nak menyusu pun dia terus minta papanya yang membancuhkannya.Sekelip mata sahaja Ariz tiada depan mata tok abah akan cepat-cepat mencari Ariz.Itu belum lagi meronda kampung naik motosikal.Miya tidak sanggup untuk memisahkan tok abah dengan Ariz.

Subuh-subuh lagi Miya dah bangun.Usai menunaikan solat subuh,dia dan ibunya serta Bik Surti tangkas menyediakan sarapan pagi.Cokodok pisang bersama nasi goreng dan kopi panas sedia terhidang.Hazri tersenyum girang dapat menikmati air tangan Miya.Biarlah Miya enggan bercakap dengannya.Dia tak peduli asalkan dia dapat menikmati air tangan Miya.

Rombongan sebelah lelaki akan tiba sebelum zohor.Miya memeriksa barang-barang hantaran sekali lagi.Bimbang jika ada yang terkurang.Memang Miya teliti orangnya.Beberapa orang saudara mara sebelah Puan Siti dan Encik Badrul turut hadir.Tiba-tiba Miya disapa oleh seseorang.

"Ehhhh!!! Ini Samiya kan?: Tegur seorang lelaki.Miya berpaling lantas tersenyum.

"Betul,saya Samiya
Ini Tuan Maleek kan...Pengarah Syarikat AMB Berjaya"Teka Miya.
"Betul tu.Tak sangka kita bertemu di sini." Ujar lelaki yang bernama Maleek.

Tiba-tiba mereka berdua dihampiri oleh Encik Badrul yang erat mendukung Ariz dan Puan Hasnah.Maleek menghulurkan tangan menyantuni kedua orang tua itu
"Apa khabar mak uda, pak uda?"Maleek bertanya khabar.
"Khabar baik.Bila sampai?"Tanya Encik Badrul.
"Baru sebentar."Jelas Maleek.
"Miya! Ini kenalkan anak saudara abah,Maleek namanya." Ujar Encik Badrul.Miya sekadar tersenyum.
"Maleek! Ini bekas menantu Pak Uda.Bekas isteri Hazri."Jelas Encik Badrul.Maleek mengangguk anggukkan kepalanya.
"Bekas isteri???"Getus hatinya pelik.Dah bercerai pun mesra lagi dengan mertua.
"Kenapa?Pelik kah?" Puan Hasnah bagaikan dapat membaca fikiran Maleek.
"Miya ni baik orangnya Itu sebab mak uda tak boleh lepaskan dia.Kalau mak uda ada anak lelaki selain Hazri pasti mak uda kahwinkan dengan anak mak uda yang lain.Tapi anak lelaki mak uda hanya Hazri seorang.Dah tu degil pulak" Ujar Puan Hasnah menjawab kemusykilan hati Maleek.

"Tak adalah ummi.Miya bukan baik sangat pun"Kata Miya tersipu-sipu malu.
"Bolehlah saya cuba nasib kan mak uda."Usik Maleek.
"Datang sorang ke?"Tanya Encik Badrul mengalihkan tajuk perbualan.Bimbang juga hati tuanya kalau Maleek berjaya mencuri hati Miya.Bimbang nanti Hazri tak punya peluang lagi.
"Saya datang sorang.Mama dan ayah naik kereta sendiri sebab saya terus ke Kuala Lumpur selepas ini."Jelas Maleek.
"Maksud pak uda mana isterinya"Tanya Encik Badrul tanpa selindung.
"Isteri saya dah lari."Jawab Maleek sambil ketawa.
"Betul ke Maleek?"Tanya Puan Hasnah ragu-ragu.

"Betul.Dah tak ada jodoh.Dia dah tinggalkan saya"Maleek terus tersenyum.

"Dah 2 tahun saya bercerai"katanya jujur.Bulat mata Puan Hasnah mendengar berita itu.

"Handsome-handsome,banyak duit pun kena tinggal"Getus Puan Hasnah sendirian.

Kedua-dua orang tua itu meninggalkan Miya dan Maleek untuk melayani tetamu yang mula datang.Lama si duda dan si janda berbual.Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang tidak lepas memandang ke arah mereka.Rasa cemburu yang meluap-luap membara di dada.Mukanya terasa panas,membahang.Miya terus leka bersembang .Sekali sekala Miya ketawa sambil menutup mulutnya.

Hazri tidak keruan.Dia mengepal-ngepal penumbuknya.Tiba-tiba Ariz datang memeluk Hazri dari belakang.
"Papa! Nak susu."Ujar Ariz.

"Ariz lapar."Rengek Ariz.Tiba-tiba timbul idea di dalam kepala Hazri.

"Pergi minta pada mama.Papa ada kerja sikit"

Bergegas Ariz berlari ke arah Miya lalu menarik baju Miya.
"Mama!Ariz lapar.Nak susu."
Miya meminta diri untuk pergi tapi sebelum itu sempat lagi Maleek dan Miya bertukar-tukar nombor telefon.Hazri hanya memerhati dari jauh.Dia sakit hati melihat adegan itu.

Sedang Miya leka membancuh susu Ariz,tiba-tiba dia ditegur dari belakang.

"Mesra nampaknya!"ujar Hazri cemburu.Miya menoleh.Ahhhhh!!Lelaki ini rupanya.
"Bukan urusan awak"Kasar nada suara Miya.Miya tidak boleh melarikan diri kerana Ariz baring di atas pangkuannya,menyusu.
"Cukup ke takat bertukar-tukar nombor telefon tu.Nanti lepas ini dah boleh keluar berdua.Boleh kenal hati budi.Tapi abang boleh bagitahu sayang,Maleek tu orang kaya,banyak duit,ada syarikat sendiri,tampan bukan macam abang harta pun tak ada.Itu sebab sayang tak layan abang."Sindir Hazri lagi.Miya hanya menjeling tajam.

"Puas hatilah dapat sakitkan hati abang!"Getus Hazri sambil mengetap giginya sehinggakan kedengaran berkerup kerap bunyinya.
"Setiap urusan saya tidak ada kaitan dengan awak!!"Miya membalas kata-kata Hazri.
"Siapa kata tak ada!Selagi ada Ariz selagi itu kita ada kaitan"Tegas Hazri.Dia meramas-ramas tangannya.
"Kenapa pulak begitu?"Soal Miya tanpa memandang wajah Hazri.Seboleh-bolehnya dia tak mahu memandang mata lelaki itu kerana ianya akan mencairkan hatinya.Hazri tak tahu itu.Dan Hazri tak perlu tahu.Itu rahsia hatinya yang tersimpan kemas di dasar nya.
"Sebab abang masih sayangkan sayang.Sejak berpisah abang dah separuh gila memendam perasaan abang.Separuh gila abang rasakan bila teringatkan sayang dan Ariz.Abang mengaku itu semua salah abang.Abang tak tahan digoda.Abang bodoh melepaskan Sayang.Sekarang abang benar-benar sengsara.Sayang....tolong jangan siksa abang terlalu lama.Abang takut nanti abang jadi gila dan bunuh diri."Hazri menangis tersedu-sedu.Miya panik.Dia tidak pernah melihat Hazri menangis seperti anak kecil.Tanpa diduga Hazri menggenggam tangan Miya lalu menciumnya.Lama diciumnya tangan lembut itu.Perlahan-lahan Miya menarik tangannya dari genggaman Hazri.

"Tolonglah abang sayang.Abang benar-benar gilakan sayang.Tolong jangan siksa abang lagi.Abang tak sanggup melihat sayang dengan lelaki lain.Tolonglah abang sayang.Dah tak terdaya abang nak bawa perasaan abang ni untuk sayang"Rintih Hazri.Dia melepaskan semua yang terbuku di dadanya.Dia dah tak malu lagi menangis di hadapan Miya.Dia dah tak peduli lagi andai Miya mentertawakannya.

"Berilah abang peluang sekali lagi.Abang berjanji abang tidak akan mensia-siakan sayang.Abang tak mampu menyintai perempuan lain selain sayang."Sambung Hazri lagi.Miya terkedu.Yang pastinys Hazri benarr-benar berubah.Hazri bukan lagi seorang lelaki ego yang tidak pernah memikirkan perasaan orang lain.Hazri bukan lagi seorang yang hipokrit.Dia mengusap kepala Ariz yang telah terlena kepenatan.Dan yang pastinya dia tak boleh bangun lari dari Hazri.Dia terpaksa berhadapan dengan Hazri.Dia terpaksa bertahan kerana hatinya semakin mencair.
"Sayang!abang takut abang tak kuat untuk terus berhadapan dengan ujian ini.Kadang kala timbul perasaan untuk bunuh diri"Esak Hazri.Timbul rasa takut di dalam hati Miya.Andai benar Hazri ingin membunuh diri bagaimana dengan ummi dan abah?Bolehkah mereka memaafkannya.Bagaimana dengan Ariz?
"Sayang!!!Kita nikah semula ...boleh??"Pinta Hazri serius.Dia menatap mata Miya.Lama dan sayu.Miya diam.Miya kalah dengan mata itu.Mata yang berwarna hazel itu begitu meluruhkan perasaannya,meruntun perasaannya.Hazri tak permah tahu itu.

"Please Sayang...Fikirkan Ariz juga."Rayu Hazri lagi.

"Bagaimana dengan isteri awak?"Agak kendur nada suara Miya.Tapi Miya masih tak sanggup untuk menyebut nama perempuan itu,perempuan yang meruntuhkan kebahagiaannya.Hazri membetulkan kedudukannya.
"Sejak kita berpisah pada malam itu,abang mulai sedar abang tidak pernah menyintainya.Semua yang berlaku kerana nafsu.Abang tidak pernah menyintainya sayang.Semakin abang cuba lupakan sayang abang rasa semakin nak gila.Berbulan-bulan abang intip sayang pagi dan petang.Abang tidur dalam kereta.Abang balik jauh-jauh malam."Jelas Hazri tanpa malu.
"Apa???Awak intip saya???" Miya bagaikan tidak percaya dengan pengakuan Hazri.

"Benar...abang intip sayang sebab abang bimbang sayang ada orang lain.Abang gila talak sayang.Perit sungguh rasanya.Gila talak ini amat menyakitkan.Semua yang abang buat ada sayang.Makan,tidur mandi ,kerja semuanya ada sayang ada wajah sayang.Setiap waktu abang risau kalau sayang sudah ada pengganti .Perit bila abang hanya mampu melihat sayang tapi tak boleh sentuh sayang.Sakit sayang bila abang hanya mampu merindui sayang tapi sayang tak tahu.Tahu tak sayang...sakit sangat bila gila talak.Sakit sayang!Tak mampu abang nak gambarkan .Apa yang sayang nak abang lakukan agar sayang percayakan abang?Bila abang lihat sayang keluar dengan lelaki lain sekali pun cuma urusan kerja,abang akan pulang ke rumah dalam keadaan yang marah.Dan tadi.....tolong la sayang jangan contact Maleek lagi.Abang sedar abang tak boleh sekat sayang tapi abang tak mampu nak tengok sayang dengan lelaki lain."Tumpah lagi airmata jantan Hazri.
"Kalau terjun bangunan itu boleh membuktikan cinta abang terhadap sayang,abang akan lakukan.Untuk apa lagi abang hidup kalau hidup abang merana.Abang rindu suara sayang,abang rindu senyum sayang,gelak tawa sayang.Abang rindu air tangan sayang.Abang rindukan segala-galanya tentang sayang.Bertahun sayang biarkan abang menderita.Sayang lari dari abang. Abang cuba mengejar sayang tapi abang tak tahu sayang di mana.Bila abang tahu sayang kat mana sayang tak beri peluang pada abang untuk menjelaskan semuanya.Abang sangka sayang tak boleh hidup tanpa abang tapi abang silap.Sayang terlalu kuat.Malam abang jatuhkan talak,abang menyesal tak terhingga.Dalam hujan lebat sayang tinggalkan abang.Abang menyesal."Rintih Hazri lagi.Terasa layu hati Miya.

Tiba-tiba Ariz membuka matanya.Terasa kebas kaki Miya.

"Papa! kenapa papa nangis?"Tegur Ariz terpisat-pisat.
"Mana ada papa nangis.Ariz yang kuat nangis...kan mama?"Ujar Hazri.Miya tersenyum kelat.

"Sayang.....please..Kita nikah semula."Rayu Hazri lagi sebelum bangun meninggalkan Miya.Miya melihat Hazri berlalu dengan perasaan yang berkecamuk.Hazri melangkah longlai tapi dia puas sekurang-kurangnya dia telah meluahkan perasaannya selama ini.

"Ariz sayang papa tak?"Tanya Miya tiba-tiba.
"Sayang.Papa Ariz baik.Mama pun baik.Tapi isteri papa tak baik.Dia selalu marah kalau papa sayang Ariz.Dia selalu suruh papa tinggalkan Ariz.Tapi papa selalu peluk Ariz tak pernah tinggalkan Ariz.Macam mama...kan?"Terkejut Miya mendengar kata-kata anaknya.Selama ini dia tidak pernah bertanya apa-apa pun.Benarlah,Hazri tidak menipu.

"Ariz nak papa baru tak?"Duga Miya.

"Papa tu boleh tukar-tukar ke mama??Kalau boleh tukar,Ariz tak nak la tukar.Papa Ariz ,tok abah ,tok ummi semua baik-baik."Terkejut Miya dengan kata-kata Ariz.

"mama boleh tukar tak?"Tanya Miya menduga Ariz lagi.

"Mama lagi tak boleh tukar sebab mama sentiasa ada dalam hati papa.Ariz dan mama sentiasa ada di tempat yang paling istimewa dalam hati papa.Dalam hati papa cuma ada tok ummi,tok abah Ariz,nenek dan semestinya mama"Tiba-tiba Hazri menyampuk dari belakang.Miya tak sedar kehadiran Hazri.Dia rasa terbuai mendengar kata-kata itu.Alangkah indahnya jika lelaki itu benar-benar telah berubah.Alangkah indahnya andai lelaki itu benar-benar mencintainya setengah mati.
"Papa pandai!!!:Mana boleh tukar-tukar kan papa kan."Ariz bertepuk tangan.Bibir kecil itu ketawa mengekek lantas berlari memeluk Hazri.Miya hanya memandang.Hatinya betul-betul keliru.Kini,dia memikul perasaan anaknya Ariz perasaan ummi,perasaan abah,perasaan ibunya dan yang pastinya perasaan Hazri yang sarat dengan cinta padanya.

"Sayang...kita kahwin semula nak tak?Kita kahwin minggu depan"Rayu Hazri.Miya menggeleng-gelengkan kepalanya.Berubah air muka Hazri.Hazri bangun hampa.
"Tak apalah.Lepas ni abang tak kan ganggu sayang lagi.Kalau umur panjang kita bertemu lagi"Kata-kata Hazri membuatkan Miya tersentak.Dia mencapai tangan lelaki itu.Ditariknya agar tidak pergi.
"Kenapa cakap macam tu?"Ujar Miya gugup.
Hazri hanya memandang Miya dengan pandangan yang sayu.
"Abang nak habiskan waktu-waktu yang tersisa ini bersama Ariz."Hazri mendukung anaknya cuba untuk berlalu.Miya menarik lagi tangan itu.Jangan pergi.Miya resah.Bimbang Hazri akan bertindak yang bukan-bukan.
"Abang!!"Terlepas juga panggilan itu dari bibirnya.Hazri menoleh menunggu kata-kata yang seterusnya dari Miya.
"Selesaikan dahulu hubungan awak dengan isteri awak.Lepas itu baru cari saya semula"Ujar Miya tegas.
"Abang faham sayang.Terima kasih .Sayang!!Buang nombor telefon tadi abang tak kuat."Getus Hazri.Miya hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.
Sementara itu mereka tidak perasan ada empat pasang mata sedang memerhatikan mereka dari celah-celah tabir.Empat pasang mata itu tersenyum bahagia.Moga-maga ada sinar bahagia buat anak-anak mereka.
Majlis pertunangan telah selesai.Hari hampir petang.Miya dan Hazri bergerak serentak.Hazri mengekori Miya dari belakang hingga sampai ke rumah.Kemudiannya dia terus memandu pulang ke rumahnya.Hatinya terasa berat untuk pulang ke rumah itu.Jiwanya terasa kosong dan suram namun dikuatkan juga hatinya untuk melangkah.
Mendengar sahaja deruan kereta suaminya,Wina cepat-cepat membuka pintu pagar.Dia menyambut kepulangan Hazri dengan gembira.Dia memeluk lengan yang berotot itu tapi cepat-cepat ditepis Hazri.
"Saya penat dan letih sangat.Lagi pun saya berpeluh.Saya nak.mandi dulu."ujar Hazri lantas menuju ke bilik meninggalkan Wina terkebil-kebil di ruang tamu.


*****************************


.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience