HKMK11

Romance Series 10316

Wina bangun lantas menuju ke arah beg Hazri.Dibukanya perlahan-lahan.Dia memunggah satu persatu barang-barang yang ada di dalam beg tersebut.Ternyata cuma ada beberapa helai pakaian dan barang-barang penjagaan muka yang lain.Selain itu hanya ada sehelai baju Ariz yang memang akan dibawa Hazri walau ke mana dia pergi.Tiada sesuatu pun yang mencurigakan.
Dengan perlahan Wina beralih ke arah meja kecil di sebelah Hazri.Dia mencapai telefon bimbit Hazri.Dia memeriksa satu persatu isi telefon itu.Tiada juga ditemuinya sesuatu yang aneh.Hanya ada gambar Ariz yang berbagai-bagai aksi.Ada juga beberapa keping gambar pertunangan adiknya baru-baru ini.
Semuanya menyesakkan dada.Tingkah laku Hazri telah pudar tanpa sebab.Benarlah,Hazri tidak pernah menyintainya.Hubungan ini berlandaskan nafsu semata.Namun begitu dia memang mencintai Hazri.Dia memang meletakkan seluruh cintanya buat Hazri.
Telah lebih dua bulan semenjak pertunangan adik Hazri berlalu namun dia tidak punya jalan untuk menyatakan hasratnya untuk berpisah.Dia bimbang Miya akan berubah dan tidak sanggup menantinya.Bersabarlah Miya.
Wina tidak pernah bangun lebih awal dari Hazri.Wina agak liat bangun pagi.Tapi pagi ini entah mengapa Wina bangun lebih dahulu dari Hazri.Lama sekali Wina di dalam bilik mandi sehinggakan Hazri terpaksa menggunakan bilik mandi yang lain.Bila Hazri keluar dari bilik mandi,Wina telah siap untuk ke tempat kerja.
"Abang! Wina pergi dulu."Wina bergegas keluar rumah.Bertambah pelik Hazri melihat kelakuan Wina.
"Aneh!!"Getus Hazri sendirian.Selalunya pasti Wina minta dihantar ke tempat kerjanya walaupun arah mereka berlainan namun sejak sebulan kebelakangan ini Wina banyak berubah.Tidak lagi merengek manja,mengada-ngada.Terasa aman seketika.Wajah Wina agak pucat,layu dan nampak tidak bermaya.Sejak akhir-akhir ini juga Wina selalu bangun di tengah-tengah malam.Hazri malas untuk merisik.Tapi kadang kala Hazri terdengar Wina muntah! Muntahhh???

Petang itu Hazri menunggu Miya di tempat kerja.Dari jauh kelihatan Miya berjalan dengan lemah gemalai melintuk liuk menuju ke keretanya.Dia tidak menyedari Hazri sedang berlari-lari anak ke arahnya.

"Sayang!!! "Panggil Hazri sedikit mencungap.
Miya menoleh ke arah Hazri.
"Teman abang minum sebentar.Ada hal yang abang nak beritahu sayang."Miya mengangguk-anggukkan kepalanya.Keretanya ditinggalkan di tempat kerjanya.Dia berjalan menuju ke kereta Hazri yang terpakir di seberang jalan.
Badan Miya dihenyakkan di tempat duduk penumpang sebelah pemandu.Miya terasa janggal duduk di sebelak Hazri.Telah terlalu lama dia tidak duduk di sebelah lelaki itu.Kenangan lama datang lagi.Kereta Hazri meluncur laju membelah kesibukan petang itu.Lama Hazri memandu lebih kurang sejam barulah Hazri singgah di sebuah restoran yang agak tertutup.
"Kita cari tempat yang aman sikit ." Restoran itu agak lengang dan mereka memilih tempat duduk yang agak tersorok di bahagian belakang.

"Sayang!Abang rindu" Ujar Hazri perlahan.Miya memandang wajah Hazri.Lama sekali.Ditenungnya mata itu.
"Kenapa?Rindu kat abang ke?"Usik Hazri.Tiba-tiba airmata Miya menitis.Hazri terkejut dengan sikap Miya.Adakah dia tersalah cakap.

"Sayang tak sihat ke?"Tanya Hazri sambil menghulurkan tisu.Miya geleng.
"Sayang lapar?"Teka Hazri.Miya tetap geleng.

"Miya rindu abang:" Tak mampu lagi Miya menahan rindu di hatinya.Rindu itu bergelora kencang semenjak peristiwa di kampung tempohari.Rindu itu bagaikan gunung berapi meletus memuntahkan laharnya.
"Sayangggg...."hanya itu yang mampu keluar dari mulut Hazri.Hazri melihat mata itu,bibir itu seakan ingin di peluknya ,ingin di kucupnya ,ingin diciumnya tapi dia sedar ada tembok yang kukuh menghalang mereka.
"Sabar sayang.Tunggu abang selesaikan satu-satu masalah abang.Nanti lepas itu kita nikah"Kata Hazri memujuk Miya sedangkan dalam hatinya juga merasakan perasaan yang sama.
"Sayang...abang nak tanya masa sayang mengandungkan Ariz,sayang ada mabuk-mabuk tak?Maksud abang Sayang ada alahan tak?Sayang...maafkan abang sebab tak prihatin masa sayang mengandung dulu."Tutur Hazri kesal.
"Selalunya begitulah.perempuan mengandung selalunya moody.Angin tak baik,kurang makan,makan pun muntah"Jelas Miya.
"Abang rasakan....Wina mengandunglah."Jelas Hazri.Berubah airmuka Miya mendengar kata-kata Hazri.Musnah harapannya untuk.hidup bersama Hazri semula.Miya tunduk menahan sebak.
"Apakah setelah ku gantungkan segenap harapanku padamu,kau akan musnahkan semula?Mudahnya kau membuat janji wahai lelaki."Bisik hati Miya.
"Baguslah.Kita tak payah teruskan hubungan kita.Miya undur diri
"ucap Miya sayu.
"Sayang! Abang tak suka sayang buat keputusan tanpa berunding dengan abang.Abang tak mahu sayang cakap yang bukan-bukan.Ingat janji abang .Abang tak kan tipu sayang.Abang terjun bangunan nanti....Nak tengok tak?"Hazri memandang Miya dengan senyuman yang kelat.

"Habis tu dah mengandung.Tak kan nak tinggalkan dia.Itukan anak abang."Miya bersuara agak keras.

"Masalahnya abang dah lama tak sentuh dia.abang dah lama tak bersama dia."Bulat mata Miya mendengar penjelasan Hazri.
"Habis tu anak siapa pulak?"Tanya Miya.Hazri hanya geleng tanda tidak tahu.
"Sayang tahu tak setiap kali abang bersama Wina,abang akan teringatkan sayang.Abang tahu abang berdosa tapi abang tak boleh nak tolak.Bayangan wajah sayang tak pernah hilang dari pandangan abang.Lama kelamaan abang tak mampu lagi melayani Wina sebagai seorang isteri.Hati abang bukan setakat tawar tapi langsung tak ada untuk Wina.Bila teringatkan perbuatannya yang tidak menghargai persahabatannya dengan sayang,abang jadi marah.Abang marah pada dia,abang marah pada diri abang yang bodoh tak tahu menilai.Itu sebab bila ummi gelarkan si bodoh,sitolol dan banyak lagi makian dari ummi,abang sekadar mendiamkan diri.Abang akui kata-kata ummi semua betul.Memang abang bodoh lepaskan sayang,abang buta pilih Wina."
"Sayang! selepas ni sayang jangan pandai-pandai buat keputusan sendiri tanya abang dulu.Jangan percaya apa yang orang cakap tentang abang.Jangan dengar cerita orang tentang abang sebab lepas ini akan banyak fitnah yang timbul."ujar Hazri.
"Lamalah lagi kita boleh nikah.Kalau betul Wina mengandung kita kena tunggu selepas dia bersalin."sambung Hazri lagi.

"Selama ini pun Miya tak pernah terima lelaki lain dalam hidup Miya"Ujar Miya perlahan tapi masih boleh di dengari oleh Hazri.
"Itu sebab abang sayang sangat pada Sayang.Walau pun sayang tolak abang tapi sayang tak pernah terima lelaki lain gantikan abang.Tapi abang tak boleh tengok sayang bercakap dengan lelaki lain.Sumpah.Rasa nak tumbuk-tumbuk muka orang yang mengurat sayang."Miya tersenyum mendengar kata-kata Hazri.
..."Mulut manis sungguh"Sindir Miya.
"Sayang!Anak kita sihat tak?"tiba-tiba Hazri bertanya tentang Ariz.
"Sihat.Hari-hari tanya bila Miya balik kerja hari ni mama jumpa papa tak?Miya jawab jugak.Kalau papa baru adalah mama jumpa hari-hari"Tersedak Hazri yang sedang minum mendengar kata-kata Miya.Terus ditolak pinggan nasi goreng dan gelas di hadapannya ke tepi.
"Sayang!!!!!Tak lawak.Tahu tak? Tak lawak!!"Masam muka Hazri.Miya terkekeh ketawa.Manis sekali muka Miya bila ketawa.Lesung pipit di kiri kanan pipinya menambahkan lagi kecantikan Miya.
"Sorry...sorry dear.just kidding"Ujar Miya sambil menolak semula pinggan dan air di hadapan Hazri.Hazri menyandarkan badannya pada kerusi.Dia tidak mahu lagi menjamah nasi goreng itu.Tertutup nafsu makannya ketika itu walau pun perutnya masih lapar.
"Abang!!!! Janganlah merajuk.Miya janji Miya tak bergurau macam itu lagi"Ujar Miya sambil mengangkat tangan bagaikan mengangakat sumpah.

"Janji...jangan bergurau macam tu lagi.Nanti tak pasal-pasal abang terjun bangunan.Nak tengok???" Ugut Hazri.Gerun jugak Miya mendengar kata-kata Hazri.Miya meneliti wajah itu.Masam,berkerut,urat matanya timbul,merah.Benarlah lelaki ini memang takut sangat kehilangannya sehinggakan bergurau pun tak boleh.Tapi si mata hazel ini tetap tampan seperti dahulu,tetap tidak puas untuk ditatap.
"Tengok apa?Tak puas lagi sakitkan hati abang?" Getus Hazri sambil menjeling Miya.Marah.Miya hanya geleng sambil tersenyum.Senyuman yang sangat dirindui Hazri selama ini.
"Senyumlah sayang.Abang rindu sangat nak tengok sayang senyum "Bisik hati kecil Hazri.
Sedang mereka leka menikmati makanan yang terhidang,tiba-tiba telefon bimbit Miya berbunyi.Hazri menjeling ke arah telefon itu.Tiada nama pemanggil tertulis.Nombor baru.Miya menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum!! Boleh saya tahu siapa di sana"

"Owwwwwhhh....Tuan Maleek"
Bagaikan luruh jantung Hazri mendengar Miya menyebut nama itu.
"Apa khabar?"Tanya Miya lagi.Hazri tidak keruan.Miya serba salah bila melihat airmuka Hazri yang keruh menahan cemburu.Diketuk-ketuknya sudu dan garfu ke pinggan.Ting!ting!ting! Kuat. Tanda protes.Hazri mengepal-ngepal penumbuknya.Matanya kemerahan memandang Miya.
"Saya ada hal sikit kat luar sekaa...."Belum sempat Miya menghabiskan kata-katanya,Hazri merampas telefon Miya.Hazri tak boleh bersabar lagi.Dadanya berombak,nafasnya deras menahan perasaan.Miya perasan itu.Perasan Hazri semakin menyinga.Marah.
"Betul Tuan Maleek.Miya sekarang dengan saya di luar ada hal." Pantas Hazri merampas telefon lalu mematikan talian.Dia mencabut bateri telefon bimbit Miya.Miya terkedu.Puas hati Hazri.Miya hilang kata-kata.

"Sayanggg!! Kita nikah minggu depan.Hujung minggu nanti kita balik kampung abang.Kita jelaskan pada abah dan ummi.Abang dah tak tahan nak hadap semua ini.Abang dah tak mampu nak tengok sayang berdrama lagi.Abang tak mampu nak berebut sayang dengan orang lain.Abang dah tak kuat.Depan abang pun begini kalau belakang abang macam mana.?"Tergenang airmata Hazri walaupun tak tumpah.

"Minggu ni kita balik kampung abang.Kita nikah di kampung abang.Nanti abang minta abah dan ummi uruskan.:Itulah keputusan Hazri.Miya akur kerana hatinya juga semakin meluruh terhadap lelaki ini.
"Kita nikah dulu.Yang lain-lain kita bincang kemudian.Lepas nikah abang akan tetap tinggal di rumah sekarang.Sehingga Wina bersalin.Walau pun itu bukan zuriat abang tapi sayang izinkanlah abang menjaga Wina hingga bersalin.Selepas kita nikah abang akan pergi ke kampung Wina.Abang akan terangkan kepada mak ayah Wina cerita yang sebenar."Miya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda akur pada kata-kata Hazri.
"Sayang jangan bimbang,abang tak kan sentuh Wina lagi.Semuanya untuk sayang."Meleret senyum Hazri penuh makna.Miya mencubit Hazri.Padan muka.Gatal.Tiba-tiba telefon bimbit Hazri berbunyi.Tertera nama 'BUAH HATI PAPA'di skrin.

"Assalamualaikum sayang.Ariz sihat"Ujar Hazri menjawab panggilan dengan lembut dari Ariz.Hariz menekan pembesar suara agar Miya dapat mendengar perbualannya dengan anak mereka.
"Papa!Kenapa papa tak datang lagi.Hari-hari Ariz tunggu papa.Ariz nak jumpa papa."Sedihnya nada suara Ariz.
"Okey....okey...nanti papa datang.Papa pun rindu Ariz.Ariz tunggu tau" Ujar Hazri sambil tersenyum.Talian dimatikan.
"Kita balik sekarang.Buah hati dah panggil.Abang nak singgah tengok Ariz"Miya mengikuti Hazri dari belakang.Selepas membayar harga makanan,mereka bergegas untuk pulang.Di dalam kereta Miya banyak.mengelamun.Melihatkan kasih sayang Hazri terhadap Ariz,Miya terasa berdosa andainya dia menolak permintaan Hazri untuk.nikah semula.Dia menerima Hazri semula bukan kerana dirinya sendiri tapi juga kerana anaknya,ummi,abah dan ibu.Dia berdoa semoga Hazri benar-benar berubah.
"Abang!Andainya kita nikah semula,boleh tak abang janji abang tak.kan tinggalkan Miya lagi.Abang tak kan curang lagi."Tutur Miya sayu.
"Sayanggggggg!!! Sayang tak percayakan abangkah?Abang serik sayang.Cukuplah sekali abang tersilap.Sayang cuma perlu bagi abang peluang sekali lagi untuk.mencintai sayang.Abang dah serik kehilangan sayang.Ummi,abah pulaukan abang."Hazri memandang wajah Miya.Dia tahu Miya serik kerana kekhilafan dia.
Hazri mengekori kereta Miya dari belakang.Sesampai sahaja di rumah,Ariz berkejaran mendapatkan Hazri yang memakir keretanya di luar pagar rumah Miya.
"Macam mana mama boleh jumpa papa?"Ariz hairan bagaimana papa dan mamanya boleh pulang bersama.Hazri mendepangkan tangannya memeluk lantas mendukung Ariz.Bertalu-talu di ciumnya wajah kecil itu.Hazri hanya berdiri di luar rumah melayan Ariz.Tidak sopan baginya untuk masuk ke dalam rumah.Miya masuk ke dalam rumah dan keluar semula dengan seteko kopi.
"Minumlah"ujar Miya sambil menghulurlan cawan kopi kepada Hazri.
"Letak dulu."Kata Hazri .Dia sedang meriba Ariz.
"Kenapa?Tak sudikah.Dulu di kampung sampai habis satu teko minum.kopi.Tak tinggal orang belakang"Sindir Miya.
Hazri terbatuk-batuk kecil mendengar sindiran Miya.
"Nanti dua minggu lagi.Siap sedia.Abang akan serang sayang habis-habisan" Ujar Hazri sambil mengecilkan matanya memandang Miya.
Miya sekadar tersenyum nakal.
"Kenapa papa nak serang mama.Nanti kalau mama luka berdarah-darah macam.mana?Ariz tak nak lah kawan papa."Ujar Ariz seraya melompat dari ribaan Hazri dan cuba berlari ke arah Miya.tapi Hazri cepat-cepat menarik Ariz duduk di atas pangkuannya semula.
"Padan muka.Gatal"Getus Miya.
"Tak kan papa nak lukakan mama.Kan papa sayangkan mama.Papa gurau tadi."Hazri mencium.pipi Ariz dalam-dalam.

Hujung minggu itu Hazri pulang ke kampungnya bersama Miya,ibu Miya dan Ariz.Wina ditinggalkannya sendirian.Tersenyum.lebar Puan Hasnah menyambut kepulangan mereka.Setelah merehatkan badan,Hazri meminta abah dan umminya duduk bersamanya.
"Abah!Ummi! Sebenarnya along ada hal yang ingin along rundingkan dengan abah dan ummi." Hazri memandang wajah orang tuanya satu persatu.
"Apa dia?"Soal Encik Badrul ringkas,menunggu kata-kata yang seterusnya dari anaknya.
"Along dan Miya nak.nikah semula."Jelas nada suara Hazri.

"Apa? Ya Allah...syukurnya"Ujar Puan Hasnah kegembiraan.Dia menangis mendengar khabar itu.Dia bangun memeluk anaknya seraya berkata,
"Lepas ni jangan nakal-nakal!"
Hazri dan Miya tersenyum serentak.
"Kalau begitu nanti abah uruskan.Anak pak ngah kamu yang kerja di pejabat agama di bahagian nikah kawin tu rasanya boleh uruskan.Benda baik jangan ditanggub.Nanti abah jumpa pak ngah petang ini."Kedengaran riang suara Encik Badrul.

Miya memakai sepasang baju kurung berwarna krim sementara Hazri memakai sepasang baju melayu berwarna putih.Majlis yang ringkas tapi meriah.

"Sah?" Tok kadi memandang saksi yang duduk di kiri kanan Hazri.Kedua-duanya mengangguk-anggukkan kepala mengesahkan akad nikah tadi.Tok Kadi menadah tangan berdoa dan diaminkan oleh jemputan yang hadir.Ibu,ummi dan abah tersenyum bahagia.Anak mereka telah bersatu kembali.Itulah impian mereka.Ada airmata yang bertakung walau pun tidak tumpah di mata Encik Badrul.Dia terasa doanya dimakhbulkan tuhan.Dia memangku erat cucunya Ariz.Diciumnya ubun-ubun cucunya.Ariz mendongakkan kepalanya melihat wajah tok abah.Ariz pelik melihat airmata tok abah.
Hariz bangun menyarungkan cincin di jari Miya dan mencium dahi wanita itu agak lama.Ada nikmat di situ yang payah untuk ditafsirkan.Ada bahagia yang berbunga-bunga di taman hati keduanya.Moga-moga ikatan ini kekal dan tidak terpisah lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience