HKMK9

Romance Series 10316

Waktu-waktu yang mendatang terasa begitu sukar bagi Wina.Hazri semakin dingin dan menjauh.Masa terluang Hazri banyak dihabiskan bersama anaknya Ariz.Tiada sesiapa pun yang boleh menghalang..Hampir setiap minggu Hazri pulang ke kampung bersama Ariz.Miya memberikan kebebasan untuk Hazri bertemu dengan anaknya.Kadang kala Hazri membawa Ariz tidur bersamanya dirumah.Ini menambahkan lagi sakit hati Wina sedangkan Wina masih lagi tiada tanda-tanda akan hamil.

Wina tak mampu lagi berbuat apa-apa.Dia hanya melihat sandiwara di hadapannya.Menangis sudah,meraung sudah,mengamuk sudah,merajuk pun sudah tapi semuanya tidak mengubah keadaan.Hazri tetap begitu.Tidak berubah malah makin rapat dengan anaknya Ariz.Dia benci Ariz.Dia benar-benar meluat dengan Ariz.Ariz merampas kebahagiaannya.Ariz merampas perhatian Hazri darinya.Jika berpeluang mahu sahaja dibenamnya kepala Ariz dalam baldi yang berisi air.Biar lemas,biar tak bernafas.Dia ingin mencubit Ariz sampai leban-lebam.Dia ingin memijak-mijak Ariz sampai mati.Sayangnya itu cuma dalam angan-angan kotornya belaka.

Tapi dia tak berpeluang berbuat demikian.Usahkan mahu menyentuh,mahu mendekati Ariz pun Wina tak berpeluang.Hazri bagaikan dapat membaca kebencian yang bergelodak di dalam hati Wina.Tidak pernah sekali pun Hazri membiarkan Wina melayani Ariz biar pun Wina cuba mendekati Ariz dengan senyuman,senyuman yang penuh kepura-puraan.Wina mengakui Ariz anak yang baik.Dia tak banyak kerenah.Ariz tak pandai mengada-ngada bila bersama Hazri.Mungkinkah Wina ini adalah ibu tiri jahat versi moden??Tapi yang nyata dia bencikan Ariz dan Miya.Terlalu benci.80% wajah Ariz mirip Hazri.Seakan-akan melihat Hazri sewaktu kecil.Lagi bertambah benci Wina terhadap Ariz.

Hazri sesungguhnya dapat meneka isi hati Wina.Melihat dari airmuka isterinya itu dia yakin Wina mempunyai perasaan yang kurang baik terhadap anaknya Ariz.Di sebabkan itulah dia tidak mahu Wina mendekati anaknya.Hazri tidak mahu mengkhianati kepercayaan Miya terhadapnya seperti yang lalu.Cukuplah sekali dia tersalah langkah.Cukuplah.Kerana kekhilafan yang satu itulah membuatkan hidupnya lintang-pukang,kucar kacir.Hazri benar-benar serik.

Esok hari minggu.Hazri membawa Ariz tidur di rumahnya.Malam itu dia membawa Ariz dan Wina keluar makan.Wina akur walau pun hatinya memberontak.Sebolehnya dia mahu keluar hanya berdua-duaan dengan Hazri.Benarlah,selepas makanan yang dipesan tiba Hazri hanya menumpukan perhatiannya kepada Ariz.Hazri menyuap anaknya makan dengan hati-hati.Sesekali Hazri mengesat mulut Ariz yang comot.Sesekali dia mencium kepala anaknya.Rasa sayang terhadap lelaki kecil itu melimpah-limpah.Wina hanya memandang.Terkelip-kelip.Jelas terlihat kasih sayang Hazri yang amat mendalam terhadap anaknya.Bagaikan tika itu hanya ada Hazri dan Ariz sahaja di situ.Hazri tidak peduli kewujudan insan lain.Bagaikan Wina tidak wujud.Ahhhh!!Alangkah cepatnya karma itu datang.
"Cepatlah habiskan makanan tu.Cepat kita balik.Ariz dah mengantuk agaknya."Ujar Hazri tiba-tiba.Sakit betul hati Wina .Tak habis-habis dengan Ariz.

"Wina lapar lagi laa bang.Sabar laa"Getus Wina."Mentang-mentang anak you dah kenyang,senang-senang je ajak balik"Sambung Wina dengan muncung yang tajam.

"Bukan macam tu tapi abang tengok Wina tak makan pun asyik tengok Ariz je.Kenapa?Ada yang tak kena dengan Ariz" Soal Hazri tiba-tiba.Bukan dia tidak perasan Wina asyik memandang Ariz dengan pandangan yang tajam.

"Abang asyik layan Ariz je.Tak kisah pun dengan Wina."Rajuk Wina.

"Kenapalah you ni.Dengan anak abang pun Wina nak cemburu"Rungut Hazri.
"Kalau macam ni cara abang layan Wina,usahkan dengan manusia dengan batang penyapu pun Wina boleh cemburu tau"Wina meluahkan perasaannya.Airmatanya tergenang.

Selepas makan mereka terus pulang.Di dalam perjalanan keadaan menjadi hening.Ariz telah pun lelap di belakang.Wina senyap melayan perasaan sambil matanya memandang keluar tingkap.Hazri pula tidak berusaha untuk memecah keheningan.

"Kenapa abang buat Wina begini?"Soal Wina tiba-tiba.
"Apa maksud Wina?Abang tak faham."Jawab Hazri sambil menoleh sebentar ke arah isterinya yang hanya 'dikasihani'.
"Semenjak akhir-akhir ni abang dah tak pedulikan Wina.Abang lebih kan Ariz.Hujung-hujung minggu abang banyak habiskan masa dengan anak abang.Kalau tak pun abang mesti balik kampung.Habis tu Wina ni macam mana?" Terdengar esak tangis Wina bergema.
"Abang bukannya keluar berfoya-foya dengan perempuan lain pun.Abang cuma habiskan masa abang dengan anak abang sahaja.Tak kan itu pun tak boleh"Keras bunyi nada suara Hazri.

"Memang la abang tak habiskan masa berfoya-foya di luar tapi keadaannya lebih kurang sama.Abang selalu biarkan Wina sorang-sorang.Abang lebih pentingkan Ariz."Gumam Wina sambil mengesat airmatanya yang semakin laju.

"Ariz anak abang.Satu-satunya anak abang.Abang mahu jalankan tanggung jawab abang yang pernah abang abaikan dulu.Abang dah tertinggal jauh kebelakang untuk melihat Ariz membesar.Abang tak mahu mengulangi kesilapan yang sama yang pernah abang lakukan dahulu."Kata Hazri sambil memusing stereng kereta masuk ke dalam kawasan rumah mereka.Setelah memakir kereta, dia membuka pintu rumah.Dia kembali semula ke keretanya untuk mengangkat putera kesayangannya yang begitu lena tidur.Wina membontoti dari belakang.Hazri meletakkan Ariz di atas katil dengan penuh hati-hati.Diselimutnya anak kecil itu lalu dia pun keluar dari bilik itu.Pintu bilik itu dibiarkannya terbuka.

"Maksud abang,berkahwin dengan Wina adalah satu kesilapan?"Wina masih tak puas hati.

"Mungkin!"Jawab Hazri sepatah.

"Selama ini abang tak cintakan Wina?"Soal Wina sambil memandang wajah Hazri.Malam ini Wina mahu melepaskan semua yang terbuku di hatinya.Hazri senyap.Dia mahu mengiyakan kata-kata Wina tapi dalam hatinya masih ada perasaan kasihan buat Wina.
"Kalau abang tak cintakan Wina kenapa abang kahwin dengan Wina?Kenapa abang layan Wina?"Makin kuat esak tangis Wina.Terhenjut-henjut bahu Wina menahan tangisan.

"Wina yang goda abang dulu...kan? Dan yang bodohnya abang pun tergoda dengan godaan Wina
"Jawab Hazri yang seolah-olah ingin menjelaskan perasaan sebenarnya terhadap Wina.Terkejut sungguh Wina dengan kata-kata Hazri.Tidak terduga yang Hazri sanggup mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa.Namun begitu Wina tetap mengakui sememangnya dia yang menggoda Hazri.Dia yang mulakan hubungan itu.


"Memang abang rasa sangat-sangat bersalah terhadap Miya dan Ariz.Abang selalu berfikir kenapa Wina buat begitu pada kawan baik Wina sendiri.Sedangkan selama ini Miya tidak pernah menyakiti Wina malah selepas Wina meruntuhkan rumah tangga abang dan Miya,Miya tidak pernah datang menyerang Wina.Miya tidak pernah berdendam."Hazri diam seketika mencari kata-kata.Dia menarik nafas lantas menyambung semula kata-katanya.


"Wina tahu tak selama ini kalau abang menjemput Ariz, Miya hanya menghantar Ariz melalui ibunya atau pembantu rumahnya Bik Surti sahaja.Dia enggan bertemu dengan abang sendirian.Miya benar-benar menghukum abang .Dia menghukum abang seumur hidup abang dengan sikapnya.Abang benar-benar terhukum,benar-benar rasa bersalah.Miya tidak pernah memberikan kesempatan pada abang.Miya sungguh melarikan diri dari abang tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu memutuskan hubungan abang dan Ariz."Wina terpempan mendengar kata-kata Hazri.
"Kalau diikutkan Miya boleh sahaja menggoda abang kembali padanya dengan menggunakan Ariz tambahan pula ummi dan abah menyokong kuat kalau abang rujuk semula dengan Miya tapi Miya tidak pernah ambil kesempatan.Kerana sikap Miya yang beginilah menyebabkan abang banyak berfikir tentang hubungan kita sekali pun abang sedar Miya belum lagi memaafkan abang.Dari sehari ke sehari abang menunggu khabar gembira dari Wina,moga-moga Wina mengandungkan zuriat abang moga-moga dengan berita itu dapat mengubat luka di hati abang tapi sehingga sekarang masih hampa."Hazri menghela nafas panjang.
"Tapi bukan salah Wina kalau Wina tak mengandung lagi!"Bentak Wina keras.

"Iyer....abang mula sedar itu bukan salah Wina.Abang tidak mahu menyalahkan Wina sepertimana abang menyalahkan Miya dahulu.Belum ada rezeki.Atau pun ini adalah kifarah atas
kesombongan abang terhadap Miya dan balasan terhadap sikap jahat Wina pada Miya.Wina sedar tak ini semua balasan atas dosa-dosa kita dahulu?"Wina terpana mendengar kata-kata Hazri.Dia tidak pernah terfikir sampai ke tahap itu.Tapi dia tetap enggan mengakui silapnya.

"Miya yang tak pandai jaga abang.Bukan salah Wina pun!" Ujar Wina sambil mencebikkan bibirnya.

"Salah tu Wina!Bukan Miya yang tak pandai jaga abang tapi abang yang bodoh."Hazri bangun meninggalkan Wina termangu-mangu sendirian.Dia malas untuk terus bertegang urat dengan Wina.Makin terserlah sikap sebenar Wina yang agak sombong dan pentingkan diri.Hazri masuk ke dalam bilik di mana Ariz masih lena dibuai mimpi-mimpi indah.Sesekali Ariz tersenyum .Mungkin sedang bermimpikan mamanya Miya.

Hazri baring di sebelah Ariz setelah menukar pakaian.Dia tidak mampu melelapkan matanya.Dia teringatkan Miya.Bagaimanakah caranya ingin mencuri hati Miya kembali.Dia resah.Dia rindukan Miya.Diciumnya pipi Ariz.Lama.Ariz terus lena dalam pelukan Hazri sehingga Hazri pun terus lena tanpa sedar.

"Datanglah Miya dalam mimpi abang,semoga terubat rindu abang terhadap Miya." Harap Hazri sebelum tidur.


********************
(KITA TERUSKAN DENGAN EPISOD YANG LEBIH PANAS. )

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience