HKMK5

Romance Series 10316

HAZRI memegang erat stereng keretanya yang meluncur laju membelah keheningan pagi.Hasratnya untuk berada menghabiskan cutinya yang tersisa terpaksa dibatalkan kerana dia tidak sanggup melihat wajah kedua-dua orang tuanya yang dilitupi mendung.Sejak dikhabarkan berita penceraiannya dengan Miya umminya berubah sikap.Tiada lagi mulut yang suka mengomel.Hilang sudah tawa di bibir syurganya itu.Abahnya?Hanya berkata yang perlu sahaja.Itu lebih baik dari umminya yang banyak membisu.Hazri rasa terasing.Oleh kerana itulah dia mengambil keputusan untuk pulang semula ke bandar.Biarlah dia tergolek di atas katil rumahnya sendirian dari melihat wajah sendu umminya.Biarlah dia menelan semua kesunyian ini kerana inilah pilihannya.

"Winaaaaa....!!" Ahhh nama itu meniti di bibirnya tapi tiada keinginan untuknya bertemu dengan gadis itu.Kenapa yer setelah hilang baru terasa peritnya.Peritnya hidup tanpa Miya.

Hazri mengambil keputusan untuk bermalam di sebuah hotel di satu tempat peranginan.Dia tidak mahu pulang ke rumahnya.Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar,berbunyi.Tertera nama 'WINA' di skrin.Di biarkannya sehingga deringan itu mati sendiri.Tiba-tiba berbunyi lagi deringan telefon bimbitnya dari orang yang sama.Dengan perasaan yang berat dia menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum...abang di mana sekarang?" Deras suara Wina di talian.

"Abang di kampung.Kenapa???"Soal Hazri pendek.

"Lama tak abang duduk di kampung?" Tanya Wina lagi.

"Tengok lah dulu macam mana.Lagi pun abang lama tak jumpa abah dan ummi."Bohongnya selamba tanpa rasa bersalah.

"Abang jangan lama-lama tau nanti Wina rindu."Manja bunyi suara Wina minta perhatian Hazri.

"Mmmmm...Okeylah" Jawab Hazri sepatah lalu mematikan terus talian.Terpempan Wina dengan tindakan Hazri.Niatnya untuk melepaskan rindu mati tiba-tiba bila Hazri bertindak di luar dugaannya.

"Kenapa agaknya dia bersikap dingin?"Desis hati Wina.


*******************

Sementara di kampung Puan Hasnah terus diragut sedih.Hatinya begitu hampa dengan tindakan anaknya yang membuang Miya dan Ariz.


"Abang....Nah rasa Nah nak telefon Miya boleh tak?"Tanyanya pada suaminya Encik Badrul.Suaminya hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda bersetuju.

Hari ini cuaca cerah dari pagi.Subuh-subuh lagi Miya telah bangun.Bagi Miya tiada istilah cuti hujug minggu buatnya semenjak bergelar ibu tunggal.Dia mesti menjayakan misinya.Ya,misi untuk masa depannya bersama Ariz.Misi menjadikan hidupnya dan Ariz lebih selesa.Ariz masih belum bangun setelah mengganggunya subuh tadi.Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.Tertera nama 'Ummiku comel' di skrin.Miya sempat mengimbau kenangan lalu di mana Puan Hasnah mengekek ketawa bila melihat namanya disimpan sebagai ' 'Ummiku comel dalam list contact Miya.Tersipu-sipu Miya.Puan Hasnah memegang pipinya di hadapan Encik Badrul bila dikatakan comel oleh Miya.
Hati Miya terasa berdebar-debar melihat nama itu.Tiba-tiba perasaan sayu menerpa.Dia menelan liurnya.Air mata menitis satu persatu.

Miya menekan tanda hijau di telefonnya.

"Assalamualaikum Ummi"Miya memberi salam kepada ummi mertuanya.

"Waalaikumsalam Miya.Miya dan Ariz sihat ke?"Tanya Puan Hasnah.

"Miya dan Ariz sihat ummi.Ummi dengan abah sihat ke?"Tanya Miya kembali.

"Ummi dan abah sihat alhamdulillah.Sekarang Miya tinggal di mana?"Tanya Puan Hasnah lagi.

"Owwwhhh....Miya tinggal dekat dengan tempat kerja. Mudah untuk Miya berulang alik ke tempat kerja.Lagi pun pengasuh Ariz tinggal dekat-dekat sini jugak.Miya sewa bilik ummi.Buat masa sekarang itu sahaja yang Miya mampu".Jelas kedengaran suara Miya sayu.Puan Hasnah masih setia di talian.

"Miya bagi ummi alamat,boleh tak nanti ummi dan abah datang jumpa Miya."Pinta Puan Hasnah.

Miya ragu-ragu ,bimbang kalau Puan Hasnah memberitahu Hazri tentangnya sedangkan selepas dia diceraikan sekali pun Hazri tidak pernah bertanya khabar tentang Ariz.Sekali pun Hazri membenci dirinya tapi hubungannya dengan Ariz tidak seharusnya diputuskan.

"Tapi ummiii...err...errrr" Teragak-agak suara Miya.

"Kenapa?Miya bimbang ummi akan beritahu Hazri?" Pandai Puan Hasnah membaca resahnya.

"Errrrr...."Hanya itu yamg terkeluar dari mulut Miya.

"Miya jangan bimbang.Ummi dan abah akan merahsiakannya dari Hazri.Ummi faham perasaan Miya.Maafkan anak ummi kerana bersikap biadap terhadap Miya.Ummi tidak pernah terfikir Hazri sanggup membuang Miya dan Ariz.Ummi tak tahu cerita yang sebenarnya kerana ummi begitu kecewa dengan Hazri.Ummi belum ada kekuatan untuk bertanya kepada Hazri lagi."Menitis juga air mata Puan Hasnah kali ini.

"Terima kasih ummi kerana memahami Miya.Nanti Miya bagi alamat Miya."ujar Miya sayu.

Miya meminta kedua bekas mertuanya datang pada hari bekerja.Mudah untuk Miya memohon cuti dan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Pada hari yang dijanjikan maka bertemulah enam pasang mata di tempat yang ditentukan.Miya menghantar Ariz ke rumah pengasuhnya bagi memudahkan Miya bergerak.Lagipun hari itu hari bekerja ianya tidak mengganggu cuti pengasuh Ariz.

Dari jauh Miya melihat bekas mertuanya menantinya penuh sabar.

"Maafkan Miya ummi,abah.Miya terlewat sikit." Sapa Miya tatkala menghampiri kedua mertuanya.Wajah Miya agak cengkung dan kurus.Pipi yang berisi dan agak gebu dulu, kini agak kusam.Miya menghulurkan tangannya ke arah Puan Hasnah dan Encik Badrul untuk bersalam.

"Miya!Maafkan ummi dan abah"Hanya itu yang terkeluar dari mulut Puan Hasnah.Dia terlalu sedih melihat keadaan bekas menantunya.Tidak tergambar betapa sukarnya Miya melewati waktu-waktu duka sendirian.Hanya ditemani Ariz yang tidak mengerti apa-apa.

Puan Hasnah dan suaminya sedar Miya tidak akan mengadu kepada ibunya di kampung memandangkan ibu Miya kurang sihat.Miya tidak mahu membebankan ibunya dengan masalahnya kerana ibu Miya menghidap sakit jantung.Kuatnya seorang Miya.

Miya mengajak bekas mertuanya ke biliknya.Senang untuk bercerita.
Agak kaget kedua orang tua itu melihat tempat tinggal Miya.Hanya sebuah bilik kecil untuk Miya dan Ariz melepaskan lelah seharian.Walau pun kecil tapi tetap kemas dan teratur.Miya menghidangkan kopi panas dan kuih hasil dari air tangan Miya.Agak lama mereka tidak merasai air tangan Miya.Tetap seperti dahulu.Sedap.Tiada tandingan.

"Miya!! Rujuk la dengan Hazri."Kata Puan Hasnah.Encik Badrul lebih banyak berdiam diri dan hanya mengiyakan sahaja kata-kata isterinya.

Miya hanya memandang wajah tua itu tanpa kata-kata.

"Miya!! Panggil Puan Hasnah.Miya hanya terus memandang,menunggu kata-kata seterusnya .

"Kasihan Ariz"Sambung Puan Hasnah lagi.

"Kalau Hazri kasihankan dan sayangkan Ariz mesti dia ada bertanya khabar tapi semenjak berpisah sekali pun Hazri tidak pernah menelefon Miya bertanyakan anaknya." Kata Miya sayu.

"Dia tengah mabuk bercinta ummi.macam mana dia nak ingatkan anak dia." Sambung Miya lagi.

"Betina mana yang meruntuhkan rumah tangga Miya?" Kasar bunyi nada Puan Hasnah.

Sebelum menjawab soalan itu Miya menarik nafas dalam-dalam.Bergetar bibirnya menahan tangis.Pecah juga tembok air mata seorang Miya.

" Kawan baik Miya ummi namanya Wina....Darwina."

"Kawan baik?????Itu bukan kawan baik itu namanya syaitan!!!!" Bulat mata Puan Hasnah mendengar kata-kata Miya.

"Abang Hazri mulai curang ketika Miya belum mengandungkan Ariz.Abang Hazri menyalahkan Miya kerana lambat mengandung."Sambung Miya.

"Ehhhhhhhh...itukan alasan bodoh.Dah tu Ariz tu siapa???Eeeeee...geramnya aku!!!!"Merah muka Puan Hasnah menahan marah.Encik Badrul tunduk memandang lantai.Kalau Hazri ada di depan matanya mahu dibaginya penumbuk sulung.Dia mengetap-ngetap giginya.Kuat.

"Miya sedih ummi.Abang Hazri dah tak pedulikan Miya lagi.Lebih baik Miya undur diri.Miya nak besarkan Ariz dengan sempurna walau pun tanpa Abang Hazri.Biarlah dia dengan dunia dia.Dia dah bahagia dengan jalan yang dia pilih.Miya tak mampu lagi nak bertahan ummi."Esak Miya hingga terhenjut-henjut bahunya.

"Kenapa Miya tak bagitau ummi dan abah?Kenapa Miya pendam sorang-sorang.Miya kan tahu ummi dan abah sayangkan Miya.Ummi dan abah tak akan menyebelahi Hazri.Kalau salah tetap salah.Sekarang dah sampai bercerai berai." Keluh Puan Hasnah.

"Tapi tak guna Miya pertahankan kerana Abang Hazri dah tak sayangkan Miya lagi."Sedihnya suara Miya.

"Bila Abang Hazri dah tak ambil peduli terhadap Miya,Miya gunakan duit simpanan Miya untuk beli kereta.Miya kuatkan hati belajar memandu sebab Miya tahu selepas ini Miya akan sendiri menghadapi masa-masa akan datang.Bagi memenuhi keperluan Miya dan Ariz siang Miya bekerja dan malam hari Miya buat part time untuk menambahkan pendapatan."Sambung Miya lagi.Ituuuu..sampul surat yang berbakul-bakul tu semua Miya lakukan untuk mencari duit lebih untuk menyara hidup."tangan Miya menunjuk ke arah kotak-kotak besar di tepi dinding.

"Miyaaaaaa...."Esak Puan Hasnah.Dia memeluk Miya.Lama.Airmata Miya mengalir laju.Keadaan jadi hening seketika.Hanya esak tangis dua wanita itu sahaja yang kedengaran.Encik Badrul mengesat airmatanya.Tumpah juga airmata seorang yang dipanggil abah.

"Miya!!! Sebelum abah balik,Miya bagi nombor akuan Miya.Nanti abah akan bagi nafkah Miya dan Ariz yang tertunggak Selepas ini abah akan tanggung Ariz."Ujar Encik Badrul setelah lama mendiamkan diri.

"Tapi abaahhh..." kata Miya separuh lalu dipotong Encik Badrul.

"Tak ada tapi- tapi Miya.Itu memang tanggung jawab abah.Abah mampu.Abah tak mahu menanggung dosa hingga ke akhirat.Usia abah semakin tua.Abah nak mati dengan tenang.Abah minta maaf sebab tak didik Hazri dengan baik.Maafkan abah Miya."Encik Badrul meraup wajahnya.Ada kesedihan yang tak dapat di tafsirkan bersarang di hatinya.Kesedihan itu menekan-nekan perasaannya.


*************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience