HKMK6

Romance Series 10316

Wina membetulkan rambutnya agar lebih kemas.Lipstik di bibirnya di tambah agar bibirnya kelihatan lebih seksi.Dia membetulkan blouse dan skirt yang pakainya supaya penampilannya lebih bergaya dan dapat menambat hati kekasihnya Hazri.Agak lama meraka tidak bersua.Terasa rindu yang membuak-buak di dadanya.Dia rindukan suara lelaki itu.Dia rindu untuk menatap wajah Hazri.Dia betul-betul gilakan lelaki itu.Senyuman manisnya,gurauan mesranya,layanannya yang romantis benar-benar menambat hatinya.Dia hanyut dalam arus cinta sehinggakan dia lupa bahawa Hazri adalah suami sahabat karibnya sendiri.Dia lupa diri sehingga sanggup meruntuhkan rumah tangga seorang Miya yang tidak pernah menyakiti hatinya.Selama ini Miya sentiasa ada membantunya dalam waktu-waktu sukar.Atas alasan kecewa kerana ditinggalkan kekasih Wina terlupa bahawa Miya adalah sahabat baiknya.

Layanan yang diberikan oleh Hazri tatkala hatinya dilanda kesedihan membuatkan Wina terlupa Hazri adalah suami sahabatnya.Hazri juga sering meluahkan rasa kecewanya kerana Miya masih lagi belum berbadan dua.Hazri begitu teruja ingin memiliki cahaya mata.Dia beranggapan bahawa Miyalah punca kegagalan itu.Baginya Miya mungkin mandul.Di sebabkan itulah tanpa berfikir panjang Hazri mengalihkan kasih sayangnya kepada Wina.Hazri tidak mahu berusaha mencari jalan penyelesaian.Hazri tidak.mahu menunggu lama.Baginya masalah itu berpunca dari Miya dan semestinya Miya yang mesti menanggung akibatnya.

Namun setelah Miya hamil,Hazri tidak dapat berpatah balik.Dia tidak sampai hati untuk meninggalkan Wina tapi dalam masa yang sama dia lupa untuk menjaga hati isterinya,Miya.Miya yang tidak pernah memberontak dan mempercayainya tanpa ada sedikit pun syak wasangka di perlakukan sambil lewa oleh Hazri.Baginya Miya tidak akan menghalang hubungannya dengan Wina kerana selama ini pada pandangannya Miya bergantung seratus peratus dengannya.Miya tak tahu apa-apa dan Miya tak berani nak buat apa-apa.

Kereta hitam.metalic itu berhenti di hadapan Wina.Pantas Wina membuka pintu dan menghenyak badannya di tempat duduk sebelah pemandu.Lantas tangannya menggenggam erat tangan Hazri sambil bibirnya secara tiba-tiba mengucup pipi lelaki itu.Terkejut Hazri dengan tindakan spontan Wina.

"Rindu sangat kat abang."Ujar Wina manja.Sangkanya tentu Hazri akan memberikan tindak balas apabila dia bertindak begitu namun sangkaannya meleset apabila Hazri sekadar mendengus perlahan dengan tindakan Wina.Ternyata Hazri bagaikan tawar hati dengan Wina.Tawar hati????Bukankah itu cinta matinya???
Mereka menuju ke salah sebuah restoran yang agak tertutup dan tidak ramai pengunjungnya.Hazri memilih tempat duduk yang agak tersorok untuk.mereka.Wina duduk.di sebelah Hazri .Dia mahu badannya bersentuhan dengan pujaaan hatinya.Dia belum.puas lagi mencium bau perfume yang di pakai Hazri.Mereka memesan makanan masing- masing.

"Abang dah bagi tahu mak dan abah abang tentang hubungan kita?"Soal Wina membuka bicara.Hazri menarik nafas panjang.

"Belum lagi tapi ummi menentang hibungan kita."ujarnya Hazri perlahan.

"Abang pujuk la" Cadang Wina.

"Wina dah bagitau mak dan ayah Wina tentang rancangan kita yang ingin mendirikan rumah tangga.Mak dan ayah Wina tak.ada bantahan apa-apa."Jelas Wina.

"Memang la mak ayah Wina tak bantah apa-apa sebab mereka tak tahu pun apa-apa tentang kita.Masalahnya sekarang ummi dan abah abang tak boleh terima menantu lain selain Miya."Jelas Hazri.

"Boleh tak abang bawa Wina jumpa orang tua abang?Mana la tahu entah-entah mereka tengok Wina terus jatuh sayang."Kata Wina yakin.

"Wina dah bersedia nak kena maki ke" Soal Hazri sinis.

"Abang!Kalau.kita tak cuba sampai bila-bila pun kita tak boleh kawin."Ujar Wina.
"Wina tak nak kita selama-lamanya begini.Kalau boleh Wina nak cepat-cepat kawin dengan abang." Sambung Wina lagi dengan gayanya yang menggedik.

Hampir aejam mereka berada di dalam restoran itu.Akhirnya mereka keluar dan menuju ke tempat parking.Wina memeluk erat lengan buah hatinya.Dia dan Hazri berhasrat pergi menonton wayang.Wina mahu menghabiskan masa seharian bersama Hazri.Rindunya belum lagi terubat.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.Tertera nama 'myUMMI' di skrin.

"AssalamualIkum ummi" Ucap Hazri tenang walau pun dadanya berdebar.

"Waalaikumsalam.Along kat mana sekarang?Tanya umminya.Nyaring suara Puan Hasnah kedengaran.

"Along kt luar ummi.Kenapa??"Tanya Hazri kembali.

"Ni haaaaa....ummi dengan abah dah ada depan rumah along sekarang.Kami.baru sampai dari kampung." Jelas Puan Hasnah.

"Haaaaa......!!!!Ummi dan abah dh ada kat depan rumah along!!!!Okey...okey along balik sekarang."Seakan terjerit suara Hazri bila mengetahui orang tuanya telah berada di rumahnya.

"Kita kena balik sekarang.Ummi dan abah dah sampai dari kampung.Datang mengejut pulak "Jelas Hazri kepada Wina.Wina membulatkan matanya sambil menghentakkan kakinya tanda protes.Dia belum puas melepas rindunya.

"Benciiiii....tahu tak!!!!!"Getus Wina marah.

""Wina nak ikut ,boleh?"Kata Wina seakan merajuk.

"Tak payah lah dulu.Abang nak tengok mood ummi dulu.Lagipun abang belum bersedia nak kenalkan Wina pada ummi.Wina tak kenal ummi abang.Kalau dia mengamuk habis la semua tunggang langgang.."Jelas Hazri .

"Wina balik naik grab lah.Abang nak cepat ni.Takut ummi marah kalau lambat sampai"Masam mencuka wajah Wina bila Hazri enggan menghantarnya pulang.Wina mendapati Hazri begitu takut dengan umminya.Timbul perasaan cuak dalam hatinya.Bagaimana mahu berhadapan dan mengambil hati orang tua itu.Tiba-tiba dia teringatkan Miya.Hebatnya Miya mampu membuatkan dirinya disayangi oleh ummi dan abah Hazri.

Sesampai sahaja Hazri di perkarangan rumahnya dia melihat kedua orang tuanya masih berada di dalam kereta.Umminya tertidur manakala abahnya sedang menatap telefon bimbitnya.

Hazri keluar dari keretanya lalu menuju ke arah orang tuanya.Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dan mempelawa mereka masuk je dalam rumah.

Terbeliak mata Puan Hasnah melihat keadaan dalam rumah anaknya.

"Ya Allahhhhh......along.Kenapa bersepah sangat rumah ni?"

"Eerrrrr...errrr along takkkk semmpat nak kemaass laa ummi."tergagap gagap Hazri menjawab soalan umminya.Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Selama ini memang Hazri kurang membantu Miya melakukan kerja rumah.Tambahan pula dia diserang penyakit angau.Semua kerja rumah Miya lakukan sendiri dari memasak,mengemas ,mengasuh anak dan semuanya.Hazri bukan suami yang baik dalam melayani Miya.Miya juga penat bekerja.Tapi Hazri tidak pernah terfikir untuk membantu Miya.

Selepas ketiadaan Miya barulah Hazri terasa betapa penatnya Miya menguruskan rumah tangga.Barulah dia sedar makanan tidak termasak dengan sendirinya.Rumah tidak terkemas dengan sendirinya.Baju tidak terlipat ,terbasuh dengan sendirinya.Semuanya perlukan tenaga untuk dikerah.Rupanya selama ini betapa penatnya seorang Miya.Kenapakah dia tidak perasan semua itu.Kenapa?????

"Ini kalau sesat tak jumpa jalan keluar la jawabnya" Sindir Encik Badrul memandang Hazri yang masih tergaru-garu.

"Dulu ada yang mengemas kau tendang keluar rumah!" Belum lama dah kena sedas dari umminya.Selamba sahaja Puan Hasnah mengeluarkan kata-katanya.

"Ummi dengan abah nak tidur di sini."Kata Puan Hasnah seakan memberi perintah.

"Yer ummi tapi biar along kemas bilik untuk abah dan ummi dulu."Hazri melangkah ke bilik yang pernah dihuni Miya dahulu.Tergantung gambar Ariz sedang ketawa di dinding.Tiba-tiba rindu menyapa. Dia teringat telah terlalu lama dia tidak memeluk anaknya.Anak yang ditunggu-tunggu kehadirannya.Baru dia tersedar selama ini dia langsung tidak bertanya khabar anaknya.Sakitkah Ariz???Demamkah Ariz?Cukupkah makan pakai Ariz???Dia terasa kehilangan sesuatu.


Malam itu seusai makan malam mereka duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.Telah lama Hazri tidak merasa makan malam seenak dan semeriah malam itu.Telah lama semenjak Miya pergi.Ahhhhh!!! Miya lagi.


"Kamu tak mahu rujuk semula dengan Miya ke?" Tanya Encik Badrul tiba-tiba.Tersentak Hazri dengan soalan itu.

"Along tak tahu Miya di mana."Jawabnya perlahan,takut-takut.


"Kamu tak berusaha nak cari memang la tak jumpa! Tak pun kamu dah merenyam sangat nak menikah .Ehh...along!Dengar sini,ummi nak bagitahu,kamu ingat ada tak perempuan yang nak.layan sifat pemalas kamu macam Miya?Kamu ingat kamu boleh jadi raja dalam rumah ni macam dulu.?" Sampuk umminya tiba-tiba.Geram pun ada.


"Bagaimana dengan nafkah Ariz dan Miya dalam edah?"Tanya Encik Badrul menduga.

"Errrr.....errr...along tak beri lagi abah."Perlahan sekali suara Hazri.

"Haaahhh!!! Kenapa along tak jalankan tanggung jawab along.Berdosa tahu tak?."Sergah abahnya.

"Kenapa tak jalankan tanggung jawab along? Seronok sangat ke bercinta dengan betina tu sampaikan tak mahu ambil tahu anak makan ke tidak.?? Jangan sampai aku jumpa betina tu.Nanti menyesal seumur hidup." Ugut umminya.Awal-awal lagi umminya telah menunjukkan sikap negatif terhadap Wina bagaimanakah nanti bila dia membawa Wina bertemu dengan kedua abah dan umminya.

"Ummi tak izinkan along berkahwin dengan perempuan lain.Ummi tak suka.Jangan bawa balik jumpa ummi dan abah.Kalau along nak kahwin juga along kahwinlah tapi ingat jangan nak memandai-mandai bawa jumpa ummi.Selagi ummi sayangkan Miya selagi itu ummi tak ada menantu menantu lain selain Miya."Berdesing telinga Hazri mendengar kata-kata umminya.

"Tapi ummi.....along dan Miya dah tak ada jodoh.Kita kena terima kenyataan."Hazri cuba membalas kata-kata umminya.

"Yang tak berjodoh tu kamu,tapi jodoh aku tetap dengan Miya."Tegas Puan Hasnah.

Hazri buntu.Bagaimanakah harus dia memujuk kedua ibu bapanya agar menerima Wina.Wina pula semakin mendesaknya untuk berkahwin dan kenapa pula dia beriya-iya mahu menikahi Wina sedangkan hatinya semakin tawar terhadap perempuan itu.Dengan sikap ummi dan abahnya yang terang-terang menolak Wina serta hatinya yang sering kali berbolak balik,adakah dia akan bahagia apabila menikahi Wina nanti? Semua itu berputar-putar di fikirannya.

Malam itu Hazri tidak dapat tidur lena.Hatinya resah tidak menentu.Wajah Wina dan Miya silih berganti berlegar di ruang ingatannya.Dia ingin menikahi Wina tapi dalam.masa yang sama ada rindu yang berlagu untuk Miya.Semakin dia cuba menepis semakin kuat rindu itu bertandang.

************************

Setelah beberapa bulan berlalu Hazri menguatkan hatinya untuk menghubungi Miya.Dia ingin menemui Ariz anaknya.

Pagi itu Hazri berpakaian kemas dengan t shirt berkolar biru laut dan seluar jeans berwarna biru tua.Hari ini dia akan bertemu dengan anaknya dan Miya.Ada perasaan gemuruh dan rasa tidak sabar di dada.Memang dia rindukan Ariz tapi sebenarnya perasaan itu lebih kepada rindukan Miya.

Dari jauh Hazri melihat Miya berdiri di sebelah pasu bunga besar sambil tangannya memimpin Ariz.Hatinya berbunga riang.

"Assalamualaikum!!!" Ucap Hazri sambil tersenyum apabila mendekati Miya.Miya agak terkejut bila mendengar suara Hazri.

"Errr...waalaikumsalam" Jawab Miya sepatah.Hazri menunduk cuba memeluk dan mencium Ariz tapi Ariz cepat-cepat menyorok di belakang Miya.Ariz menarik baju Miya.Lelaki itu begitu asing baginya.Hazri terkedu melihat tingkah laku Ariz.

"Sayang!!!! ini papa Ariz sayang." Pujuk Miya lembut sambil tangannya mengusap kepala Ariz.

"Tak naakkkkk...."Kedengaran suara Ariz menolak Hazri walau pun pelat.

"Sayang!!!!! jangan laa begini.Tak.baikkan."Pujuk Miya lagi.Ariz tetap menggeleng-gelengkan kepalanya

"Jom kita pergi beli mainan untuk Ariz."Tiba- tiba Hazri bersuara memecah kebuntuan.Miya mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju.Mereka beriringan masuk ke dalam pusat membeli belah itu.
Setelah penat seharian melayan kerenah Ariz,Hazri mengajak Miya mengisi perut.Miya menolak tapi terus di desak oleh Hazri.

"Kenapa tak nak makan?Miya tak lapar ke?Abang lapar ni dari pagi tak.makan."Keluh Hazri.

"Atau pun Miya takut nanti ada marah."Pancing Hazri.

" Awak bercakap pada diri sendiri ke? Saya tak perlu risau untuk menjaga perasaan orang lain.Tiada sesiapa pun yang kisahkan saya tapi awak ada Wina."Setepek kena ke arah Hazri.Wajah Hazri kemerah-merahan menahan malu.


"Maaf!!! Abang tak bermaksud macam tu."Perlahan nada suara Hazri.Terkejut Miya bila mendengar perkataan maaf keluar dari mulut lelaki itu.Selama ini lelaki itu tidak pernah mengucapkan kata-kata maaf walau pun terbukti dia bersalah.Pelik.

Miya hanya memesan sepinggan mee goreng mamak dan jus oren sahaja.Dia makan dengan cepat.Dia ingin segera beredar dari situ.Berlainan dengan Hazri.Seboleh-bolehnya dia ingin menghabiskan masa seharian ini bersama Miya dan Ariz.Telah lama dia tidak merasa sebahagia ini.Walau pun Ariz kurang senang bila Hazri memeluknya tapi setelah hampir setengah hari bersama kelihatannya Ariz mula berani mendekati Hazri.Ariz mula membiarkan Hazri mencium pipinya.Sesekali Ariz ketawa mengekek bila di agah oleh Hazri.Hati Miya tersentuh melihat senyum tawa Ariz bersama papanya.Tapi mana mungkin ianya sesempurna mimpi-mimpinya.


**************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience