HKMK 15

Romance Series 10316

Wina telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel.Setelah melahirkan anaknya maka jatuhlah talak terhadap Wina.Dari perkhabaran yang diterima oleh Hazri Wina telah selamat diijabkabulkan dengan Adam sebaik sahaja habis pantang.Hazri bersyukur,sekurang-kurangnya dia tahu ada seseorang yang akan menjaga Wina dan anaknya.Dia berharap semoga Wina menemui kebahagiaan yang dicarinya tanpa menyakiti hati sesiapa pun lagi.Semoga Wina bertaubat dari semua dosa-dosa yang pernah dilakukannya.

Miya pula sedang sarat mengandungkan sepasang anak kembar.Perempuan.
"Sayang! Kenapa abang tengok sayang ni makin seksi masa mengandung"Puji Hazri sambil tersenyum.Dia mengenyitkan matanya ke arah Miya.Sememangnya pada pandangan Hazri Miya nampak seksi dalam keadaan berbadan dua..Dengan dadanya yang montok,pipinya yang gebu kemerahan menambahkan rasa cemburu Hazri terhadap Miya.Tapi Hazri sedar,Miya nak bergerak.pun sukar dan perlukan bantuan.Dia tidak mahu melayan perasaannya.Miya semakin cantik walau pun tengah sarat.Cuma agak kasihan bila melihat Miya termengah-mengah bila melakukan sesuatu.
"Gatal!!" Jawab Miya sepatah.
Miya mempunyai nafsu makan yang kuat kali ini.Tidak seperti mengandungkan anaknya yang terdahulu.Hazri sering mencubit geram pipi Miya.Miya tidak mampu bergerak sepantas dahulu.Dia tidak dapat tidur lena.Tapi benarlah Hazri tidak mungkir janji.Setiap malam dia akan turut berjaga menemani Miya,mengurut kaki Miya,menggosok.belakang Miya andainya Miya tidak dapat tidur.Hazri tidak pernah membiarkan Miya sendirian walau pun dia tersengguk-sengguk mengantuk.Dia sentiasa ada untuk Miya.Ada kalanya Miya menangis kerana perutnya mengeras menyesakkan untuk dia bernafas.Dengan penuh kasih sayang Hazri akan memeluk Miya mengusap perutnya dan akan berbicara dengan anaknya.Sungguh benar.Wanita mengandung itu hatinya sensitif hanya belaian dan perhatian sang suami sahaja yang menjadi penawar dan penguat semangat.
"Anak-anak papa kan anak yang baik.Janganlah buat mama macam ni.Sian mama.Duduk la baik-baik dalam perut mama."Ujar Hazri memujuk.Dan anak-anaknya bagaikan mengerti kata-kata Hazri.Serta merta anak-anaknya senyap.Tidur agaknya.
Sehinggakan di majlis perkahwinan adik Hazri pun,Miya tidak mampu membantu apa-apa.Dia hanya duduk menyandarkan badannya di tepi dinding menyaksikan tetamu- tetamu yang hadir.Dia pasrah.Sesekali Hazri datang bertanyakan keadaannya.Ibunya sibuk membantu besannya.Ariz hilang entah ke mana.Tak nampak kelibat langsung.

Tiba-tiba dia terdengar seperti sesuatu yang meletup.'Pop'. Serta merta dia terasa kainnya basah.Lencun.Dia menjerit.Air ketubannya pecah.
"Abang!!!!Tolong Miya."Sayangnya Hazri entah di mana.Tiba-tiba Ariz berlari ke arahnya.
"Ariz!!! Tolong mama.Panggil papa cepat.Mama sakit."Rintih Miya.Sayangnya si kecil itu tidak mengerti apa-apa.Mungkin mamanya hanya bergurau.Fikirnya.
"Tapi Ariz nak susu" Rengek Ariz.
"Sayang! Mama sakit.!"Berkerut muka Miya menahan sakit yang tiba-tiba.
"Tolong mama sayang.Panggil tok ummi"Rayu Miya.
"Okey!!Tapi mama jangan lupa buatkan susu Ariz tau." Ujar anak kecil itu tanpa mengerti apa-apa.Dia berlari-lari mencari papanya.Sebelum itu sempat lagi dia singgah melihat rakannya bermain.
"Papa!Papa!Mama panggil.Mama kata dia sakit.Ariz tengok mama kencing dalam kain.Habis basah kain mama.Mama kencing tak nak pergi tandas."Ujar Ariz sambil menarik hujung baju Hazri.Mendengar sahaja kata- kata anaknya Hazri terus berlari ke arah isterinya Miya.Cemas.Dilihatnya Miya gelisah menahan sakit.
"Sayang!!!!! Kenapa ni?Sayang nak bersalinkah?"Tanya Hazri gugup.Miya hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.Mukanya merah.Miya menggigit bibirnya menahan sakit.Dia bangun dan.mengampu perutnya yang besar dengan tangannya.Hazri memapah Miya masuk ke dalam rumah untuk menukar baju.Suasana menjadi kecoh seketika.Encik Badrul dan Puan Hasnah agak terkejut melihat Miya yang sakit tiba-tiba.Puan Siti mengikuti Hazri ke hospital menemani Miya.
Sesampai sahaja di hospital Miya terus di tolak masuk ke dalam bilik untuk pemeriksaan terlebih dahulu.Lebih kurang dalam setengah jam Hazri dapat melihat Miya ditolak pula masuk ke dalam dewan bersalin.Hazri kegelisahan di luar.Dalam hatinya tidak putus-putus berdoa agar isteri dan anak-anaknya selamat.Dahinya berpeluh meskipun di ruangan menunggu itu berhawa dingin.Dia berjalan ke hulu ke hilir.Resah.
Hampir 2 jam berlalu,tiba-tiba pintu dewan bersalin itu terbuka.
"Samiya binti Abdul Rashid!""Nama Miya dipanggil.Hazri melajukan langkahnya mendapatkan jururawat yang berpakaian putih itu.
"Tahniah!Anak-anak encik dan isteri selamat.Tolong daftar anak-anak encik untuk masuk ke wad bayi kerana anak encik kena demam kuning.Sebentar lagi isteri encik akan dibawa ke wad ." Ujar jururawat itu.Hazri bersyukur di dalam hati mendengar kata-kata jururawat itu.
Setelah tiga hari berada di hospital,Miya dan anak-anaknya dibenarkan pulang.Puan Hasnah dan Encik Badrul menyatakan hasrat mereka untuk.menjaga Miya dan anak-anaknya.Maka berpantanglah.Miya di rumah mertuanya.Hazri mengambil cuti selama.dua minggu untuk menjaga Miya sehingga Miya sihat sedikit.
Hazri menjaga Miya dengan.penuh kasih sayang.Tidak pernah dia meninggikan suaranya walau pun sekali.Dalam hatinya hanya ada Miya dan itu tidak akan berubah sampai bila-bila.Dia serik.Cintanya hanya untuk.seorang Miya.


SEKIAN.SEMOGA BERTEMU KEMBALI DI NOVEL YANG SETERUSNYA.TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA.SARANGHAE.


*****************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience