HKMK13

Romance Series 10316

Bermula dengan hanya pertemuan tanpa sengaja di restoran tempohari, mereka makin kerap bertemu.Ketika Hazri sibuk mengejar cinta Miya,Wina dan Adam semakin kerap menghabiskan waktu bersama.Wina kembali rapat dengan Adam,seorang lelaki yang pernah bertakhta di hatinya juga seorang lelaki yang pernah meninggalkannya.
Mengikut apa yang telah diceritakan oleh Adam,setelah berpisah dengan Wina dia asyik mengejar cinta seoang wanita yang berusia 17 tahun lebih tua dari usianya.Wanita itu di kenalinya melalui seorang sahabatnya.Cantik,menarik dan mempunyai syarikat sendiri.Tentunya wanita itu mempunyai kewangan yamg kukuh.Adam dimewahkan dengan wang ringgit.Apa sahaja yang diinginkan Adam segera dipenuhi oleh isterinya asalkan Adam mahu mengikut apa sahaja yang kata-kata isterinya.
Pada mulanya memang Adam terasa seronok apabila hidup bermandikan wang ringgit.Adam dihadiahkan sebuah kereta sport.Bangganya Adam apabila ke hulu ke hilir memandu kereta mewah itu.Perempuan-perempuan muda sentiasa menjeling melihat Adam yang tampak kacak dan bergaya apabila memandu keretanya.Ramai yang cuba mendekati.Dengan duit poket yang sentiasa tebal,Adam lupa suatu hari nanti dia pasti akan.menyesal.

Isterinya yang pandai bergaya dan pandai melaram itu kelihatan lebih muda dari usianya yang sebenar.Tapi satu perkara yang membuatkan Adam tertekan,isterinya gagal melayaninya di tempat tidur.Adam yang berusia akhir 20an itu termyata terlalu hebat di ranjang.Isterinya yang cantik.menawan diluar ternyata kosong di dalam.Adam tersiksa zahir dan batin.
Isterinya tidak pandai memasak dan tidak pernah masak.Keperluan zahir Adam lebih dipenuhi oleh orang gaji mereka.Wanita itu begitu sibuk dengan urusan syarikatnya.Adam sering ditinggalkan keseorangan.
Lama kelamaan Adam lebih suka mencari kebahagiaan di luar.Akhirnya dia bertemu Wina yang sememangnya di dalam kesepian.
Hubungan yang pada mulanya hanya untuk menghilangkan kesunyian,ternyata melarat hingga ke tempat tidur.Perbuatan terkutuk itu berterusan hingga membenihnya hasil.Wina tidak pernah menduga rahimnya akan dihuni janin yang bukan dari suaminya Hazri.Dia tidak menyangka bahawa dia akan mengandungkan benih dari Adam.Wina buntu.
Berubah juga air muka Adam sewaktu Wina memberitahu tentang kehamilannya.Dia serba salah.Dia takut andai perbuatannya itu diketahui oleh isterinya namun dalam masa yang sama dia kasihankan Wina.Di dalam hatinya ada bibit-bibit kebahagiaanTelah lama dia berumah tangga.Jauh di sudut hatinya mengimpikan gelak tawa seorang cahaya mata.Tapi dengan sikap isterinya yang lebih mementingkan.penampilan adalah terlalu mustahil untuk dia memiliki zuriatnya sendiri.Tambahan faktor usia membuatkan isterinya enggan memiliki anak.Ternyata Adam agak menyesal dengan perkahwinannya..Dia ingin bertanggungjawab tetapi Wina masih isteri orang.Mana mungkin dia akan menikahi isteri orang.Kasihan juga dia melihat Wina tidak seceria dulu.Wina sendirian melalui waktu-waktu sukar di awal kehamilan.Tapi apakan daya,dia hanya mampu bertanyakan khabar sahaja dan dia akan cuba memenuhi keinginan Wina apabila Wina teringinakan sesuatu.Tak lebih dari itu.

*****************************
"I'm talking to you Darwina!!!!!!!"Suara Hazri yang keras mematikan lamunan Wina.Dia mendongakkan kepalanya melihat wajah bengis lelaki di hadapannya.
"Wina sunyi.Abang selalu tinggalkan Wina kesepian."Esak Wina.Sayu.
"Sunyi???"Kau memang perempuan jahat Wina.Aku kesal bagaimana aku boleh tergoda dulu.Kau kenal Miya?Kau masih ingat Miya?Sahabat karib kau yang kau khianati dahulu.Tidak pernah sekalipun dia curang walaupun tika itu aku mengabaikannya kerana kemaruk melayan nafsu kau.Yeerrr!!!Aku bodoh!Aku buta!!"Ujar Hazri sambil.meraup wajahnya yang merah menahan perasaan.marah.Wina tunduk.Benar!Dia memang jahat.Hatinya penuh dengan hasad dengki.Dan kerana sikap itulah,kini memakan dirinya sendiri.
"Kau tahu kenapa aku dingin pada kau???Bukan dingin.lagi Wina,aku dah tak ada rasa apa-apa lagi perasaan pada kau!!Aku telah sedar selama imi.hubungan kita hanya kerana nafsu bukan cinta.Aku tidak pernah menyintai kau!!!"

"Aku mengejar Miya.Aku gilakan Miya.Aku gila talak!!!.Walau pun Miya menolak tapi aku tak pernah berputus asa.Aku dan Miya telah pun bernikah semula."Kendur sedikit nada suara Hazri.
"Haaahhhhhhh!!!!Nikah semula????"Wina begitu terkejut mendengar kata-kata Hazri.Bulat matanya yang agak sembab itu memandang Hazri.
"Sampainya hati abang!!"
"Sampai hati???Dulu,bila kau mengkhianati Miya tidak.pernah pula kau bercakap tentang sampai hati.Pernah tak kau merasa simpati pada Miya sedangkan waktu itu anak aku terlalu kecil untuk berhadapan dengan kemelut itu.Itu anak aku tahu tak?Anak kandung aku.Bukan anak haram!!!!Anak aku tu tak tahu apa-apa lagi tika itu.Ada tak kau fikirkan semua itu sebelum kau goda aku yang buta dan.bodoh ni."Ujar Hazri.
memulangkan.paku buah kerasnya kepada Wina.
"Kasihan Miya!Kasihan Ariz!"Hazri mengeluh.
"Bertaubatlah Wina.Sudah banyak perkara buruk yang kita lakukan.Banyak sangat dosa yang kita buat."
"Lepas ini aku akan cari masa yang sesuai.Aku akan.lepaskan.kau.Aku tak mahu menjadi pak sanggup"sambung Hazri lagi.
"Tapi Wina sayangkan abang,cintakan abang."Penuh sedu sedan Wina minta simpati.
"Cinta untuk.aku tubuh untuk.orang lain."Sindir Hazri pedas.Lidah Wina kelu untuk berkata.
"Darwina!!siapa yang buntingkan kau???Kenapa?Jantan tu tak nak bertanggung jawabkah?"Tebak Hazri.
Sedang mereka bertelagah,tiba-tiba telefon bimbit Hazri berbunyi.Tertera nama 'BIDADARIKU' di skrin.Muka Hazri yang bengis,tiba-tiba menguntum senyum.Dia menjawab panggilan itu walaupun Wina sedang memerhatikannya.

"Waalaikumsalam.Abang okey.Sayang okey tak?Abang belum makan lagi.Rindu nak makan air tangan sayang."Hazri terus melayan Miya tanpa memperdulikan Wina yang memerhatikannya dengan perasaan yang cemburu.
"Sayangggg konon"monolog Wina sendirian.Tidak lama kemudian Hazri mematikan talian dan kembali memandang Wina.
"Mesranya abang dengan Miya.Siap bersayang ....sayang lagi.Abang tak pernah pun panggil Wina dengan panggilan begitu."Getus Wina demgan perasaan cemburu.
"Aku tak tahu kenapa aku tak boleh panggil kau macam tu sedangkan dulu walaupun aku dah berpisah dengan Miya aku tetap panggil dia sayang.Tapi sekarang aku dah tahu jawapannya."Ujar Hazri sambil menjeling Wina.
"Beritahu aku siapa jantan yang buntingkan kau.Senang aku kerjakan.Aku nak dia bertanggung jawab.Dah makan tak pandai nak kemas"Kata Hazri lagi.
Selepas kejadian malam itu,Wina masih lagi berdegil tidak mahu menjelaskan kepada Hazri perkara yang sebenar.Wina masih berdolak dalik.Kandungannya yang memasuki bulan ke empat,telah mula mengeras.Sesekali terasa gerakan awal janin yang menghuni rahimnya.Rasa sayang mula terbit di hati.Walau pun itu adalah anak haram namun dia tidak dapat menolak rasa sayang terhadapnya.
Adam juga begitu.Timbul rasa sayang terhadap janin yang kian membesar di dalam rahim Wina.Dia mesti dan mahu bertanggung jawab.Biar pun nanti dia akan kehilangan apa yang dimilikinya sekarang.Dia tidak peduli walaupun isterinya Sarah,akan menyingkirkannya.
"Win!!! I dah buat keputusan.I akan bertanggung jawab.I will protect you and I promise to love you forever."Adam meramas-ramas tangannya.

"I will see your husband sooner or later "Sambungnya lagi.Adam tekad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience