Bab 25

Romance Completed 19432

Bab 25

"Waalaikumsalam". jawab Datin Alia sambil tersenyum. dato razi hanya mengangguk dan terus memakan makanan yang dimasak oleh zilah. Hadif memandang zilah yang hanya berdiam diri. aduh sah kejap lagi Perang dunia.

"katty, suraya. duduk lah". ajak datin alia. Suraya dan katty terus duduk. Suraya duduk di hadapan Hadif manakala katty duduk di hadapan zilah.

"kenapa kau datang sini?". tanya hadif kasar. Suraya tersenyum. ah rindu nya dekat hadif. zilah memandang sekilas ke arah hadif. aik badmood nampak.

"apa abang hadif nie? tanya lah elok elok. katty yang ajak kak suraya datang sini". ujar katty. eleh nak sangat backup minah tak cukup kain tu. haish si katty nie. Suraya tersenyum dalam hati, well backup ada lah katakan.

"haaa hadif, kamu tak kerja kan hari nie?". tanya dato razi. hadif terus memandang papa nya.

"ye pa, hadif ingatkan nak bawa zilah jalan2 hari nie". terang hadif. zilah memandang ke arah hadif. ewah nie takde pun bagi tahu aku nak jalan.

"abang hadif nak jalan? katty nak ikut boleh? boleh lah abang hadif. haa dengan kak suraya sekali boleh kan ikut?". tanya katty teruja. ish minah nie suka kacau daun! dah lah ajak si suraya sekali! hadif memandang zilah di sebelah nya tetapi zilah hanya tunjuk muka selambanya.

"abang hadif boleh ke tak?". tanya katty sekali lagi.

"tak boleh". jawab hadif ringkas. Katty terus membuat muka tidak puas hati.

"aunty, tengok nie abang hadif tak nak bawak katty ikut".katty mengadu ke datin alia.

"hadif, biar lah katty dengan suraya ikut". pujuk datin alia. Hadif menunjuk kan muka tidak muka puas hati nya ke datin alia. akhirnya hadif mengalah. katty dan suraya ikut. haih nasib.

Sepanjang makan Zilah hanya mendiamkan dirinya. hadif yang perasan akan perubahan isterinya memegang tangan isterinya. zilah yang cuba menarik tangan nya gagal! akhirnya zilah mengalah. Hadif tersenyum puas. Suraya yang melihat adengan itu mencebik dan begitu juga katty yang melihat.
Sudah hampir setengah jam Zilah dan Hadif menunggu Katty dan Suraya bersiap. Zilah melihat hadif ditepi nya yang sudah naik bosan menunggu. Akhirnya zilah melihat katty dan suraya berjalan ke arah kereta. fuh sexy gila minah nie. tak cukup kain betul.

"Kak zilah duduk lah belakang dengan katty. biar kak suraya duk depan dengan abang hadif". suraya tersenyum sinis manakala hadif membuat muka tidak puas hati nya. hish apehal pulak isteri aku duk belakang. Zilah hanya mengangguk dan terus keluar daripada kereta dan menuju ke belakang. Katty tersenyum puas hati kerana zilah mengikuti katanya dan Suraya pula tersenyum kemenangan. Hadif memecut laju kereta nya. dia tidak berpuas hati kerana zilah mengikuti kata kata katty.

Hampir setengah jam perjalanan mereka akhirnya sampai di sunway pyramid. suraya terus berjalan bersebelahan dengan Hadif. Zilah hanya berjalan berseorangan di belakang. Hadif memberhentikan Langkahnya apabila dia menyedari Zilah tiada di sebelahnya. Hadif berpusing ke belakang. dia melihat zilah yang berjalan di belakang. dia mendekati isteri nya lalu menarik tangan zilah. Katty dan suraya yang melihat Mencebik bibir.

"err hadif, u teman i pergi butik tu boleh tak? i dah lama tak shopping. u teman kan i eh?". tanya suraya. Zilah memandang suraya yg sengaja menggedik kan suaranya. eleh minah nie ish aku sepak kang.

"kau pergi dengan katty je lah! aku datang sini nak bawak zilah jalan2. bukan nak teman kau shopping". jawab hadif kasar.

"alaa abang hadif. abang hadif lah teman kak suraya. katty rasa kak zilah tak kesah pun kalau abang temankan Kak suraya. kan kak zilah". tanya Katty. Zilah terkejut mendengar kata2 katty! cis tak guna! ade pulak aku tak kesah laki aku pergi teman kan perempuan lain shopping

"err ta...takk. abang pergi lah teman kan suraya". jawab zilah ringkas. sebenarnya dia malas hendak berlawan cakap dengan si katty. nanti ade aje ayat yang boleh menyebabkan zilah sakit hati yang keluar.

Hadif memandang tajam ke arah Zilah! adoy bini aku nie, dia tak faham ke apa aku nak jalan2 dengan dia. yang dia pergi ikut je setuju cakap si katty tu dah kenapa

"wahh thanks zilah. you memang memahami". kata suraya dan terus menarik tangan hadif agar mengikuti nya ke butik. zilah yang melihat tergamam. what?? dia pegang tangan suami aku? helow bruh agak lah kalau ye pun. Zilah memandang katty yg berada di sebelahnya. Katty tersenyum sinis

"i thing, abang hadif lagi sesuai dengan kak suraya, berbanding kau". kata katty sinis. zilah mengetap bibir.

"tak kesah lah sesuai ke tak, sepatut nya awak tu sebagai sepupu kesayangan hadif kena tolong kekal kan hubungan hadif dengan isteri dia.bukan menghancurkan". kata zilah sinis juga kepada katty! haha padan muka kau!

"aku hanya akan tolong kalau isteri abang hadif tu adalah kak suraya. kalau kau jangan harap lah. buang masa aku nak tolong kekal kan hubungan kau dengan abang hadif. sedar lah diri tu yang kau tak layak untuk abang hadif". kata katty dan terus menjeling zilah yg disebelah nya. zilah yg melihat hanya tersenyum. lucu pulak dia jeling mcm tu.

"i dont care! layak ke tak lain cerita. yg penting abang hadif awak tu dah kawin dengan saya dah pun. and kesian lah awak ye sebab tak dapat jadikan suraya sebagai kakak ipar". kata zilah sinis. katty memgetap bibir. tak guna! berani dia cakap mcm tu.

"eh kau jangan nak perasan ye. kau tahu aku panggil kau kak zilah tu bila depan abang hadif bersebab. and aku akan buat abang hadif benci kau!". kata katty. zilah memandang katty yang di sebelah nya.

"i know the reason, sebab awak nak berlagak baik depan dia, so dia pikir yg awak tu suka dengan saya lah sebagai isteri hadif. and one more katty. saya nak ingat kan awak, dah kira baik hati saya masih panggil awak guna awak saya. bukan kau aku. and you know right karma tu ade. and nie saya nak bagi tahu lepas nie kalau keluar gi mana2 tutup lah aurat tu sikit. terdedah sana sini. tak malu ke ha orang pandang". kata zilah dan terus berlalu. sakit hati nya melayan si katty yang tak matang tu. katty mengetap bibir. kau tunggu zilah. game baru je nak bermula.

Zilah melangkah masuk ke dalam butik yang suraya dan hadif pergi. dia melihat hadif dan suraya yang nampak mesra. Hadif seperti nya sedang menolong suraya mengzip kan baju milik suraya. Zilah menahan agar air mata nya tidak jatuh melihat adengan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience