Bab 15

Romance Completed 19432

Bab 15

Zilah terjaga daripada Tidurnya apabila mendengar alarm yang di set nya semalam. Zilah terus bergegas ke tandas untuk mengambil wudhu dan terus menunaikan solat subuh. selesai solat zilah mengejutkan Hadif untuk bersolat.

"awak bangun solat". tegur Zilah membangunkan Hadif sambil menggoyangkan kaki hadif. Hadif terus bangun dan ke tandas. Tak susah mana pun nak bangunkan si hadif nie. zilah terus turun ke bawah membuat sarapan untuk Semua.

"eh zilah awalnya bangun". tegur datin Alia apabila melihat Zilah menuruni tangga. biar betul mama nie? awal gila bangun

"haha mama nak siapkan sarapan. zilah faham2 je lah si Katty tu mana boleh kalau tak makan sarapan.and dia tu tak suka Bik santi yang masak. katanya tak sedap lah apa lah. nak jugak mama yang masak". beritahu datin Alia. huish si katty dia biar betul? cerewet gila! makanan pun nak memilih ke. makan je lah bukan susah pun. apa pulak bik santi tak sedap masakan dia. sedap ada lah. ei mengada betul si katty tu.

"Haa zilah tolong mama boleh?". tegur Datin alia sekali lagi sekali gus mematikan lamunan Zilah. Zilah tersengih

"boleh je ma. meh mama nak zilah tolong apa?". tanya Zilah. alah setakat tolong je boleh aje.

"haa tolong mama potong bawang2 yang mama letak atas meja tu". kata Datin Alia. Bawang? what? seriously? oh no! Zilah memandang Ke arah bawang yang mama katakan. Alaa zilah potong je lah.Datin Alia mana tahu kau anti dengan bawang. Haish nasib. kenapa lah tak potong benda lain je? potong ayam ke? potong apa ke. nie kena bawang Jugak. Zilah terus menuju ke arah bawang yang di atas meja. zilah terus mengambil bawang tersebut dan terus memotongnya.

Baru 2 biji bawang yang Dipotong Zilah terasa ada air yanh menitis dari Mata nya. lah awat pulak na aku nangis mcm nie. buat malu je kalau mama nampak. no zilah faster kena habiskan jugak bawang nie. lagi satu je tinggal! Setelah selesai memotong bawang zilah terus membasuh muka nya. Fuh akhirnya Habis pun bawang tu aku potong. Zilah memandang mama mertuanya. mama sebenarnya nak masak apa nie eh? dengan roti nya apa semua. ala tanya mama je lah

"ma, mama nak masak apa nie?". tanya zilah sambil mendekati datin alia

"eh. ouh mama nak buat Nasi goreng Ayam then nak buat Roti bakar. kenapa? zilah nak makan apa apa ke? boleh mama masakkan?". tanya Datin Alia. tak dinafikan Datin Alia juga memang terror dalam bab masak memasak nie. zilah hanya memandang ke arah datin alia dan tersenyum.

"takde lah ma". balas zilah dan terus menolong mama mertuanya. Setelah hampir sejam berperang di dapur bertemankan Datin Alia. Akhirnya makanan semua siap! yeay tak sabar nya nak makan.

"ha zilah tolong panggil Hadif. biar mama pergi panggil katty". suruh datin Alia. Zilah hanya mengangguk dan terus berlalu. sesampainya dibilik Zilah melihat hadif yang hanya memakai tuala. oh damn! malu nya aku. Hadif memandang zilah dengan Perasaan aneh. dah kenapa minah nie tutup mata bagai?. pelik. Hadif melihat dirinya yang hanya memakai tuala. ouh baru aku tahu kenapa.hahaha. Hadif berjalan mendekati zilah.

"kenapa kau tutup mata kau? kau malu ke tengok aku mcm nie?". bisik hadif perlahan dan terus menciumi pipi Zilah. what tha hall? dia cium pipi aku? oh no!.

"cuba kalau aku cakap tu kau pandang muka aku". tegur hadif sekali lagi. "kalau tak aku cium kau terus". sambung Hadif. ish mengada nya mamat nie. Zilah memberanikan Dirinya untuk memandang Hadif. Dia melihat hadif yang hanya tersenyum sinis.

"A..a..awak. ma..mama su..suruh turun. sa..sarapan dah si..siap". kata Zilah dan terus menunduk. malu nya aku!!. Hadif ketawa dalam hati melihat gelagat zilah. pemalu rupanya.

"ye nanti aku turun. kau turun dulu. ke kau nak tengok free show aku pakai baju? aku on je". usik Hadif. Hahaha..zilah terus membuka pintu bilik dan terus turun kebawah.
Zilah menuruni tangga perlahan lahan. kang kalau jatuh susah pulak. sesampai di ruang makan Zilah melihat Katty yang sudahpun berada Di ruang makan bersama Dato razi dan datin Alia. hmm nampaknya kena duduk sebelah Mama lah nie.

"Ha zilah, Hadif meh sini duk makan. lama benar kat atas. tah apa yang dibuatnya. meh sini makan cepat". Tegur Datin Alia. lah ade mamat tu ke kat belakang aku. tak perasan pun dia ade. tah bila turun agaknya. Zilah memusing kan badan nya sedikit untuk melihat Hadif. Hm. Hadif hanya tersengih melihat Zilah. huhuhu masih malu lah tu.

Zilah dari tadi perasan yang Katty hanya memandang sinis ke arahnya. dah kenapa pulak si katty nie. Tak suka aku ke apa.? tapi apa salah aku? hak alah cari pasal betul minah nie.

"er ma, pa hari nie hadif nak bawak Zilah keluar tau. Nak shopping barang apa yang patut". beritahu hadif. what? shopping? ei aku paling tak suka shopping lah hoi. zilah memandang Hadif yang berada di depannya.

"hmm pergilah. kenapa pula nak tanya mama. zilah tu kan hak hadif. hadif berhak nak bawak dia pergi mana2". balas Datin Alia.

"alaaa nak ikutt. abang hadif boleh tak kalau katty nak ikut? please. katty bosan lah duduk Dekat rumah. boleh lah boleh lah". kata katty manja. eii acah manja betul minah nie. meluatnya aku tengok muka dia. dah tu siap peluk lengan hadif lagi. mengada!

"err hmm boleh. nanti katty pergi lah siap ye". jawab hadif lalu memandang sekilas ke arah isterinya. Zilah hanya membuat muka slumbernya. eleh nak ikut sangat en ikut lah!. Katty ketawa sinis dalam hati. haha apa kau pikir aku akan bagi peluang kau nak berdua duaan dengan abang hadif? no its not gonna be happen lah zilah!

Selesai makan Zilah masih dengan prinsip nya akan membantu Bik santi mengemas. alah kesah apa aku pasal minah tu. dia tak suka aku tolong bik santi peduli apa aku. daripada dia tu tahu nak duk santai je. Katty telah pun Masuk ke biliknya selepas makan. nak bersiap maybe? manakala hadif terus naik ke bilik mereka. datin alia dan dato razi telah pun keluar ke mana zilah pun tak tahu.

Selesai mengemas Zilah terus naik ke atas. Zilah melihat Hadif yang tengah duduk santai di katil sambil bermain phone nya. ewah syok nya dia. Zilah terus berlalu ke almari mengambil baju dan terus ke tandas untuk mengantikan pakain nya. Selesai mengantikan pakaian zilah duduk di hadapan meja solek dan memakai tudung nya.

Tok! Tok! Tok! "abang hadif dah siap ke belum? katty dah siap nie". jerit katty dari arah luar. Hadif bangun daripada katil dan berlalu ke Pintu. zilah hanya melihat katty yang berada di luar. ewah sexy gila minah nie. sexy ke seksa pun aku tak tahu lah. dengan dress paras peha lepastu dengan lipstik merah dia. huish gila lawa gak.

"abang dah siap dah. kak zilah tu je masih lagi pakai tudung". jawab hadif sambil memandang zilah. eleh aku lambat sebab aku tolong bik santi tadi lah.

"ish leceh lah.tulah lain kali dah tahu diri tu siap lambat tak payah lah nak tolong2 bagai bik santi tu. see now dah lambat. ergh". perli katty. ish minah nie nak je aku cili mulut dia. Zilah hanya diam tanpa membalas kata2 Katty. kang aku balas ade yang gaduh kat sini. Setelah selesai bersiap Zilah terus mengambil beg nya dan berlalu ke bawah. Hadif kaget melihat zilah yang terus ke bawah tanpa menunggunya.

Hari ini zilah hanya memakai Jubah berwarna Hitam dan dipadankan dengan tudung lilit berwarna Merah. hmm lawa.

***

sesampainya di mall Hadif dan katty jalan beriringan manakala zilah berjalan di belakang. ish sape isteri sebenarnya nie? aku ke atau si katty tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience