Bab 33

Romance Completed 19432

Bab 33

Zilah mulai takut apabila mengingati kata kata hadif siang tadi. perasaan risau mula menakutkan dirinya. sungguh dia takut jika hadif akan tinggalkan dirinya. tiba tiba sahaja telefon bimbit milik zilah berdering.

"assalammualaikum". sapa zilah.

"waalaikumsalam, boleh saya tanya? ini keluarga kepada waris Hadif bin Razi ke?". tanya seseorang daripada telefon.

"err ye, saya zilah, isteri kepada Hadif. boleh saya tanya ini siapa?". tanya zilah. Zilah mulai risau.

"saya inspektor zafran. saya ingin memaklumkan puan bahawa Suami puan ditikam oleh seseorang. sekarang suami puan dalam keadaan kritikal. beliau berada di Sime Darby medical Centre. puan boleh datang sekarang". kata inspektor zafran. Zilah terkaku mendengar penjelasan daripada inspektor zafran. Zilah terduduk di sofa yang berada di ruang tamu. Zilah yang melihat Zilah terduduk terus sahaja datang mendekati zilah.

"YaAllah kak Zilah! kenapa nie?". tanya zilah cuak. terkejut dia bila melihat zilah tiba2 sahaja jatuh. nasib baik ade sofa. Zilah menangis. Katty cuak melihat keadaan zilah. apa dah jadi?

"kak zilah! kenapa nie kak? apa dah jadi?". tanya katty sekali lagi apabila soalan nya tadi tiada respond daripada Zilah.

"Abang hadif". kata zilah perlahan. Katty yang mendengar nama hadif disebut terus sahaja dapat mengagak apa yang terjadi.

"ape dah jadi dekat abang hadif". tanya katty kalut! sungguh dia takut.

"abang hadif kena tikam. sekarang dia berada di hospital sime darby. kita kena ke sana sekarang". kata zilah. katty terus bergegas ke atas mengambil tudung buat zilah dan lalu memapah zilah masuk ke dalam kereta. katty memecut laju kereta nya. Kebetulan datin alia dan Dato Razi ada berdekatan dengan Hospital yang hadif ditempatkan. Dato razi dan Datin Alia terus sahaja berlalu ke hospital.

Hampir setengah jam perjalan baru lah zilah dan katty sampai di Hospital. Katty masih membantu Zilah agar zilah tidak jatuh. dia tahu zilah dalam keadaan lemah. apa lagi sarat dengan kandungannya.

"mama, papa". laung zilah apabila melihat Dato razi dan datin alia berada di Hadapan unit pembedahan kritikal.

"zilah". kata mama.mama laju sahaja berjalan mendekati Zilah. kasihan dia melihat menantu nya yang sarat mengandung.

"macam mana abang hadif ma?". tanya zilah. keadaan cemas mula dirasakan oleh nya.

"hadif masih berada di dalam". kata datin alia lemah. Dato razi hanya menundukkan kepala nya.

"abang". rintih zilah perlahan. sungguh dia sedih. Tiba2 seorang Doktor yang memakai pakaian putih keluar daripada unit pembedahan.

"doktor! macam mana suami saya doktor?". tanya zilah apabila melihat doktor tersebut jalan mendekati Dato Razi.

"maaf, puan ini isteri kepada encik hadif ke?". tanya doktor tersebut. zilah pantas mengangguk kan kepala nya. dia ingin tahu tentang keadaan hadif sekarang.

"Alhamdulillah suami puan sudah melepasi tahap kritikal. tetapi luka diperutnya cukup dalam. dan mungkin encik hadif akan Koma untuk beberapa hari atau minggu bahkan juga bisa untuk beberapa Tahun". kata doktor tersebut. Zilah memejam kan matanya. abang sedar lah!.

"oh". hanya itu sahaja yang mampu zilah katakan. sungguh dia tidak berdaya.

"kalau tiada apa apa lagi, saya minta diri. dan encik hadif akan dipindahkan ke unit ICU. hanya seorang pelawat sahaja yang dibenarkan masuk buat masa kini". kata doktor tersebut dan terus berlalu. zilah memandang Datin alia yang menangis manakala katty cuba menenangkan datin alia.

"mama". tegur zilah perlahan. datin alia memandang sayu kepada menantunya.

"mama masuk lah lawat abang Hadif. lain kali zilah boleh tengok abang hadif pula". kata zilah perlahan. meskipun dia mahu sangat melihat hadif tetapi dia tidak boleh penting kan diri!

"takpe sayang. hadif lebih perlukan zilah. zilah masuk dalam ye? cakap dengan hadif. sebab biasanya orang koma nie hanya bisa mendengar. zilah sampaikan salam mama untuk hadif". kata datin alia perlahan sambil tersenyum melihat zilah. zilah membalas senyuman nya lalu masuk ke dalam unit ICU yang ditempatkan hadif.
Perlahan lahan zilah menapak masuk ke dalam bilik yang ditempatkan hadif. pilu rasanya melihat keadaan hadif yang penuh dengan wayar itu dan ini. Zilah mendekati suami nya lalu dia memegang tangan suaminya. suaminya hanya diam tidak memberi respond.

"abang, zilah datang nie. abang sedar lah abang. kami semua masih perlu kan abang". kata zilah perlahan.tidak dapat dia menahan pilu di hati. Air mata nya mula mengalir di pipi.

"abang, zilah nak abang. zilah sayang abang. abang ingat tak abang nak temankan sayang bersalin? abang dah janji dengan sayang.sekarang sayang hanya tinggal tunggu waktu je. baby pun sayang abang. baby pun perlukan abang. abang bangun lah. zilah nak abang. zilah sayang abang. abang, zilah tak boleh lama2. zilah nak keluar dah nie. zilah harap abang bangun waktu zilah bersalin dan mama kirim salam dekat abang. bye abang zilah pergi dulu". kata zilah sayu. dia menyeka air matanya yang jatuh ke pipi. sungguh kekuatan nya seakan hilang bila melihat keadaan hadif. hanya tuhan yang tahu betapa sayangnya dia dengan suaminya. Zilah berlalu keluar dengan perasaan yang teramat sedih. Zilah melihat Datin alia, tiba2 sahaja perutnya terasa Sakit. sakit yang teramat. katty yang melihat perubahan muka zilah datang mendekati zilah. Zilah menjerit kerana kesakitan.

"ahhhhhhhhh". jerit zilah. Datin Alia yang ada disitu terkejut melihat zilah berada di dalam pelukan Katty. Laju kaki nya melangkah mendekati menantunya. Dato razi juga mendekati zilah. Datin alia melihat darah yang keluar daripada celah kangkang zilah.

"yaAllah abang, zilah dah nak bersalin. air ketuban dah pecah". jerit datin alia panik. laju sahaja kaki dato razi memanggil doktor. Doktor dan 2 orang nurse datang mendekati zilah yang terduduk sambil menjerit kesakitan. doktor tersebut membawa masuk zilah kedalam wad bersalin.

*********

Sudah hampir 5 jam zilah berada di dalam wad bersalin. Zilah seperti tidak berdaya kerana semua tenaga nya mulai habis.

"puan! puan kena meneran lagi. baby dah hampir nak keluar". kata doktor tersebut. zilah mencuba lagi untuk meneran. sakit sungguh rasanya.

"Abangggggg!!!". jerit zilah lantang sehingga mampu didengari oleh Datin ali, katty dan dato Razi.

"sikit lagi puan". kata doktor tersebut. zilah meneran sekuat mungkin. Akhirnya, baby keluar dengan selamat. Zilah terkulai layu. akhirnya dia memejak kan matanya kerana kepenatan.

*******

Zilah membuka mata nya perlahan lahan. Sakit yang dirasanya tadi mulai hilang. zilah melihat keadaan bilik nya. Hospital! Zilah mencari di mana baby yang baru dilahirnya. Kelihatan Datin alia memeluk dan mencium anak nya. Zilah tersenyum.Andai saja abang ada sekarang.

"zilah". kata datin alia apabila melihat zilah yang sudah pun membuka mata. zilah tersenyum hambar. dia mahukan suaminya berada di sebelahnya.

"mama". kata zilah perlahan. Zilah melihat Dato Razi, katty dan ibu! juga ada sama.

"nie anak kamu". kata datin alia lalu memberikan anak zilah kepada zilah.

"baby". kata zilah perlahan sambil mencium anaknya. sungguh pilu rasanya. andai saja hadif ada

"zilah, susukan baby sayang. dia perlukan susu kamu". kata puan laila. zilah tersenyum. terus sahaja dia memberikan susunya kepada anaknya yang baru melihat dunia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience