Bab 24

Romance Completed 19433

Bab 24

perlahan lahan hadif menapak masuk ke dalam bilik mereka. Hadif melihat zilah yang berada di balkoni bilik mereka. haih dah kenapa bini aku nie. hadif terus melihat telefon bimbitnya.

"aik sape yang angkat call Suraya nie? what jangan cakap zilah yang angkat. aduh mesti suraya ade cakap pape nie sampai zilah mcm nie. ah tak boleh nie aku kena tanya zilah". desis hati hadif. hadif terus berlalu ke balkoni. perlahan lahan hadif melingkarkan tangan nya di pinggang zilah. Zilah terkejut. dia terus ingin meleraikan pelukan itu tetapi semakin kuat pelukan hadif. ish mamat nie aku sepak kang

"awak lepaskan lah, saya nak tidur nie". zilah memberi alasan. Hadif ketawa mendengar kata kata zilah. zilah mendengus haih mamat nie boleh pulak dia gelak.

"kenapa awak angkat call suraya?". tanya Hadif. zilah terkejut. perlahan lahan zilah menoleh memandang muka hadif. aduh kantoi lah pulak. mesti dia kata aku penyibuk!.

"err saya angkat call tu sebab saya dengar ade orang call. saya tak tahu pun call tu dari suraya. sebab dia unknown". jelas Zilah. "maafkan saya". zilah memohon maaf dan terus ingin berlalu. tetapi belum sempat dia berlalu tanganya di pegang oleh hadif.

" saya tak kesah pun awak nak angkat or tak. saya just nak tahu apa yang suraya cakap kat awak sampai mood awak boleh berubah? pikir saya tak perasan ke mood awak takde sekarang?". tanya hadif. zilah terkedu, aduh nampak sangat ke? mesti dia kata aku jealouse. haih

"err takde apa lah. dia tak cakap pape pun, lepas dia dengar suara saya dia terus matikan". bohong zilah. zilah terus melepaskan tangan nya dari dipegang oleh hadif. zilah terus berlalu ke Tandas. hadif hanya melihat Zilah melangkah ke tandas.

"no sayang, awak tipu, saya tahu suraya ade cakap something kat awak". desis hati hadif. perlahan lahan hadif menapak ke tandas.

*******

Hampir setengah jam zilah berada di tandas. entah apa yang dibuatnya. Zilah melihat hadif yang telah pun tertidur. perlahan lahan dia mendekati suaminya yang tengah tertidur. Zilah membelai rambut suaminya lalu mencium dahi hadif. amboi zilah gatal eh.

"awak, saya mintak maaf. saya bukan tak nak bagi tahu awak apa yang suraya cakap. tapi saya tak sanggup. saya tak nak ingat ugutan dia. saya takut kehilangan awak". luah zilah perlahan dan terus mencium sekali lagi dahi hadif. zilah terus berlalu ke sofa.

Perlahan lahan hadif membuka matanya. dia tak tidur pun sebenarnya. hadif mengukir senyuman apabila teringat zilah yang mencium Dahi nya. I love you Zilah!
Perlahan lahan zilah menuruni anak tangga. untuk menyiapkan sarapan mereka semua. sesampai sahaja di dapur zilah terus memasak. tiba2 satu suara menegur zilah daripada belakang.

"hoi perempuan. kau buat apa tu ha?". tanya katty. zilah memandang ke belakang. oh katty rupanya, nak apa lagi dia nie.

"tengah basuh kain. tak nampak ke? dah sah sah lah saya tengah memasak". jawab Zilah selamba. Katty mengetap bibir. cis! berani kau kena kan aku. tak guna!

"haha lawak sangat! hoi kau dengar sini ye, aku akan pastikan kau menderita. abang hadif tu hanya untuk kak suraya je! bukan untuk kau! sedar lah diri sikit, kau tu dah lah kampung. kolot pulak tu. ei tak padan dengan abang hadif". kutuk katty. zilah hanya tersenyum mendengar kata kata katty. haih minah nie tak sayang mulut agak nya.

"ewah. mengata orang bukan main lagi ye? sesuai ke tak, tu belakang cerita ye cik katty. lagipun abang hadif awak tu dah jadi milik saya dah pun. so kalau awak nak ambil abang hadif awak tu dan nak serahkan kat kak suraya awak tu, langkah mayat saya dulu! and one more thing. saya tak kesah pun, kenapa awak ingat budak kampung nie kolot sangat ke? atleast budak kampung yang awak cakap tu pandai jaga maruah diri dia. daripada jadi budak bandar tetapi haprak! satu kerja pun tak tahu nak buat dan tayang body sana sini. sungguh memalukan". kutuk zilah selamba. padan muka kau! nak sangat kutuk aku en? haa amik kau, mulut aku nie memang macam machine gun! pikir aku takut ke dengan kau. katty mendengus mendengar kata kata zilah yang selamba mengutuknya.

"eh perempuan, kau dengan ye. kau jangan menyesal bila abang hadif akan benci kau. just wait and see". ugut katty dan terus berlalu keluar. zilah hanya ketawa sinis. kalah lah tu.

******

Setelah menyiapkan sarapan Zilah meletakkan sarapan yang dimasak nya itu di atas meja makan. Zilah memerhati hadif yang menuruni tangga dan diikuti dengan datin alia dan dato razi. ewah anak beranak nie memang nak rancang turun sama2 ke.

"eh zilah. awal nya bangun?". tanya Dato Razi. Zilah tersenyum mendengar kata kata Dato Razi.

"haah pa, sebab nak masak kan sarapan. abang, mama and papa duduk lah". ajak zilah. Dato razi, datin alia terus duduk hadif juga turut sama.

"kenapa zilah yang masak? buk santi kan ade?". tanya datin alia. zilah tersenyum lagi.

"takpe ma, bukan susah sangat pun nak memasak nie. senang je". balas zilah dan terus mengambil nasi untuk hadif, dato razi dan datin alia.

Tengah mereka bersarapan tiba2 dua suara muncul! zilah memandang ke arah tuan punya suara. eh sat bukannya tu katty dengan Suraya ke? sejak bila si katty nie pergi ambil si suraya? haish nie yang aku nak badmood nie.

"assalammualaikum datin, dato". sapa suraya lembut. hadif memandang sinis ke arah suraya. pahal pulak minah nie datang sini. ish. hadif mengalihkan pandangan nya ke arah Katty yang berada di sebelah suraya. nie mesti katty punya kerja!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience