Bab 32

Romance Completed 19432

Bab 32
Kandungan Zilah sudah mencecah 8 bulan. Alhamdulillah hubungan nya dengan hadif sudah mulai pulih. dan Hubungan nya dengan katty juga sudah pulih. tiada siapa sangka yang katty akan berubah. terkejut juga dia bila katty memohon maaf sambil menangis.

"sayang, termenung apa tu?". tanya hadif. Zilah memegang dada nya. kus semangat nasib baik takde sakit jantung, kalau tak dah lama dah boleh go.

"ish abang nie, terkejut sayang. pikir hantu mana lah tadi kejutkan sayang. lain kali bagi lah salam dulu cik abang oi". kata zilah sambil memandang Hadif. Hadif tersenyum mendengar kata kata zilah, eleh dia yang tak dengar orang ketuk pintu

"cik adik sayang, abang dah ketuk pintu tu banyak kali dan abang dah bagi salam. cik adik je yang sombong sangat tak nak balas salam abang". rajuk hadif. sengaja dia hendak bermanja dengan isterinya.

"ehh abang ade bagi salam? tak perasan pun. hehe sorry". kata zilah. tangan zilah terus sahaja membuka tie yang dipakai oleh hadif. kesian mesti penat. hehe

"dah dia tu syok sangat mengelamun. entah apa dipikirnya. sayang pikir pasal ape ha?". tanya hadif. Hadif merebahkan kepala nya di paha zilah. zilah hanya membiarkan.

"tak pikir pasal apa pun. just tak sabar nak tunggu baby keluar. nanti abang temankan sayang beli barang baby nak?". tanya zilah. Teringin rasanya hendak beli barang baby bersama hadif.

"anything for you sayang. abang akan temankan sayang beli barang baby kalau abang free ok". kata hadif sambil mengusap perut zilah yag sudah membesar.

"abang, zilah nak tanya sikit boleh tak?". tanya zilah. hadif memandang isterinya.

"tanya je lah. pasal ape?". balas hadif. zilah membetulkan posisi duduk nya agar lebih selesa.

"sayang nak tanya pasal kak suraya". kata zilah ringkas. Hadif terus mengangkat kepala nya dari peha zilah dan duduk menghadap zilah.

"kenapa dengan dia?". tanya hadif.

"abang, kak suraya sekarang macam mana? dah lama zilah tak dengan pasal dia. entah sihat entah tak. katty pernah cakap dengan sayang yang katty dengan suraya dah lama lost contact. betul ke bang?". tanya zilah. hairan juga dia apabila katty memberitahunya yang suraya sudah lama tidak berhubung dengannya.

"haah. katty dah tak layan suraya. hari tu dia ada jumpa abang kat office". kata hadif tenang. zilah memandang suaminya. aik minah suraya tu memang dah lama hidup. berani dia jumpa suami aku.

"dia jumpa abang buat apa?". tanya zilah. hadif teringat sewaktu suraya mengugutnya.

"errr takde ape lah. dia tak cakap apa pun. dia jumpa abang. cakap tu ini then dia balik. tu je". bohong hadif. dia tidak ingin isterinya risau.

*Flashback*

"Hadif!". jerkah suraya. Hadif menangkat mukanya. Zita juga turut ada sama. zita merupakan PA baru Hadif setelah Zilah berhenti kerja

"errr sorry bos, saya dah larang cik suraya tetapi di still nak masuk". kata zita sambil menunduk kan kepalanya. takut agaknya kalau hadif marah.

"its sokay zita, awak boleh keluar". kata hadif. Zita terus sahaja berlalu keluar. Suraya jalan mendekati hadif dan memegang dada bidang Hadif.

"Suraya!". marah hadif. zilah mencebik bibirnya. terus sahaja dia melepaskan tangan nya. suraya duduk berhadapan dengan hadif.

"u, i rindu u". kata suraya. hadif memandang tajam ke arah Suraya.

"pergi mati dengan rindu u". kat hadif kasar. bosan sungguh dia dengarkan kata kata rindu itu.

"Hadif! how dare you?". tanya suraya tidak berpuas hati. sungguh dia tidak sangka yang hadif mulai membenci dirinya.

"ofcourse i berani. u siapa nak kata rindu kat i? u dengar sini baik2. hanya isteri i dan keluar i je yang boleh kata rindu kat i. Lagi2 u! i tak suka dengar kata2 Rindu daripada mulut puaka macam u!". marah Hadif. Suraya mula naik angin apabila hadif kata sebegitu. oh kau tunggu hadif. Suraya berdiri di hadapan hadif.

"u dengan sini ye, kalau i tak boleh dapat u, so thats mean nobody boleh dapat u. u ingat kata kata i. now u boleh kata macam2. but later u akan menyesal! u dengar hadif! i janji akan buat u menyesal! isteri u tak kan selamat!". jerit Suraya dan terus berlalu keluar. Hadif tercengang mendengar kata kata suraya.

*end flashback*

"abang!". jerit zilah. geram sungguh dia apabila hadif tidak memberikan apa apa respond. hadif tersedar daripada lamunan nya.

"err sayang cakap apa?". tanya hadif. sungguh dia tidak dengan zilah memanggil nya.

"ish abang ni kan. termenung je. dah banyak kali sayang panggil abang. tapi abang tak bagi apa apa respond pun. tu katty panggil turun bawah tadi. katanya dinner. abang dok termenung kenapa". marah zilah. geram nya dia bila hadif tidak melayannya.

"err sorry. abang tak dengar. abang tengah pikir pasal kerja tadi. oh katty panggil eh? jom kita turun". ajak hadif. zilah membatukan dirinya.

"lah sayang kenapa? jom lah". ajak hadif sekali lagi.

"abang nie kan! pergi lah mandi dulu kalau ye pun. tak kan nak makan busuk busuk macam nie?". marah zilah. Hadif tersengih. hehe betul juga.

"okok abang mandi. sayang jangan turun dulu tau. tunggu abang". kata Hadif dan terus berlalu ke tandas. zilah hanya mengelengkan kepala nya. pelik sungguh suaminya itu.

"agak2 ape ye tengah dia fikirkan? mustahil tengah fikir pasal kerja. tengok muka macam tengah risaukan sesuatu je. ish zilah bersangka baik please". desis hati zilah. malas hendak menyerabutkan otaknya. Zilah berlalu ke almari pakaian dan mengambil pakaian untuk hadif.
Zilah dan Hadif menuruni tangga perlahan lahan. takut juga kalau si zilah nie jatuh. kang ade yang bersalin sekarang.

"sayang hati2 sikit. tak lari kemana pun lah makanan tu". tegur hadif apabila melihat zilah laju sahaja turun ke bawah

"alaa abang, zilah nak makan.zilah lapar lah". rajuk zilah. hadif hanya mengeleng kan kepala nya. nasib aku lah dapat isteri manja. sesampai sahaja di meja makan laju sahaja zilah dudukdi kerusi dan mengambil lauk pauk serta nasi.

"haa zilah makan nak. bagi diri tu bertenaga". kata datin alia. zilah tersenyum melihat ibu mertuanya.

"bertenaga apa nya ma, lepas makan tido. nak tambah berat badan aje kerja nya". usik hadif. zilah memandang suaminya. ewah tak sayang mulut nampak.

"ish apa abang hadif nie. biasa lah tu kalau lepas makan tido. kak zilah tu tengah berbadan dua. mestilah asyik rasa penat dan lapar je. cuba abang hadif jadi kak zilah. mesti abang hadif pun rasa yang sama tau". kata katty. zilah tersengih yes katty backup.

"eleh". balas hadif ringkas. takde idea nak balas apa dah. hehe semua yang katty katakan adalah fakta. huhu nasib kau lah hadif.

"haaa kak zilah, makan lah. tak payah hirau abang hadif". kata katty. zilah tersengih. hehehe zilah memberikan thumbs-up nya.

Selesai makan zilah membantu datin Alia, katty dan bibik mengemas dapur. walaupun di larang keras oleh datin alia tetapi zilah tetap berdegil.

"haa zilah dah lah tu. dah kemas dah. pergi luar sana rehat sikit". tegur datin alia. kasihan dia melihat menantunya. Zilah akhirnya menurut. dia berjalan mendekati hadif yang duduk santai di ruang tamu. Sebaik sahaja melihat zilah yang berjalan ke arah nya hadif terus bangun dan membantu isterinya untuk duduk.

"terima kasih abang". kata zilah. hadif tersenyum. makaihhh lawa nya isteri aku. muka berseri ish

"sama sama". balas hadif. hadif kembali memfocuskan mata nya ke TV semula.

"abang, sayang penat lah. nak tidur". kata zilah. hadif faham akan maksud isterinya. laju sahaja tangannya menekan button off tv dan membawa isterinya untuk naik ke atas. sesampai sahaja di bilik hadif membantu isterinya berbaring. Hadif berlalu mematikan lampu utama tersebut dan melangkah perlahan ke arah katil dan lalu membaringkan badannya. sungguh dia pun penat. akhirnya hadif juga turut terlelap bersama sama dengan zilah.

*******

Hadif mundar mandir di pejabat nya. sungguh! dia rasakan seperti tidak sedap hati. setiap kerja yang dilakukan nya pasti tidak menjadi. Hatinya rasa gelisah.

Tok! Tok! Tok! ketuk seseorang. Hadif memandang zita yang berjalan ke arahnya.

"err boss, isteri boss ade kat luar". kata zita. hadif memandang zita. zilah ade kat luar? dia buat apa?

"bagi dia masuk". perintah hadif. zita menurut.

Perlahan lahan zilah berjalan mendekati suaminya. hari ini dia yang drive untuk ke pejabat suaminya. meskipun tengah sarat, tetapi tidak mahu lah dia asyik menyusahkan Katty ataupun pak mat. Hadif melihat zilah yang melangkah masuk dengan file berwarna coklat di tangannya.

"kenapa sayang datang sini?". tanya hadif. otak nya seperti tidak berfungsi. lagi2 apabila melihat zilah membawa file bersama.

"ish abang nie.zilah datang sebab nak bagi File nie untuk abang lah. kan abang suruh pekerja abang call sayang then suruh sayang hantar file nie". terang zilah. Hadif memandang zilah. sejak bila pulak aku suruh nie.

"sayang! mana ada abang suruh! lain kali boleh tak kalau jangan cepat sangat percaya. kut2 orang yang call tu berniat jahat macam mana? kalau abang nak file tu sangat abang suruh zita ke ambil. tak perlu abang nak suruh sayang hantarkan". marah hadif. zilah menahan dirinya daripada menangis. sedih rasanya apabila di marah.

"sorry. orang tu just suruh sayang hantar file nie. katanya abang perlukan". balas zilah sambil memandang mata suaminya. ada riak kerisauan di mata suaminya. Hadif melihat mata isterinya yang mulai berkaca. ah pasti isterinya sedih kerana dia memarahi zilah tadi.

"sorry sayang, abang tak sengaja. abang takut ade orang yang berniat jahat dekat sayang". kata hadif. zilah menarik tangan suaminya ke sofa yang berada di bilik tersebut.

"hmmm abang jangan risau, lepas nie sayang terus balik rumah ok". kata zilah. baru sahaja dia ingin berlalu tiba2 hadif menarik tangannya.

"sayang, kita jemaah solat asar sama sama nak?". tanya Hadif. zilah menangguk tanda setuju.

Selesai sahaja solat zilah membetulkan tudungnya.mujurlah pejabat hadif ini lengkap. tandas semua ada. Hadif menarik Zilah ke dalam pelukannya. entah kenapa dia rasakan seperti ini adalah terakhir dia akan memeluk isterinya.

"sayang jaga diri tau. jaga baby. and jaga diri sayang. kalau abang dah takde nanti, sayang carilah lelaki yang lebih baik daripada abang. terima kasih kerana sentiasa ada untuk abang. dan sayang please guna kereta abang?". pinta hadif lalu mengambil kunci kereta yang zilah pegang. zilah hairan apabila suaminya tiba2 sahaja berkata begitu. Tak mungkin Hadif akan pergi tinggalkannya.

"apa abang nie cakap macam tu. zilah janji zilah akan jaga diri. lagipun zilah terus balik rumah. tak singgah mana mana. bye zilah pergi dulu assalammualaikum". pamit zilah dan menyalam tangan hadif. Hadif melihat Isterinya yang berlalu pergi. rasanya seperti ini adalah kali terakhir dia berjemaah dan dapat melihat isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience