Bab 6

Romance Completed 19432

Bab 6

"Awak, tadi awak kata nak makan kan? kenapa awak keluar pulak?". marah zilah

"Dah! aku takde selera nak makan! cepat masuk kereta. aku nak balik!". marah Hadif

"tapi, awak cakap awak nak makan tadi. jom lah kita makan dulu."ajak zilah

hadif ketawa sinis "aku kata aku tak nak makan, tak nak lah. nie yg kau nak kan? dengan gaya kau yg angguk geleng tu. kau pikir aku suka? mana rasa hormat kau dekat aku? aku nie suami kau bukan kawan kau! kau buat aku serupa mcm tunggul tadi. aku tanya kau, tapi apa? kau hanya geleng dan angguk je!". marah Hadif dan terus memulakan perjalanan untuk balik ke rumah. Zilah Kaget. Kereta yg Hadif bawa tersangat lah laju. perlahan lahan zilah memandang suami nya

"awak, bawa lah kereta nie slow sikit. saya takut". ujar zilah

"Diam!!". sergah Hadif tanpa memandang zilah. Zilah terasa sangat berdosa terhadap suami nya. tidak lama kemudian kereta Volkswagen itu meluncur laju masuk keperkarangan rumah. tanpa berlengah Hadif terus masuk ke bilik mereka

"maafkan saya". rintih zilah perlahan di dalam kereta. dia masih duduk di situ. kerana dia takut. ya takut akan suami nya. dia telah melakukan dosa. matanya mula berkaca kaca. tanpa dia sedar dia menangis dan terus tersedu sedan. setelah puas menangis akhirnya Zilah masuk ke dalam rumah dan terus naik ke biliknya. tetapi belum sempat dia melangkah, Datin Alia memanggil nya..

"zilah". sapa Datin Alia.

"ye mama?". balas Zilah sambil tersenyum ke arah ibu mertuanya

"macam mana jalan tadi? seronok? awal sangat kamu berdua balik.". tanya Datin Alia. dia sebenarnya curiga dengan Dua pasangan itu

"er takde pape lah ma, seronok je. haah awal balik sebab Zilah rasa pening sikit". balas zilah. sorry ma terpaksa tipu

"ouh. takpe lah. kamu pergi naik rehat". Balas Datin alia dan terus berlalu. zilah terus naik ke atas ke bilik nya dan Hadif. sesampai di atas zilah melihat hadif tiada di atas katil.

"aduh mana pulak dia nie". tiba2 ada orang yg baru keluar dari tandas. ha tu pun dia. zilah lega
"apahal kau pandang mcm nak telan aku?". tanya Hadif kasar

"err, awak saya nak mintak maaf dekat awak". kata zilah. sebenarnya dia rasa bersalah sangat terhadap suaminya.

"hm". balas hadif dan terus berlalu ke katil. Aduh. 'hm' je yg dia balas? sah! masih marah lagi dia nie

"awak, saya mintak maaf nie. saya mintak maaf sgt2. saya tak sengaja. saya just, takde mood sgt time tu". balas zilah dan terus merapati suami nya.

"aku tak kesah pun. dah dah, kau pergi lah sana. aku nak tidur. nanti zuhur kejutkan aku". balas hadif acuh tak acuh dan terus baring di katil

"alaa hmmm". balas zilah dan terus berlalu ke sofa.

Zilah termenung di sofa. Dia hanya melihat ke arah TV yg berada di dalam bilik itu. Zilah memikirkan betapa berdosanya dia terhadap suami nya. tengah dia syok termenung , dia terdengar azan berkumandang. tanda masuk nya waktu zuhur. dia terus bergegas ke arah katil.

"awak, Zuhur dah masuk". kejut zilah memegang kaki suaminya. kata ibunya, kalau nak kejutkan org pegang kaki nya dan goyang kan. Hanya sekali kejut hadif sudah bangun. wahhh rupanya hadif senang je nak bangun

"hm". balas hadif dan terus berlalu ke tandas. beberapa minit kemudian hadif keluar dari tandas dan bersiap untuk melaksanakan tugasan yg satu itu. Solat.

"kau tak nak solat ke apa?". tanya hadif, apabila hanya melihat zilah memandang ke arahnya. "aku tahu lah aku hensem tapi kalau ye pun tak payah lah pandang aku mcm tu. kalau nak solat berjemaah cepat ambil wudhu". tambah Hadif. Wahh solat berjemaah nie yg syok nie. pahala lebih. hoho. zilah terus bergegas ke arah tandas dan mengambil wudhu.

Setelah selesai solat Hadif duduk semula di katil manakala Zilah terus turun ke bawah. Zilah ingin memasak untuk suami nya. kesian suami nya pasti lapar. tanpa berlengah lagi Zilah terus memotong bahan yg disedianya untuk memasak.

"eh zilah tengah buat apa tu". sapa satu suara dari belakang. Mama.

"hye ma, hehe zilah masakkan untuk abang Hadif. mama nak pergi mana nie? berlawa lawa mcm nie". tanya zilah sambil ketawa.

"mama nak pergi rumah kawan mama sekejap. zilah masak lah. mama nak keluar dah nie. hati2 ye. kalau ade pape nak mintak tolong panggil je bik santi". kata datin alia

"haha mama jangan risau. zilah boleh buat sendiri". jawab zilah sambil tersenyum. ya, dia boleh buat sendiri. semasa dia di rumah ibunya, sudah perkara biasa untuk zilah memasak.

mama hanya tersenyum dan terus berlalu..

setelah selesai memasak, zilah menghidang masakan nya tadi. setelah itu dia naik ke atas untuk memanggil suami nya turun

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience