Bab 2

Romance Completed 19432

Bab 2

"assalammualaikum" jerit seseorang dari arah luar.

"ye waalaikumsalam. kejap." jerit zilah sambil membuka pintu. mak aih nie sape pulak datang nie? gaya macam orang kaya je. nie kut yang ibu panggil datia alia tu. kut lah kut. tapi arghh tak kesah lah.

"ergh maaf menggangu. nie rumah puan Laila ke?". tanya tetamu tersebut. Zilah tersenyum

"ye nie rumah puan laila, mak cik nak cari sape ? saya anak puan laila, zilah". kata zilah sambil memperkenal kan dirinya. hehe nak jugak ye dok kenal kan diri sekali.

"ouh nie zilah ye? hm saya mak cik alia. panggil makcik je lah senang". Kata Datin Alia sambil tersenyum manis.

"erghhh nie datin alia ke". tanya zilah ragu ragu.

"tak payah lah nak berdatin datin. panggil aunty alia atau makcik alia je dah cukup". ramah datin alia berkata.

"ergh datin, eh maksud saya makcik masuk lah dulu. ibu ade kat dapur. kejap lagi saya panggil ibu". ajak zilah sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"baiklah" kata datin alia sambil mengikuti zilah ke ruang tamu.

"ergh makcik duduk sini ye,saya nak ke dapur panggil ibu saya. err nie kawan saya. nama dia reen datin bawak bersembang lah dulu ye dengan dia". kata zilah dan terus sahaja berlalu ke dapur.

"hai makcik." ramah reen menegur datin alia

"hai. anak nie kawan baik zilah ke?". tanya datin alia.

"haah. makcik nie siapa? sebab saya tak pernah nampak pun makcik sebelum nie". tanya reen kepada datin alia semula dengan rasa teruja.

"makcik nie bakal ibu mertua zilah". kata datin alia sambil tersenyum.

"what? erghh maaf datin saya tak tahu". balas reen. aduh nie ke datin alia tu

"tak perlu nak mintak maaf. dan jangan lah reen panggil mak cik datin. panggil je makcik alia".

"assalammualaikum datin" datang satu suara menegur datin alia.

"waalaikumsalam. tak payah lah kamu nak ber datin datin dengan saya laila. panggil aje alia. lagipun tak lama lagi kita akan berbesan jugak kan. hehe". balas datin alia lalu tersenyum ke arah puan laila

"yelah alia. mcm mana perjalanan ke sini? tak sesat?". tanya puan laila

"alhamdulillah tak. nasib baik lah saya ingat lagi jalan ke sini kalau tak, rasanya dah sesat kut". Almaklum lah rumah puan laila nie jauh dari kawasan bandar dan jauh dari rumah org lain. boleh dikatakan pedalaman lah jugak.

"kamu nak minum air dulu ke? Basah basah kan tekak dahulu? zilah meh sini nak, buatkan air, jangan lupa buatkan air untuk reen sekali". "arah puan laila.

"baiklah bu". patuh zilah.

"ade ape hajat datin alia datang ke sini?". tanya puan laila setelah zilah membawa sedulang air untuk mereka berempat.

"seperti yang saya katakan dahulu. saya ingin masuk meminang zilah untuk anak teruna saya". balas datin alia sambil tersenyum dan terus memandang sekilas ke arah zilah. zilah hanya tersenyum paksa

"ouh kalau tentang itu saya setuju je, tapi kena lah tanya tuan punya badan dulu. sebab dia yang nak bernikah. ye tak?". jawab puan laila. aduh masak aku macam nie, tak kan nak tolak kut, kesian ibu nanti. lagipun aku dah janji akan terima. duhai hati bersabar lah dikau.

"jadi mcm mana zilah? kamu terima atau tidak pinangan datin alia?". tanya puan Laila dengan muka berharap yang zilah akan terima.

"errr ye, zilah setuju". jawab zilah lambat2.aduhh boleh tak putar masa balik?

"nampaknya kawan aku dah nak kawin dah lah nie. "bisik reen sambil tersengih.

"ish kau nie". balas zilah sambil mencubit lengan kawan baiknya itu.

"alhamdulillah, terima kasih sangat sangat zilah. jadi boleh kita bincang bila tarikh perkahwinan kamu akan berlangsung?". tanya datin alia.

"errr tentang itu zilah serahkan semua kat ibu. jadi makcik alia boleh lah berbincang dengan ibu". kata zilah ringkas

"ibu tak kisah. lagi cepat lagi bagus. lagipun benda yang elok tak baik dilambat lambat kan.." kata puan laila. zilah Kaget. aduh ibu jangan lah cakap mcm tu.

"betul jugak tu. apa kata kalau majlis akan berlangsung awal bulan depan? setuju? selepas majlis tunang akan diikuti dengan majlis nikah. pakaian semua zilah jangan risau, makcik yg siapkan. nanti zilah tinggal pakai je”. Kata Datin alia. Alia hanya mengangguk paksa.

"ermm mana mana je." zilah pasrah, andai ini takdir untuknya. dia terima.

"alhamdulillah jadi kalau begitu setuju lah ye awal bulan depan? tak sabar makcik nak bermenantu kan zilah". kata datin alia

"datin alia nak makan dulu ke?". tanya puan laila.

"tidak mengapa lah laila, saya pun nak cepat. kena jumpa suami saya dekat pejabat dia. insyallah nanti kita berjumpa lagi". kata datin alia sambil berdiri.

"ouh kalau mcm tu tak mengapa lah." balas puan laila sambil bersalaman dengan datin alia.

"ergh terima kasih makcik" kata zilah sambil menyalam tangan datin alia.

"sama sama. ok lah saya pergi dulu. assalammualaikum." Pamit datin Alia.

"waalaikumsalam". jawab zilah dan puan laila serentak.

"beb, tak sangka kau dah nak kawin. hahaha". kata reen tiba tiba lalu memeluk sahabat nya itu.

"ish kau nie kan. rimas lah. peluk org nie dah kenapa. eiii". balas zilah

"ala lek ah beb. aku just tak sangka kau nak kawin. hehehe" kata reen teruja. awal jugak lah si zilah nie kawin. baru 19 tahun kut.

"dah dah!! mengada lah kau nie ish." Kata Zilah bengang. Reen tersengih.

"yela yelah. ok lah beb aku nak gerak ah. dah lambat nie. karang mengamok pulak mak aku kat rumah tu. ciao. makcikk saya balik dulu bye assalammualaikum." jerit reen dari ruang tamu.

"ish kau nie tak payah jerit jerit lah. pekak telinga aku nie". Kata Zilah bengang.

"hahaha peduli apa aku. bye ciao." kata reen lalu ke pintu utama rumah zilah

. bik, saya keluar dulu. kalau mama dah balik cakap kat mama saya keluar jumpa kawan". jerit hadif ke buk santi.

"iya pak.baik". jerit buk santi semula.

"weh bro dah lama tak jumpa. how are you bro". tegur syafiq sebaik berjumpa dengan kawan baiknya itu.

"ish kau nie kalau ye pun bagi lah salam dulu. kalau aku ade sakit jantung tadi dah lama jalan tahu tak". bebel hadif.

"hehe sorry sorry. yelah ustaz hadif assalammualaikum boleh saya duduk?". tegur syafiq sekali lagi. ha amik kau nak sangat cara baik en. hahaha

"hm waalaikumsalam. duduk lah. tak kena bayar pun". balas hadif ringkas

"kau apa citer bro? single or taken? ke dah kawin?". tanya syafiq tiba tiba. Hadif Kaget!

"kau nie kan nak je aku sekeh kepala kau. ikut suka hati kau je kalau nak cakap. takde maknanya taken. aku bukan macam kau. awek keliling pinggang. semua kau nak layan". balas hadif sambil menyindir kawan baiknya.

"ewah kau. kau tu ha yg ramai peminat, tapi sayang. sombong sangat! semua kau tak nak layan. hahaha". balas syafiq sambil ketawa.

"kau tahu kan aku tak berapa berminat citer pasal perempuan? sbb aku takut akan dipermainkan". balas hadif dengan nada kecewa.

"but sampai bila bro?. cuba buka hati kau tu untuk seorang perempuan. nie tak, ego tinggi melebih". bebel syafiq.

"eleh suka hati aku lah. sebok je. aku ajak kau lepak nie bukan sebab nak dengar kau membebel. tapi aku nak kau dengar masalah aku". luah hadif perlahan

"okok apa masalah kau tu? story lah. aku ade. siap dengar semua masalah kau tu". balas syafiq ketawa. ish mamat nie tak habis habis ketawa.

"mama aku, haih". luah hadif perlahan

"kenapa dengan mama kau?". tanya syafiq semula.

"dia, dia nak aku kawin". luah hadif

"wow! seriously? kawin je lah apa susah?". kata syafiq teruja.

"ish kau nie kan. bukan nak backup aku ke apa ke. nie suruh aku kawin pulak. masalah nya minah tu budak kampung bro! tak sanggup aku nak kawin dengan minah kampung. bagai langit dengan bumi tahu tak! beza gila. tak sesuai untuk aku". balas hadif dengan nada bangga.

"halah kau. dah sampai masanya kau tu tamatkan zaman bujang kau. sampai bila nak bujang terus? anggap je lah jodoh kau dah sampai. dah tiba masanya kau tu jadi suami orang." bebel syafiq.

"ala kau cakap aku mcm lah kau tu dah kawin je. mcm dah ade anak sepuluh. padahal masih bujang. kau tu bila nak habis kan zaman playboy kau tu?." balas hadif sinis

"eh aku pulak". Kata Syafiq sambil tersengih.

"yelah dah memang kau tu playboy. eleh dah lah aku nak ciao. karang mengamok pulak mama aku kat rumah tu". kata hadif sambil berdiri.

"yelah! jumpa lain kali. Kerap kerap lah call aku weh. rindu nak ber-whatsapp dengan kau lah". luah syafiq dengan nada manja nya.

"ei kau nie dah macam gay pulak aku rasa. dah lah terima kasih sebab jadi pendengar masalah aku yg tak seberapa nie". Kata hadif sambil tersengih.

"ewah kau. dah lah ciao". Kata Syafiq lalu ketawa. Hadif mengeleng perlahan kapalanya. Beryukur dia kerana mendapat sahabat seperti syafiq.

"bik, hadif mana ?". tanya datin alia apabila tiba dirumah. setelah ke office suaminya dia terus pulang ke rumah

"eh non, dia nya keluar non. tadi katanya sih mahu ketemu sama temannya". balas buk santi.

"ouh iya ya? takpe lah saya masuk bilik saya dulu. terima kasih ya buk". balas datin alia sambil berlalu ke biliknya.

Hari ini akan berlangsung nya majlis pernikahan antara Hadif dan zilah. tak sangka cepat sangat waktu berlalu. tup tup dah nak kawin. zilah duduk di bilik hotel yg ditempah oleh bakal mertuanya untuk zilah bersiap untuk majlis pernikahan.

“weh reen aku takut lah". kata zilah kepada kawan baiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience