Bab 4

Romance Completed 19432

Bab 4

Zilah tersedar daripada lena nya apabila mendengar azan subuh berkumandang. dia bangun dan terus berlalu ke tandas untuk mencuci muka sekali gus mengambil wudhu.

"Ya Allah ya tuhan ku, ampun kan dosa kedua ibu bapa ku. kau ampun kan lah dosa ku. kau ampun kan lah dosa suami ku. kau ampun kan lah dosa kami sekeluarga. kau berikan lah kebahagiaan kepada kami sekeluarga. andai ini takdir ku, aku akan terima dengan hati terbuka. sesungguh nya engkau maha mengetahui". Doa zilah setelah dia selesai menyelesai kan solat subuh.

"ish mamat nie, tak nak solat subuh ke apa. dah pukul berapa dah nie. bangun kan je lah, tak kan nak biarkan mamat nie tidur je". desis hati zilah sambil menghampiri suami nya yg sedang terlena.

"awak bangun lah wak. dah pukul berapa dah nie. awak tak solat ke?". kejut zilah sambil menggoyang kan tubuh suami nya.

"hmmm". balas hadif sambil membuka matanya perlahan. dia kaget kerana ade seorang perempuan berada di biliknya.

"eh kau nie siapa? mcm mana kau boleh masuk dalam bilik aku ha?". tanya hadif sambil berdiri. ewah dia nie, tak kan dah lupa aku kut. ishh!

"hey awak, saya nie Zilah. isteri awak yg baru awak nikahi semalam". balas zilah sambil memandang tajam ke arah suami nya. haish berani dia lupa aku.

"ouh". balas hadif setelah dia teringat bahawa zillah perempuan yg dikahwininya semalam. "apahal kau kejut aku pagi2 nie?". tanya hadif

"saya kejutkan awak solat lah. dah pukul berapa dah nie, karang tertinggal subuh satgi baru tahu". balas zilah sambil memandang suami nya. wah baiknya dia kejutkan aku solat subuh. biasanya mama nya atau bibik nya yg akan kejutkan dia solat subuh. setelah selesai solat dia akan terus bangun dan bersiap untuk ke pejabat.

"ouh terima kasih. Kau dah solat ke belum?". tanya hadif

"dah, saya dah solat. awak solat lah dulu. saya nak ke bawah". balas zilah sambil berlalu.

"selamat pagi bik". sapa zilah ramah sambil tersenyum.

"eh non, kok udah bangun? awal banget non". tanya bik santi

"ouh hehe saya baru habis solat tadi. bik, saya nak tanya boleh tak?". tanya zilah

"iya nanya apa ya non?". tanya bik santi semula

"yg kerja kat sini bibik je ke? saya tengok asyik bibik je buat kerja rumah semua". tanya zilah

"Ada lagi. nama nya Mak som. mak som itu pembantu kat rumah nie. mama dah anggap dia mcm keluarga mama sendiri. sebab dia yg jaga Hadif dari kecil. sekarang dia takde. dia balik kampung. sebab anak dia bersalin". tegur satu suara dari belakang. zilah menoleh ke belakang. ouh mama rupanya.

"ouh. btw Good morning mama". sapa zilah ramah

"Good Morning too. awal zilah bangun hari nie. hadif mana?". tanya mama

"err abang ade kat atas. tido kut. sbb tadi masa zilah keluar dia tengah solat". balas zilah. dia tak tahu pun sebenarnya suami dia tengah buat apa. yang dia tahu masa dia keluar suami dia hendak solat.

"ouh. hahaha hadif tak kan tido dah lepas dia solat subuh. biasanya dia akan terus siap siap untuk ke pejabat. tapi sekarang nie kan papa tengah bagi dia cuti kawin lah katakan. tak tahu lah pulak kalau dia tidur". kata datin alia

"ouh". balas zilah. hanya 'ouh' sahaja yg dia boleh balas. dia buntu hendak balas apa.

"buk, itu di luar udah saya siapin makanan nya ya buk. ibu sama non udah bisa sarapan". tegur bik santi

"iya terima kasih ya bik". jawab datin alia

"zilah, jom kita sarapan. kamu kejut kan hadif ye. ajak dia sarapan". arah datin alia

"okay ma". balas zilah terus berlalu ke tingkat atas. haih kenapa lah bilik dia berada dia tingkat 2. tinggi nya!

"awak! mama panggil turun sarapan". tegur zilah setelah masuk ke dalam bilik. ewah sedap nya dia baring atas katil sambil main phone.

"ye kejap lagi aku turun. kau turun dulu lah!". balas hadif

"ala awak turun lah wak. mama awak dah tunggu dah tu. kesian mama tunggu awak. awak tak kesian kan dekat saya ke. penat saya naik bilik awak nie. dah lah tinggi pulak tu". bebel zilah meraih simpati.

"dah stop! ok aku turun jom". ajak hadif sambil berdiri. dia melingkarkan tangan nya di pinggang zilah. Zilah kaget!.

"ish apa awak nie. kenapa awak pegang saya suka hati awak. lepaskan lah!". bentak zilah.

"kau dah lupa ke kita kena berlakon depan mama dengan papa? kau nak diorang tahu ke keadaan sebenar kita? huh?". marah hadif. Akhirnya, zilah hanya membiarkan tangan hadif melingkar di pinggang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience