Bab 3

Romance Completed 19432

Bab 3

"ish kau nak takut apanya. cuba bawak bertenang sikit. bawak mengucap ke, baca zikir ke. hilang lah rasa takut kau tu. lagipun jangan risau lah, aku ade. ha ibu kau pun ade". kata reen sambil memandang ibu zilah.

"mana ibu aku". tanya zilah

"tu ha kat depan tu". balas reen sambil melihat ibu zilah jalan ke arah zilah. dia bukan tidak tahu ibu zilah yang sayang sangat akan anak nya. yelah anak tunggal katakan.

"ibu". kata zilah memanggil ibu nya.

"ye sayang. ibu ade kat sini. nie kenapa nie muka takut semacam je ibu tengok. dah dah jangan buat muka mcm tu. tak comel nanti anak ibu". usik puan laila.

"ish ibu nie. ala bu zilah takut lah bu. nervous semacam je nie. tak lama lagi zilah akan jadi isteri orang. sedih lah bu". luah zilah

"lah kenapa pulak sedih?orang biasanya kawin happy. kenapa zilah sedih pulak?". tanya puan laila. haih ibu nie zilah nie kena paksa kawin bu. zilah tak nak pun kawin lagi dengan lelaki yg zilah tak kenal tu. tapi sebab ibu lah zilah terima. hm hm nasib badan.

"alaa bu, zilah nanti dah kena ikut suami. dah tak boleh tinggal dengan ibu. Macam mana zilah nak jaga ibu. nanti ibu tinggal sorang sorang. kesian ibu". luah zilah sambil memeluk ibunya.

"budak bertuah nie. takpayah sedih lah. ibu boleh jaga diri. lagipun mcm lah kamu tu tak balik ke kampung lagi. Nanti nanti ajak lah suami kamu pulang ke rumah ibu. apa yg nak di sedihkan?". bebel puan Laila.

"tah kau nie zilah. macam tak boleh balik kampung je. apa yang nak disusahkan? kau ajak je lah husband kau tu balik kampung. haa jangan lupa bawak 'anak' kau sekali ikut sama". usik reen

"kau kalau aku cili mulut kau jangan tanya kenapa". dia paling tidak suka isu tentang 'anak' diperbualkan. yelah masih muda lagi lah nak ade anak. hehe

"alaa kau tahu nak cili mulut orang je. dah lah jangan sedih. karang hilang makeup tu kang. Penat penat mak andam tu makeup kan kau, kau boleh nangis pulak. tak comel dah aku tengok muka kau nie". kata reen sambil ketawa

"ehh aku comel okay. btw, thanks beb sebab selalu ade dengan aku time susah and senang. sayang kau sangat sangat.. kalau takde kau rasanya dah lama down dah aku nie. thanks for everything". luah zilah lalu memeluk kawan baiknya itu.

"ala no hal lah. aku dah anggap kau mcm adik aku dah, dah mcm family aku. even kita satu umur, tapi tetap juga aku kakak kau beza 7 hari. hehehe... dah dah jangan sedih. sayang kau jugak". kata reen sambil membalas pelukan sahabatnya itu.

"weh bro kau nie dah kenapa. muka mcm apa je. nervous ke?". tanya syafiq.

"gila kau tak nervous. aku takut lah weh". balas hadif

"takut apa?". tanya syafiq

"takut salah sebut nama minah kampung tu depan tok kadi lah". luah hadif. yelah nie first time kot aku bersalam dengan tok kadi. haih seramehhhh

"hahaha kau nie lawak jugak en. boleh pulak takut salah sebut nama. alaa kau buat lek je. takpayah nak takut sangat. nie kau dah solat zuhur ke belum?". tanya Syafiq

"dah. baru je tadi. yg kau tu dah ke belom?". tanya hadif semula.

"mestilah dah. apa kau fikir aku jahat sangat ke sampai solat pun aku tak boleh laksanakan?". marah syafiq. Tidak dinafikan, syafiq tidak pernah lupa akan tuntutan agama. dia lebih mendahulukan solatnya. begitu juga dengan hadif.

"ala aku tanya je. lek ah. tu pun nak marah.btw thanks datang majlis aku nie". kata hadif sambil memeluk kawan nya

"no hal lah. kau tu kawan baik aku! aku dah anggap kau mcm family aku dah. rugi gila aku kalau tak datang pergi majlis kau nie. tak dapat aku makan nasi minyak kau". balas syafiq sambil ketawa

"kurang asam. datang nak makan nasi minyak je". kata hadif sambil memukul perlahan belakang kawannya.

"hahaha lek lek aku memain je lah. percaya sangat. btw congrats bro! tak sangka kau dah nak kawin. nampak nya aku je lah kan yg belum kawin. hahaha". balas syafiq sambil ketawa.

"hahaha sape suruh kau, asyik berkepit je dengan perempuan mana tah. aku pun tak tahu. ramai sangat.". balas Hadif ringkas

"alaa aku suka suka je tu. jodoh belom sampai. kalau tak dah lama jugak aku kawin". luah syafiq perlahan. Hadif tersenyum geli hati.

"hadif dah siap? mama dah suruh turun tu. katanya dah nak gerak". tanya dato Razi yang entah darimana tiba tiba sahaja muncul.

"hm dah". balas hadif ringkas.

"jadi boleh lah kita gerak sekarang. jom". kata dato Razi. Hadif mengangguk. Dia mengikuti langkah papa nya. Begitu juga dengan Syafiq.

Muhammad Hadif bin Razi" kata tok kadi sambil berjabat tangan dengan Hadif

"ye saya". balas hadif.

"aku nikahkan dikau dengan nur azilah bt muhammad dengan mas kawin nya sebanyak seribu ringgit tunai".

"aku terima nikahnya nur azilah bt mohammad dengan mas kawin nya sebanyak seribu ringgit tunai". dengan sekali lafaz maka sah nya Hadif menjadi suami kepada zilah.

"ok tiba masanya pembatalan air sembahyang. pengantin lelaki dah nak masuk". kata salah seorang juru gambar yg diupah khas oleh ibu mertuanya.

Zilah berasa tersangat gementar. tangan nya sejuk seperti ais. buat pertama kali dahi nya akan disentuh oleh seorang lelaki yg bernama suami.

"haaa tunggu apa lagi. duduk lah depan zilah ambil cincin nie dan sarung kat jari zilah tu". kata datin alia kepada hadif. Hadif mengangguk.

"err ok". balas hadif sambil duduk di hadapan zilah. ye! sebenarnya dia terpegun melihat kecantikan zilah. tapi disebabkan ego, dia harus mengetepikan fakta tu.

"ingat hadif, kau kawin dia sebab terpaksa! jadi kau kena pastikan hidup perempuan nie menderita" desis hati hadif.

"hadif apa yg kamu termenung kan tu. cepat lah sarung kan cincin tu kat jari manis si zilah". kata salah seorang juru gambar yg diupah mama nya. hadif tersedar. langsung dia memegang tangan isteri nya. Sejuk! ish dia nie baru habis pegang ice ke apa.

"haa zilah salam tangan suami kamu tu". kata puan laila. aduh kena salam ke. ish!

"now tiba masa yg ditunggu tunggu. hadif lama lama sikit cium dahi isteri kamu tu ye. akak nak rakam!". kata juru gambar tersebut. lalu hadif mencium dahi isterinya sesuai dengan permintaan yang juru gambar itu mahukan.

"erghh tak hingin langsung aku nak cium dahi dia nie. balik bilik nanti aku nak sabun mulut aku nie. biar takde kesan langsung". bebel hadif perlahan. Tapi masih mampj didengari oleh zilah.

“eleh pikir aku nak ke? Euw tolong lah! Tak hingin aku”. Desis hati zilah.

Maka selesai lah majlis bersejarah buat Hadif dan Zilah dan mereka berdua telah disatukan dan menjadi suami isteri yang sah di sisi agama.

"aku tak nak langsung kau sentuh barang barang aku dalam bilik nie. kau faham?". kata hadif setelah mereka berdua masuk ke bilik. eleh apa dia pikir aku nak ke pegang barang barang dia. tak hingin aku. nampaknya kisah aku sama je mcm cerita novel.

"ye saya faham. lagipun saya pun tak hingin nak sentuh barang barang awak tu" balas zilah sambil naik ke atas tilam.

"haa bagus. haa satu lagi. kau kena tidur kat sofa sana tu, dan aku akan tidur atas katil.". kata hadif sambil menunjuk ke arah sofa yg ada di biliknya.

"what? mana adil. saya pun nak tidur atas katil.". rayu zilah. Sengaja dia membuat suara manja nya alah suami diri juga kan?

"i dont care! kau tidur jugak atas sofa tu. or kau nak tido kat lantai? kau pilih lah mana satu kau nak.". balas hadif mendatar. "and satu lagi, aku tak akan tuntut hak aku sebagai suami. so kau tak payah lah nak berangan ye. and kau kena berlakon depan mama,papa ibu kau dan semua orang yg kita nie pasangan bahagia tetapi bila hanya kita berdua aku nak kau stop berlakon. hanya berlakon di depan orang lain. faham?".

"yeye saya faham. and awak pun jangan risau. saya pun tak kan tuntut hak saya tu. sebab saya pun tak hingin.". balas zilah sambil berlalu ke sofa.

"Ya Allah, adakah ini takdir untuk aku? hanya bersuamikan dia di atas kertas sahaja?". rintih zilah perlahan. Zilah melihat suaminya yg sudah pun terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience