Bab 21

Romance Completed 19433

Bab 21

"zilah, tolong masuk bilik saya sekarang". tegur hadif. zilah menurut dan terus masuk ke dalam bilik hadif. hm apa lah dia nak.

"ye boss? boleh saya bantu?". tanya zilah. hadif masih khusyuk menghadap telefon bimbit nya. ish aku kat sini mcm tunggul je dia buat.

"boss?". tegur zilah sekali lagi. haih mamat tak guna nie betul2 cari pasal dengan aku lah. Hadif menoleh memandang Zilah. aip sejak bila pulak minah nie ada sini? tak perasan pun.

"ouh dah masuk. haa hari nie aku ade apa apa hal tak?". tanya hadif. zilah tercengang. what? dia kata aku baru masuk? eh helow aku dah nak 5 minit berdiri macam tiang bendera dia boleh cakap aku baru masuk. cari pasal betul. erghhh. zilah terus membuka buku 'diari' nya.

"ye encik hadif, boss ade hal. jumpa client jam 2 kat syarikat D&A holding. and jam 7 malam, boss ade meeting dengan syafiq". terang zilah satu persatu. Hadif memandang zilah, aip sejak bila pulak aku ade meeting dengan syafiq nie?

"aik? dengan syafiq pun ade meeting? banyak lah dia punya meeting. padahal bukan meeting". bebel hadif sendirian. zilah yang melihat hanya menggeleng kan kepala. Gila! ade pula bebel sorang2.

"haa cepat pergi ambil kan aku file syarikat dengan D&A holding sekarang. lepas tu kita jumpa client terus. lagipun sekarang dah jam 1. elok lah tu kita gerak sekarang!". sergah hadif membuatkan zilah terkejut. haish jerit2. aku sumbat mulut tu kang padan muka. dok jerit je keje dia. zilah terus berlalu.

********

"so, macam mana? err encik setuju dengan proposal kami?". tanya Hadif. orang itu hanya mengangguk tanpa memandang hadif. tetapi orang itu hanya memandang zilah sedari tadi. ish dasar pervert! tua tak sedar diri. gatal! miang! ei nak aje aku sekeh kepala orang tua nie. sedangkan laki aku pun tak mcm tu. erghh

Hadif hanya memandang orang yang bernama Encik Bazilin itu. ewah syok sangat nampak usha bini aku. nie yang aku rasa nak lesing orang tua depan aku nie. kalau aku tahu takde nya aku nak bawak bini aku nie jumpa orang tua tak sedar diri nie.

"Ehem,so thats good, pape hal encik boleh terus ke syarikat kami or call sahaja". terang hadif. Setelah tamat perjumpaan hadif meminta diri sebentar untuk ke toilet. manakala zilah menunggu di luar. tidak lama kemudian muncul orang yang bernama Encik bazilin tadi.

"Hye, u tunggu siapa". tanya encik bazilin seraya mencuba memegang tangan zilah. . Zilah menepis tangan yang ingin memegang tangan nya itu. errr nie yang buat aku seram nie. aduh hadif cepat lah keluar.

"en..encik boleh tak behave? saya tak suka". kata zilah sambil melepaskan dirinya daripada menjadi mangsa orang tua yang tak sedar diri di hadapannya. orang tua itu ketawa sinis

"kenapa pulak? tadi i tengok si hadif pegang tangan u ok je? why not if i pun nak pegang". balas encik bazilin. zilah ingin menjerit tetapi tiada orang yang lalu di situ. encik bazilin semakin berani memegang pipi zilah. zilah menepis. tetapi semakin galak encik bazilin memegang zilah.

Hadif yang baru keluar daripada tandas melihat adengan itu.dia melihat zilah yang meronta minta dilepas kan.cis tak guna!

"Hoi orang tua! kau buat apa kat bini aku? dasar orang tua tak sedar diri! gatal miang! bodoh kau pikir bini aku perempuan murahan ke ha?". marah hadif lalu melepaskan tumbukannya ke muka encik bazilin .cis! berani kau sentuh bini aku? sedangkan aku pun tak pernah sentuh dia! Zilah terus berlari ke belakang hadif. zilah menangis semahu mahu nya. sebab dia takut!

Hadif terus membawa zilah keluar daripada syarikat itu. hadif memeluk bahu zilah dan terus menuju ke kereta.
Selepas daripada kejadian itu. Hadif telah memutuskan supaya zilah hanya duduk di rumah sahaja. Sebab dia tidak ingin ada sesuatu buruk yang berlaku terhadap zilah lagi. zilah masih dalam keadaan trauma nya.

"awak, teman kan saya tidur boleh?". pinta zilah perlahan. sebenarnya dia takut jika hadif tak nak. Hadif memandang zilah. terkejut lah katakan! Hadif mendekati dirinya ke arah zilah yang duduk di atas katil.

"hm ye lah. dah now tidur". kata hadif sambil membetulkan bantal nya. sudah hampir setengah jam zilah cuba memejam matanya. tetapi dia tidak boleh tidur. sekejap dia mengiring. sekejap tu. sekejap nie. akhirnya dia memilih memandang muka hadif yang tengah terlena. hm lena nya dia tidur. zilah memegang pipi hadif. Hadif terasa seperti ada tangan yang memegang pipi nya. perlahan lahan dia membuka matanya. dia melihat zilah yang tengah 'syok' memegang pipi nya. hm syok nampak pegang pipi aku.

"kenapa kau tak tidur nie? tidur lah, dah pukul berapa dah nie". kata hadif lembut. zilah terkejut dan terus menarik tangan nya daripada memegang pipi hadif. Hadif hanya tersenyum.

"saya tak boleh tidur". ujar zilah perlahan dan terus membelakangi hadif. zilah terasa seperti ada tangan yang melingkar di pinggang nya. hm Hadif peluk aku? like seriously?

"tak boleh tidur eh? meh sini aku bagi kau tidur". kata hadif berbisik. zilah ingin melepaskan dirinya daripada terus dipeluk oleh hadif. tetapi dia terasa aman berada di dalam pelukan hadif. akhirnya zilah terlena. Hadif yang masih belum terlena ketawa melihat zilah yang tidak boleh tidur

"haih kemain lagi bini aku nie. kata tadi tak boleh tidur. tapi bila aku peluk tidur terus. hmm thanks lah syafiq sebab dah bagi aku idea cara nak ambil hati bini aku nie".

*FLASHBACK*

"Bro, sorry aku tak dapat datang masa hari selasa tu. sebab bini aku dalam trauma. kau pun tahu kan kes tu?". kata Hadif. syafiq mengangguk. kesian dekat zilah.

"ye aku tahu. aku pun tak marah. kau jangan risau lah. get well soon untuk dia". kata syafiq. hadif mengangguk.

"btw aku nak tanya boleh tak?". tanya hadif meminta kepastian.

"tanya lah. tak kena bayar pun". seloroh syafiq. hadif mengetap bibir.

"err sebenarnya... err a...ak...". belum sempat hadif menghabiskan ayat nya syafiq terlebih dahulu menyampuk

"hey lek lah weh. cer citer satu2. tak faham aku kalau kau citer gagap gagap macam nie". kata syafiq.

"okay mcm nie. aku rasa aku suka dekat wife aku". kata hadif perlahan. akhirnya tawa syafiq meletus. hadif mengetap bibir nya. cis! boleh dia ketawakan aku! tak guna.

"hoi aku bagi tahu kau nie kan". marag hadif. syafiq mengangguk lalu mematikan ketawa nya.

"hahaha okok, kau nak aku buat apa?". tanya syafiq. hadif mengangguk. yes! good question

"yes, i need your help! kau kan terror bab bab pikat perempuan nie. so aku nak tanya kau cara cara nak pikat perempuan macam mana?". tanya Hadif. Syafiq ingin ketawa tetapi ditahan oleh nya.

"ouh nak pikat bini lah nie? senang je, kau kena lah pandai ambil hati dia. jangan kasar sangat. kena pandai jaga hati dia. jangan sakit kan hati dia. you know what? perempuan nie paling suka bila lelaki yang sweet,caring, and ofcourse loving. so kau kena makesure kau ade ciri2 tu semua. for me, kau dah cukup pakej dah. Hensem, kaya, berkerjaya. so aku rasa no hal lah. senang je kau nak pikat isteri kau tu. lagipun aku tengon si zilah tu senang jatuh cinta". kata Syafiq panjang lebar. hadif memandang kawannya itu. wah hebat! Caring, loving, sweet! ok no hal lah.

"so thank you so much lah. aku blah dulu". kata hadif lalu berdiri. Syafiq melihat kawannya.

"ewah dah nak balik? nie siapa nak bayar nie?". tanya syafiq. Hadif terus mengeluarkan duit dari dompetnya lalu memberikan kepada Syafiq. Syafiq tersenyum puas hati. haha untung juga dapat kawan yang banyak duit nie. hari2 dia boleh belanja.

"dah tu duit. ciao dulu. bye assalammualaikum". pamit hadif dan terus berlalu

*END FLASHBACK*

"Hm abang akan tawan hati sayang". ujar hadif perlahan lalu mencium pipi dan dahi milik Zilah. akhirnya hadif juga terlena.Mereka berdua tidur sambil berpelukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience