Bab 1

Romance Completed 19432

BAB 1

apa?? kahwin? ma no way! hadif masih muda lagi lah ma! baru 28 tahun" hadif masih mencuba memujuk Datin alia.

"what? muda hadif kata? hadif tu dah 28 tahun. cuba lah dengar cakap mama. sampai bila kamu nak membujang? nak tunggu sampai umur tu dah 30 tahun baru nak kawin?" kata datin alia sinis. Geram dengan perangai anak bujangnya.

"ma please. Okay-okay hadif akan kawin but bagi lah hadif pilih buah hati hadif sendiri. hadif tak nak kawin dengan budak kampung tu lah ma. tak sesuai langsung dengan hadif ma." hadif masih dengan kedegilannnya. Huhh kahwin dengan budak kampung? Tak masuk dek akal!

"no. No matter what, kamu kena kawin dengan zilah! itu keputusan mama. kalau kamu tak nak dengar cakap mama. mama akan halau kamu keluar dari rumah ini dan semua kad kredit kamu mama suruh papa bekukan!" kata datin alia dan terus berlalu meninggalkan hadif yang masih terpinga. Sanggup mama buat macam tu?

"Oh no way! mati lah aku kalau mcm nie. tak kan aku kena kawin dengan budak kampung tu? tapi, kalau aku tak kawin dengan budak tu mama halau aku. nampaknya aku kena pujuk papa. yes kena pujuk papa" desis hati hadif.

"kamu terima ye nak pinangan datin alia tu?" puan laila masih memujuk anaknya. Zilah terus sahaja menggeleng kepalanya.

"bu, bukan zilah tak nak. tapi ibu tahu kan zilah tak sesuai langsung dengan anak datin alia tu bu. lagipun zilah tak nak kawin dengan lelaki yang zilah tak kenal. tah nanti dijual nya zilah mcm mana bu?" zilah masih dengan keputusannya. Kahwin dengan Orang yang tak dikenali? Oh no!

"ish ke situ pulak budak nie. Tak ada nya. ibu nak zilah bernikah jugak dengan anak datin alia tu. ibu buat semua nie untuk kebaikan kamu zilah. ibu tak nak kamu rasa susah, mungkin bila kamu ade suami, suami kamu boleh tanggung kamu. kalau kamu sayang ibu,zilah terima ye pinangan datin alia?" pujuk puan laila. Zilah mengeluh berat.

"baiklah kalau itu yg ibu mahukan. mungkin dengan berkawin dengan anak datin alia ibu akan gembira". akhirnya zilah memberi kata putus. Meskipun terasa berat untuk dia mengungkapnya.

"terima kasih nak. kalau arwah ayah kamu masih ada. mesti dia gembira" luah puan laila sedih. Zilah terus sahaja memeluk tubuh tua Ibu nya.

"alaa ibu jangan lah sedih. nanti zilah pun sedih lah bu." rajuk zilah sambil memandang ibu nya. Puan Laila tersenyum. Ya! Zilah adalah penceria hidupnya.

"esok datin alia akan datang masuk meminang. kamu siap-siap lah apa yg patut." kata puan laila. Zilah hanya sekadar mengangguk.

"baiklah bu." Andai ini yang buat ibu gembira. aku akan lakukan untuk melihat ibu tersenyum sem

"alaa papa boleh lah papa. papa tak kesian ke dekat hadif pa? hadif tak nak lah kawin dengan budak kampung tu pa. tak sesuai langsung dengan hadif" hadif memujuk papa nya. ewah hadif tak dapat pujuk mama pujuk papa pun jadi lah.

"Hadif, terima je lah nak. mungkin jodoh kamu dah sampai agaknya. Jodoh ajal maut semua nya di tangan tuhan." dato Razi masih dengan keputusannya untuk menjodohkan hadif dengan zilah. dia yakin zilah merupakan anak yang baik baik dan sesuai untuk anak teruna nya itu.

"yee hadif tahu semua tu. tapi pa, bagilah hadif peluang untuk cari buah hati hadif sendiri. please pa". hadif masih mencuba merayu Dato razi. Bak kata orang, belum cuba belum tahu.

"hmmm yang tu kamu kena tanya mama kamu. papa no comment. macam kamu tak kenal mama kamu tu macam mana. cakap dia semua nak kena ikut." Dato razi ketawa mendengar permintaan anak nya itu.tidak masuk akal!

"ahhh hadif tak nak lah. nanti habis telinga hadif nie kena bebel dengan mama" kata hadif dan memandang sekila ke arah papa nya

"haaa tahu pun. jadi terima je lah." kata dato razi sambil ketawa.

"huhh biar hadif pikirkan dulu lah". Kata Hadif mengalah. Tiada guna dia hendak bertekak. Mama dan papa nya masih dengan Keputusan mereka berdua.

“kenapa lah aku kena kawin dengan minah kampung tu? ei takde taste langsung. minah kampung tu jugak mama nak kan jadi sebagai menantu dia. jumpa dia pun aku tak pernah. nie tiba-tiba nak kawin? haihhh" desis hati Hadif.Mungkin dah sampai masanya kut aku tamatkan zaman bujang aku? nak tak nak kena terima lah nampaknya. tahu lah apa nasib kau nanti budak kampung. siap kau aku kerjakan.

Zilah membantu ibunya mengemas rumah. memandang kan Datin Alia nak datang berkunjung ke rumah nya yg tak seberapa ni. nampaknya kena kemas mengemas lah dia. Alah zilah, macam lah rumah kau tu besar macam Rumah banglo. Kemas aje lah.

"zilah,tolong ibu nak." jerit puan Laila dari arah dapur. Zilah terus sahaja melangkah ke dapur apabila mendengar jeritan Ibu nya iaitu Puan Laila

“ada apa bu?" tanya zilah ringkas.

"ha meh sini, tolong ibu potong bawang nie" arah puan laila. Zilah tersengih. Aduh ibu nie macam tak tahu je kelemahan anak dia nie.

“ala bu, zilah tak suka lah bu potong bawang. Tak ade kerja lain ke bu yang zilah boleh buat selain potong bawang? hehehe" pinta Zilah. bukan tak reti ok tapi tak suka.

"ish budak ni. buat tawar menawar pulak dia. alaa bukan susah pun potong bawang tu. ambil pisau, ha ambil bawang tu. potong terus apa yg susah. mcm nie ke anak dara ibu sorang nie, macam mana nak kawin? buat malu je nanti bila datin Alia suruh zilah potong bawang tapi tak reti." bebel puan Laila. Zilah mencebik. halah potong bawang je pun bukannya susah mana.

"ibu, zilah reti lah nak potong bawang. bukan tak reti. zilah tak suka je sebab yelah pedas lah mata zilah bu. ibu jangan lah membebel. boleh masak tahi telinga zilah nie bu dengar ibu membebel." jawab zilah.ish budak bertuah ade je yang nak dijawabnya. Zilah tersengih memandang puan laila.

"ish ade je yg dijawabnya. dah dah kamu keluar dari dapur nie, pergi kemas luar tu. kerja dapur biar ibu yang buat" kata puan laila. yess akhirnya Zilah berjaya keluar daripada Dapur. Amboi suka benar kau zilah!

“alaa bu, kat luar dah beres bu, da bersih dah. hehehe" jawab Zilah selamba.

"haa kamu siap2 lah pergi mandi apa semua. tak kan datin Alia datang baru kamu nak mandi". suruh puan laila pula.

"ibu dah mandi?" tanya zilah. Puan Laila hanya sekadar mengangguk.

"Dah. subuh lagi ibu dah mandi. dah pergi mandi cepat. nak dengar ibu membebel dulu ke baru nak mandi ha?"tanya puan laila sambil memandang ke arah anaknya. budak bertuah betul. Zilah tersengih

"eh eh tak perlu rasanya bu. zilah mandi dulu. byee" kata Zilah sambil memeluk tubuh ibunya dan berlalu ke tandas.

"Haih zilah zilah, apa nak jadi lah dengan anak aku sorang nie. umur dah 19 tapi perangai mcm sembilan tahun. semoga kau bahagia dengan bakal suami mu nak. ibu doakan yg terbaik untuk zilah". Desis hati puan Laila.

Puan Laila sebenarnya kesian akan anaknya. kerana zilah harus kawin muda. umur masih sembilan belas tapi sudah berkawin. bukan zilah tidak mahu menyambung pelajarannya tetapi kerana masalah kewangan dia harus mengetepikan cita-cita nya untuk ke menara Gading.

"Bik! Mama mana?" tanya hadif kepada bibik indonesia yg dipanggil buk santi. Mata nya meliar liar mencari kelibat Mama nya.

"maaf pak, saya kurang tahu. katanya sih mahu ke rumah bakal isteri bapak" balas buk santi yakin. Hadif .endengus geram.

“what? kenapa hadif tak tahu langsung? erghh mama suka buat apa yg hadif tak suka. Tak apa lah bik. terima kasih aja." balas hadif sambil tersenyum.

“iya pak. saya sambung kerja dulu ya pak." kata buk santi dan terus sahaja berlalu mengemas rumah.

"mama, why you always like this? erghh stress nya. apa aku nak buat nie? mesti mama datang ke rumah minah tu nak masuk meminang? tak kan aku nak kejar pulak mama ke sana? no no no tak boleh. nampak nya aku kena redha lah. haih". desis hati hadif. Fikiran nya sekarang berserabut.

"assalammualaikum". jerit seseorang dari luar rumah. Zilah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"bu, siapa tu bu?". jerit zilah dari ruang tamu. Mata nya masih difocuskan ke kaca television

"entah. kamu pergi lah tengok siapa yang datang tu". balas puan Laila. Aqilah melangkah mendekati pintu rumahnya

“asalammualaikummmm...". jerit orang itu lagi. Zilah mendengus geram. Tak reti nak sabar ke?

"yeye datang. sabo na." jerit zilah dari dalam rumah.lalu membuka pintu untuk si tetamu. Terbeliak matanya memandang tetamu tersebut.

"reen? weh nie kau ke weh? reen lama nya aku tak nampak muka kau. aku rindu kau sangat-sangat" kata zilah sambil memeluk tubuh kecil itu. reen merupakan Kawan baik zilah dari dia berumur 13 tahun hingga lah sekarang.

“aku pun rindu kau jugak. kau tu ha yg tak reti-reti nak ke Terengganu jenguk aku ke apa ke." kata reen dengan nada merajuk sambil melepaskan pelukan bibir nya sengaja dimuncungkan.

“aku nak sangat pergi ke terengganu tu reen. tapi yelah, sape nak tengok2 kan ibu aku? kesian ibu aku kalau aku pergi ke sana. lagipun nie kau dah datang nie. hehehe kau cuti sem ke?" tanya zilah.

“haah. cuti sem. nie kau tak nak bagi aku masuk ke apa nie? kau tahu dok kat luar nie panas gila?". Kata Reen. Zilah tersengih. Lupa pulak.

"ouh haah aku lupa. hahaha sila kan masuk tuan puteri gunung semambang." Perli Zilah lalu ketawa. Reen mencebik bibir. Tak guna punya kawan!

"kau nie kan? mulut takde insurans langsung. kau nak ke aku cili mulut kau tu?". marah reen kepada kawan baiknya itu

"hehehe boleh je, yg penting air kau sediakan". Kata zilah sambil mencuba untuk menahan ketawanya.

"Siapa yang datang tu zilah? Datin Alia ke?. Jerit puan Laila dari arah dapur.

"bukan bu, Datin alia belum sampai lagi. nie ha bu Reen datang dari terengganu. cuti sem katanya". jerit zilah semula.

"ouh reen, duduk dulu ye nak, buat mcm rumah sendiri. makcik tengah masak nie. nanti makcik datang semula." kata puan laila sambil memandang reen yang duduk di sofa...

"ouh takpe makcik. lagipun zilah ade teman kan saya." balas reen sopan. Hey dengan orang tua kena lah sopan.

"haa ok lah makcik ke dapur dulu. bawak lah bersembang dengan si zilah nie." kata puan laila sambil berlalu ke Dapur semula.

"weh zilah, aku ade pertanyaan nie." tanya reen sambil membuat muka serius nya.

"apedia kau nak tanya? tanya je lah." balas zilah tanpa memandang wajah reen.

"Datin Alia tu siapa?". tanya reen dengan muka ingin tahunya. Zilah mengeluh berat.

“ouh, datin alia tu bakal ibu mertua aku." jawab zilah ringkas. Malas dia hendak berteka teki dengan reen.

"what? kau biar betul? bakal ibu mertua kau? maksud nya kau nak kawin lah nie? weg sampai hati kau tak bagi tahu aku kan." Kata reen dengan nada merajuk. Zilah tersenyum tawar. Kahwin paksa je reen.

"eh eh kau, belom masuk meminang lagi. hari nie datin tu baru datang nak masuk meminang". jawab zilah tenang.

"ouh mesti hensem kan bakal husband kau tu?”.tanya reen dengan muka ingin tahunya. Zilah mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"mana aku tahu. aku tak pernah pun nampak muka dia. jumpa pun tak pernah". balas zilah ringkas

"ouh maksudnya kawin paksa lah nie?". tanya reen sambil ketawa. Zilah mengangguk.

"hm boleh lah boleh lah". balas zilah dan terus ketawa.

Tengah seronok mereka bersembang, pintu rumah Aqilah diketuk oleh seseorang. Zilah dan reen berpandangan.

“siapa tu?" tanya reen. Zilah mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"kejap, kau tunggu sini. aku nak tengok siapa yang datang. "balas zilah sambil berlalu ke arah pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience