Bab 8

Romance Completed 19432

Bab 8

Zilah memandang suami nya dengan keadaan pelik. ish mamat nie dah kenapa diam semacam je? tak nak cakap dengan aku ke apa nie. senyap je dari tadi. haih tapi kenapa eh dia boleh jadi senyap mcm nie?

"awak, awak okay?". Tanya zilah risau

"hmmm". balas hadif. eii mamat nie aku punya lah tanya baik2. dia boleh balas 'hmm' je. ade jugak kena penyepak free nie kang. geram nya aku. sabar zilah sabar

"saya tahu awak tak ok. awak cerita lah dengan saya apa masalah awak. mana tahu saya boleh tolong awak". tanya zilah lagi. Dia hanya nak Hadif berasa tenang

"aku cakap takde, takde lah. apa yg susah sgt nak faham. lagipun nie masalah aku bukan masalah kau. kau tak berhak nak tahu masalah aku apa. lagipun kalau aku bagi tahu masalah aku kau tak kan boleh buat apa apa". suara hadif sedikit meninggi. dia sebenarnya Rimas! rimas dengan Zilah yg sebok akan hal nya.

"errr sa..saya cuma nak awak ceritakan masalah awak je. so ta...takde lah awak tanggung sorang2". balas zilah tergagap gagap. sungguh dia takut Hadif marah

"eii kau nie buat aku rimas tahu tak! dah tepi lah aku nak tido". Kata hadif dan terus menolak badan Zilah. zilah terdorong sedikit ke belakang.

"astagfirullah Hadif apa kau dah buat. dia tu isteri kau lah. kenapa kau tinggi suara dekat dia. patutnya kau bersyukur sbb ade org yg ambil berat tentang kau". Desis hati Hadif. Menyesal. Hadif melihat zilah yang sedang menuju ke arah Tandas yg berada di biliknya. tapi! kenapa aku nampak dia mcm tengah menangis? ahh sudahlah. perempuan semua sama. tinggi suara sikit mula lah nak menangis merajuk bagai. tak kuasa aku. baik aku tido

************************************

Zilah tersedar daripada tidur dan terus bangun daripada sofa yang memang sudah menjadi tempat tidurnya. dia berlalu ke arah Tandas untuk mengambil wudhu. Solat subuh. selesai sahaja solat subuh Zilaj teringat kata2 Hadif agar menggosok baju nya.

"hmm dia kerja hari nie ok lah tu aku nak iron baju dia lah". desis hati zilah dan terus berlalu ke arah iron. selesai sahaja menggosok baju Hadif zilah terus membangun kan Hadif untuk solat subuh

"awak, bangun. solat subuh". Hadif membuka matanya perlahan dan terus bangun. dia berlalu ke arah tandas di biliknya. tanpa membuang masa zilah terus mengemas katil Hadif. selesai mengemas katil Hadif zilah berlalu ke dapur

"eh zilah awal nya bangun". sapa satu suara. Mama.

"good morning ma. hehe zilah nak masakkan Nasi goreng untuk abang Hadif". kata zilah sambil tersenyum ke arah mama Hadif
"ouh masak nasi goreng untuk Hadif? beruntung nya anak mama tu dapat Isteri mcm Zilah nie". Puji Datin Alia.

"ish mama nie. hehe dah tanggungjawab zilah sebagai isteri ma". jawab zilah sambil tersenyum. "Okay dah Siap. ma,zilah nak naik atas dulu nak panggil abang Hadif". Pamit Zilah

"haaa pergilah". Kata Datin Alia dan terus duduk di meja makan.

****

Tok! Tok! Tok. "ish mana mamat nie. tak nak bukak pintu ke apa? hmm masuk je lah". desis hati zilah. yelah dah orang yg kat dalam tu tak nak bukak Pintu. Zilah kaget setelah melihat apa yg ada di depan matanya. ish mamat nie tak reti nak pakai Baju ke apa? Zilaj terus memusingkan badannya.

"kau dah kenapa kat depan pintu tu? masuklah". kata Hadif

"errr awak boleh tak awak pakai baju awak tu". Pinta Zilah. HAHAHA lah minah nie membelakang aku sbb aku tak pakai baju je ke? hehe idea jahat mari!!

"kenapa pulak? kau tu isteri aku. aku nie suami kau. tak salah pun kalau kau nampak badan aku nie". usik Hadif

"err a..awak s..saya datang nie na...nak panggil awak turun makan". kata zilah

"cuba kalau cakap dengan aku tu pandang mata aku". kata Hadif sambil mendekati isterinya

"Saya turun dululah. awak kalau dah siap turun lah bawah. saya dah masakkan Breakfast untuk awak". kata zilah sambil berpusing ke arah suami nya. ish dia nie pakai lah baju. malunya lahai. dah lah pakai tuala je. malu lah aku.

"hmmm yelah aku turun bawah nanti. kau tak nak pakaikan aku baju ke?". usik Hadif. Sudahhh!! datang dah miang dia tu. baik aku lari. Tanpa membuang masa Zilah terus keluar daripada bilik. zilah terdengar suara Hadif ketawa. ish mamat nie kan nak kena betul lah. Zilah mengetap bibir tanda marah.

*****

"Ha zilah mana Hadif?". tanya Dato Razi setelah melihat Zilah turun daripada tangga

"err ade kat atas tengah pakai baju.kejap lagi turun lah tu". jawab zilah lembut.

"haaa meh sini makan sayang duk cepat. Zilah tau yg masak semua nie". tiba2 Datin alia bersuara. Hadumak mesti mamat sengal tu dah ade

"ouh ye ke ma? wahh isteri abang masak eh hari nie? tapi hari tu sayang kata sayang tak reti masak. ouh tipu abang eh?". kata hadif sambil memeluk Pinggang isterinya. ehh mamat nie sejak bila pulak aku cakap aku tak reti memasak.

"ish abang nie. mana ada. sayang reti lah masak. abang nie mengada. haa abang duduk dulu ye. sayang nak ambil nasi goreng untuk abang". kata zilah. ish mamat sengal tak sedar diri. berani nya dia peluk aku mcm nie. nak je sepak mamat nie. zilah terus mengambil nasi goreng untuk Hadif manakala Hadif terus duduk di kerusi meja makan.

"nah untuk abang". kata zilah

"terima kasih sayang". balas hadif sambil Mencubit pipi gebu milik zilah. eiii bengang nya aku Ya Allah. mamat nie suka ambil kesempatan lah. dah lah depan mama. malu nya ish. haaa mama pun dah senyum2 dah eiii...

"Ha Hadif mcm mana projek dekat Singapore tu? dah selesai ke belum?". tanya Dato radzi.

"ouh projek kata sana ok je pah. just tu lah kita kekurangan barang. Hadif dah suruh Syafiq settle kan projek kat Singapore. katanya sikit masa lagi siaplah. And maybe Hadif kena ke sana kut kena tengok Projek tu mcm mana". jawab Hadif sambil memandang dato razi.

"ouh hmm baguslah syafiq pun memang orang kepercayaan kita dah. dah mcm keluarga". Kata Dato razi. dia teringat Akan rupa syafiq yang memang handsome. tapi sayang playboy!.

"hehehe ye pah. ok lah pa,ma Hadif nak gerak dah nie. kang lambat pulak.". Kata Hadif sambil bangun untuk menyalami Dato razi dan Datin Alia. Zilah memandang Hadif. hmm aku hantar dia pergi depan lah. zilah terus bangun dan mengikut langkah hadif untuk ke Garaj kereta.

"awak!". panggil zilah. dia sebenarnya ingin menyalam tangan suaminya.

"ye?". kata hadif dan terus memandang isterinya yg sedang berjalan mendekatinya.

"bagi tangan awak". pinta zilah

"ha? tangan? kau nak buat apa?". tanya Hadif tapi masih tetap meberi tangan nya ke Zilah

"nak salam lah". Kata zilah dan terus menyalam suami nya. eh walaupun aku tak berapa suka dengan perkahwinan nie tapi aku harus menghormati nya sebagai seorang suami. Hadif kaget. seumur Hidupnya ini ada lah yg pertama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience