Bab 26

Romance Completed 19433

Bab 26

Hadif menoleh ke belakang apabila dia baru sahaja selesai menolong suraya. Hadif tergamam apabila melihat zilah yang berada di belakangnya. Oh No! jangan kata dia nampak.

"Zilah". tegur hadif lalu mendekati isterinya. zilah hanya membisu. dia terasa ada air yg keluar daripada matanya.

"saya jalan dulu". kata zilah ringkas memandang hadif dan terus berlalu. Hadif tergamam melihat air mata zilah yg mengalir. dia hendak mengejar isterinya tetapi seperti ada suara yg melarang nya. dia hanya melihat pemergian zilah.

Zilah menahan teksi yg berhenti di hadapan nya. dia terus masuk ke dalam teksi tersebut. dia kecewa melihat adengan itu

"err cik nak pergi mana eh cik". tanya pemandu teksi tersebut. zilah mengetap bibir. nak pergi mana??

"err pergi mana mana je lah". jawab zilah. pemandu teksi yg mendengar jawapan zilah terkejut. aik gi mana2 je?

"haaa pergi putrajaya eh pakcik. terima kasih". kata zilah sekali lagi apabila melihat muka pemandu yg berkerut itu.

"baik lah". jawab pemandu teksi tersebut. Zilah merenung ke luar. Fikiran nya bercelaru. sugguh dia rasa terseksa. dia tidak menyangka hadif sanggup melakukan dia sebegitu. tanpa zilah sedari air matanya mengalir lagi. dia kecewa. biar lah air mata nya yang jadi saksi bahawa dia sangat kecewa dan terluka.

Zilah tersedar daripada lamunannya apabila pemandu teksi tersebut mengejutkan nya. zilah keluar daripada teksi dan memberikan not RM 50 kepada pamandu teksi tadi selesai sahaja dia mengambil baki, dia terus berlalu ke tepi tasik.

"sampai hati awak buat saya mcm nie. kenapa awak tak lepaskan je saya kalau awak tak sayang kan saya. saya dah mulai suka awak hadif. saya dah mulai cinta dan sayang kan awak. saya nak hidup dengan awak sebab saya tahu awak jodoh saya. saya tak nak ade orang lain yang gantikan tempat saya untuk berada di sebelah awak. kenapa awak tak pernah nak faham perasaan saya. kenapa awak suka sangat sakitkan hati saya. Ya Allah andai ini takdir ku, aku terima. Dan andai dia memang jodoh ku, kau kuatkan lah kesabaran ku dalam menghadapi dugaan mu". kata zilah perlahan sambil menunduk ke bawah. Zilah menangis lagi! ah murah sungguh air mata kau zilah!

Hadif termenung di balkoni biliknya. jam sudah menunjukkan 10.30 malam tetapi zilah masih belum pulang ke rumah. Hadif mulai risau. kemana agak nya zilah pergi. sungguh dia menyesal sebab tidak mengejar zilah tadi. Hadif terhenti daripada termenung apabila ada teksi yang berhenti di hadapan rumahnya. aik kenapa pulak teksi tu berhenti di hadapan rumah pulak nie? hadif memerhati budak perempuan yang keluar daripada teksi itu. Zilah! ya itu zilah. Kerisauan di hati hadif sedikit demi sedikit hilang.

Zilah P.O.V

Perlahan lahan zilah memasuki ke dalam bilik. dia tahu hadif belum tidur.sebab lampu bilik masih terbuka. zilah berasa bersalah sebab pulang lewat ke rumah. Tetapi dia tiada pilihan. isteri mana hoi tak jealouse bila ade perempuan lain yg menggedik.

"baru balik?". tegur hadif. zilah memandang sekilas ke arah suami nya. dia tidak membalas kata2 hadif. dia terus masuk ke dalam tandas. hadif tergamam melihat perlakuan zilah. sedikit sebanyak dia terasa dengan perangai zilah. Tetapi dia sedar.suami ini salah dia bukan zilah!.

Zilah keluar daripada tandas. dia menyisir rambutnya di hadapan cermin kemudian dia terus berlalu ke sofa. Hadif melihat zilah daripada atas katil. dia cuba mendekati isterinya yang sedang terbaring kepenatan. entah apa dibuatnya sampai penat mcm tu.

"awak pergi mana? awak tahu tak saya risau awak". tanya hadif lembut. zilah membuka matanya. aik sejak bila pulak mamat nie ade kat sini. tak perasan pun.

"saya tak pergi mana pun". jawab zilah ringkas. dia masih dalam mood kecewa nya.

"awak pergi mana? saya tahu awak ade pergi mana2. sebab muka awak nampak penat sangat". tanya hadif sekali lagi. zilah tersenyum sinis.

"hm saya pergi ke putrajaya bawa hati yg sangat kecewa. kenapa? awak nak join? rasanya tak payah kut. sebab saya nampak awak gembira je dgn suraya tu". balas zilah sinis. Hadif mengetap bibir. aduh matilahnak

"err awak jangan lah salah faham dulu. saya dengan suraya takde apa lah. dia just mintak tolong dengan saya pasangkan zip baju dia. katanya tak sampai.". balas hadif mencuba meraih kepercayaan zilah.

"hm whatever lah. saya nak tidur. awak jangan kacau saya. and jangan lupa matikan lampu". kata zilah dan terus menutup matanya. bengang, benci, marah, cemburu, semua bercampur aduk sekarang. Hadif menggelengkan kepala nya. ahh salah aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience