Bab 27

Romance Completed 19432

Bab 27

Sudah hampir seminggu Zilah dan Hadif tak bertegur. Datin Alia dan Dato Razi yang melihat perangai anak menantu mereka itu hanya mampu menggeleng kan kepala.

"zilah, hadif. mama nak tanya boleh?". tanya datin Alia. Hadif dan Zilah mengangkat muka memandang datin Alia. sewaktu itu mereka berada di ruang tamu. Katty juga turut ada sama. Haih penyibuk betul si katty nie.

"tanya je lah ma". jawab hadif ringkas. Hadif memandang sekilas ke arah Zilah. zilah hanya diam dan memandang datin alia.

"mama nak tanya, kamu berdua nie dah kenapa? dah nak dekat seminggu mama tengok kamu berdua tak bertegur. kamu bergaduh ke?". tanya datin alia. hadif dan zilah terkejut. haih mama nie tahu aje.

"err takde ape lah ma, mana ada kitaorang gaduh. kan aaaabang?". jawab zilah. Dia menjeling ke arah Hadif. nie mesti mamat nie mengadu. tunggu hang. sesedap aje nak mengadu ye.

"haah ma, mana ada gaduh". jawab hadif memihak kepada zilah. kang jujur sangat ade juga aku kena lesing dengan isteri aku nie. but mcm mana eh mama boleh tahu kitaorang gaduh? ajaib betul.

"tak payah nak tipu lah. mama dengan papa boleh tahu korang berdua gaduh. tengok muka pun tahu. dah seminggu papa dan mama perhatikan korang berdua nie.". kata dato Razi. zilah mengetap bibir. haih mama kenapa lah tanya soalan mcm nie.

"err takde apa lah mama. err abang kita atas jom? temankan sayang. mama, papa kitaorang naik dulu ye". pamit zilah dan terus menarik tangan hadif. tak boleh duduk lama lama kang habis bocor rahsia. datin alia hanya mengangguk. Katty yang melihat Zilah memegang tangan hadif mengetap bibir. kau tunggu zilah!

Sesampai sahaja dibilik zilah terus memandang tajam ke arah hadif. hadif yang melihat sedikit gerun. tak pernah pernah si zilah pandang dia sampai mcm nak makan orang.

"apa awak kata kat mama ha? sampai mama boleh tahu kita gaduh". tanya zilah. hadif hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. zilah mengetap bibir.

"awak tipu! mesti awak mengadukan dekat mama kita gaduh? boleh tak awak jadi matang sikit? tak perlu lah nak mengadu. nie hal rumah tangga kita. tak payah nak mengadu". marah zilah. suara nya sedikit meninggi. hadif berasa agak tercabar apabila zilah menuduhnya sedangka dia tidak mengadu apa apa pun dekat mama nya.

"eh kau boleh tak jangan kasar sangat? kalau aku kata aku tak tahu, aku tak tahu lah. apa susah sangat nak percaya? aku bukan jenis nak mengadu hal itu ini. aku tahu nie hal rumah tangga aku. kau jangan kerja nak menuduh je". jawab hadif kasar. zilah yang mendengar perubahan bahasa 'kau-aku' agak terkejut. ah salah dia ke?

"saya bukan tuduh awak. saya just pelik bila mama boleh tahu yang kita tengah bergaduh". tanya zilah. suara nya menurun sedikit apabila hadif sudah mulai mengantikan bahasa 'kau-aku'. dia tahu hadif tengah menahan amarahnya

"kau tanya aku, mana lah aku tahu. kenapa kau tak tanya mama je terus? suka sangat tuduh orang bukan2. kau tahu dosa bila kau tuduh aku mcm tu". kata hadif dan terus berlalu. hatinya terlalu sakit apabila zilah menuduhnya. zilah yg melihat pemergian hadif agak terkejut. sedikit sebanyak dia rasa bersalah. ahh bodoh nya aku!

Datin Alia yang tengah berbual dengan Katty terkejut bila melihat anak nya keluar daripada rumah. tanpa salam, tanpa pamit terus sahaja keluar. katty yang melihat tahu yang hadif dan zilah bergaduh. kerana dia melihat muka hadif yang merah menahan marah.

"dah kenapa abang hadif tu aunty?". tanya katty berpura pura.

"entahlah. aunty pun tak tahu". jawab datin alia ringkas. sah gaduh!

Hadif menekan pedal minyak. sungguh laju kereta yang dibawanya. fikiran nya bercelaru. sampai hati zilah menuduhnya yang bukan bukan

"kenapa sayang sanggup tuduh abang?. zilah tak kenal abang. bukan sifat abang yang suka mengadu. sampai hati sayang". rintih hadif perlahan di dalam kereta

"Saya tunggu awak di restoran Mizrah. jam 8 malam". zilah tersenyum memandang Nota yang berada di tangan nya. dia tersenyum kegembiraan kerana hadif ingin berjumpa nya nanti. dia tidak menyangka yang hadif sanggup memaafkan kesalahnya setelah dia menuduh yang bukan2. Zilah mengerling jam yang bergantung di dinding. jam 2 petang baru. zilah akhirnya terlena dengan Nota yang diberi oleh hadif di tangan nya.

******

Hadif tidak habis habis memandang nota yang berada di atas meja nya.

"zilah? nak jumpa aku? nak buat apa pulak? kat rumah boleh jumpa. asal pulak nak jumpa kat restoran? dia nak mintak maaf ke pasal hari tu? tapi ish baik aku call dia". bisik hati hadif dan terus mencapai telefon bimbit miliknya. Berkali kali dia cuba menelefon tetapi zilah tidak menjawab. haih kemana lah minah nie. hadif memandang lagi nota yang berada di atas meja nya. "saya nak jumpa awak jam 8 malam kat restoran Mizrah -zilah". itu lah nota yang dia dapat daripada zilah. dalam asyik hadif mengelamun tiba2 pintu bilik nya diketuk.

"masuk". jerit hadif. Hadif memandang syafiq yang berjalan ke arah nya. lah syafiq rupanya.

"yaw bro. dah lama tak jumpa kau. apa khabar?". tegur syafiq. hadif mencebik bibir. eleh mamat playboy nie aku sepak jugak kang.

"hm salam mana?". perli hadif. Syafiq mengetap bibir, adoy lupa pulak nak bagi salam

"assalammualaikum wahai hadif". tegur syafiq semula. Hadif ketawa melihat kawan baiknya. mcm2 lah mamat nie.

"ye waalaikumsalam. haa duduk lah. sejak bila pulak kau nie nak kena ajak duduk baru nak duduk". perli hadif. Syafiq membiarkan kata kata hadif dan terus duduk di hadapan hadif.

"bro, macam mana kau dengan zilah? ok?". tanya syafiq mengubah topic. kang kalau layan sangat perli si hadif tu dia yang makan hati. sape tak kenal dengan hadif yang suka memerli orang.

"so far so good". jawab hadif berbohong. malas hendak bercerita hal sebenar.

"so far so good je? hmm takde yang menarik ke kau nak kongsi dengan aku". tanya syafiq. hadif memandang tajam ke arah syafiq, ewah mamat nie aku sepak kang.

"takde. haa mcm mana projek kat terengganu? ok?". tanya hadif sekali gus menamatkan topic tentang zilah.

"so far ok lah. just kita kurang pekerja. aku rasa kita kena amik pekerja lagi". terang syafiq. hadif hanya mengangguk

"hm. projek kat terengganu kau yang handle, so nak tambah pekerja kau lah yang kena cari". jawab hadif sambil ketawa. Syafiq memandang ke arah hadif. ei mamat nie aku luku jugak kang kepala dia nie.

"yelah. eh btw kau tahu tak, masa kat terengganu, ade sorang minah nie kurang ajar gila. dah lah dia tumpahkan air kat atas baju aku, then mintak maaf pun tak. masa aku pandang muka dia tu, aku rasa aku pernah nampak dia masa majlis nikah kau. aku rasa tu kawan zilah kut". tanya syafiq panjang lebar. Hadif memandang syafiq, aik kawan zilah pun kau boleh terserempak?

"entah. aku bukan kenal sangat pun dengan kawan si zilah. apa kata kau tanya sendiri kat zilah. senang!". jawab hadif acuh tak acuh.

"eleh, kang aku borak sikit dengan Zilah mula lah kau nak cakap aku nak rampas zilah lah apa lah". perli syafiq. dia bukan tak kenal kawan dia yang cemburu buta tu.

"eh mana ada". nafi hadif. syafiq ketawa sinis. eleh nak menipu konon.

"dah lah. nak tipu aku pun biar bertempat. aku ciao dulu, nak siapkan kerja. berlambak kerja aku lagi yang belum siap". pamit syafiq. syafiq terus berlaku keluar manakala hadif menyambung kerja nya semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience