Bab 5

Romance Completed 19432

Bab 5

"Haaa turun pun pengantin baru nie. ingat kan tak nak turun dah tadi". usik Datin Alia setelah melihat Zilah dan Hadif turun bersama.

"hehehe. ma sarapan apa hari nie ?". hadif lapar lah". adu hadif sambil mengambil tempat untuk duduk.

"nie bik santi dah siapkan sarapan nasi goreng. hadif makan lah". jawab datin Alia sambil memandang hadif lalu menyambung makan nya. ish dia nie. makan jee kerja

"Sayang, ambil kan abang nasi goreng tu. abang lapar lah". pinta hadif sambil membuat muka comel nya. alahai mamat nie, kalau berlakon nombor satu betul. alangkah bahagianya kalau semua nie bukan lakonan. Haha berangan je lebih kau ni zilah.

"nah nie utk abang". zilah memberi nasi goreng kepada hadif.

"meh sini abang suapkan sekali untuk sayang. aaaa bukak mulut tu. abang nak suap nie". canda hadif sambil menyuruh zilah membuka mulut. zilah kaget! gila ke apa mamat nie? kalau ye pun nak berlakon tak payah lah kut nak bersuap bagai.

"ehh takpe bang. sayang boleh makan sendiri". tolak zilah

"alaa. meh lah bukak mulut tu. abang suapkan". paksa hadif lagi

"ish kamu nie dif, tak baik mcm tu. kesian zilah. dah merah dah muka nya tu". tegur datin alia memarahi anaknya.

"Hadif, kamu tak nak pergi honeymoon ke? pergi lah mana2, semua bayaran papa tanggung. kesian zilah. bawa lah dia melancong sikit". tegur Dato Razi yg memang sudah lama berdiam diri. Wahh!!! Honeymoon lah.. syok nyaa.

"Haah betul tu. pergi lah London ke, ha tak pun pergi paris je lah. Kota cinta. mesti zilah suka punya". cadang Datin Alia.

"errr insyallah. hadif belum boleh bagi keputusan lagi lah ma. sbb yelah hadif masih busy lagi dengan urusan syarikat. insyallah kalau hadif tak busy hadif bawak zilah". Balas hadif

"ala takpe. kerja kamu tu boleh tangguhkan dulu. kalau tak pun kamu suruh je kawan kamu si shafiq tu yg cover kerja kamu dulu". tambah Dato Razi

"tapi pa,....". belum sempat hadif membalas kata papa nya sudah memotong ckp nya terlebih dahulu.

"alaa takpe kamu jangan risau. nanti biar papa yg suruh syafiq cover kamu". arah dato razi. akhirnya Hadif akur. huhh nak ber honeymoon lah pulak

"haa Hadif. apa kata kamu bawa zilah jalan2 sekitar KL nie? mesti zilah suka". suruh Datin alia

"hm baiklah". jawab Hadif. nak kata tak kang mengamok pulak mama aku nie

setelah selesai bersarapan, hadif dan zilah naik ke tempat beradu mereka. Zilah hanya sekadar jadi pemerhati muka kusut Hadif. Entah apa yang difikirnya sampai muka berkerut macam tu.

Awak! kita nak kemana nie?" tanya zilah dengan gaya terujanya.

"kau ikut je lah nanti. banyak tanya lah kau ni". jawab hadif acuh tak acuh

"alaa awak, bagi lah tahu. saya pun nak juga tahu kita nak pergi mana". tanya zilah lagi. ish minah nie banyak tanya pulak.

"kau nak jalan ke tak? kalau nak baik kau siap sekarang. tak payah nak tanya nak pergi mana. tak ade nya aku nak jual kau". marah hadif

"eleh itu pun nak marah". zilah mencebik bibir. eiii mamat nie sikit2 nak marah. hangin satu badan betul!

"aku still dengar lagi". balas hadif sinis. Makin kuat Zilah mengetap bibirnya.

"erghhh". balas zilah sambil berlalu untuk bersiap. hari itu dia hanya memakai baju kurung berwarna putih polkadot,dan tudung bawal berwarna hitam. manakala Hadif memakai baju polo berwarna putih dengan seluar paras bawah lutut berwarna hitam. Ringkas but still handsome!

"huish lawa jugak minah nie". desis hati hadif sambil melihat zilah dari atas ke bawah yang sedang berdiri di hadapannya. Tidak dinafikan, Zilah memang mempunyai wajah yang manis. dengan kulit yang putih serta mata yg berwarna coklat.

"awak, apa yg awak termenungkan?". tanya Zilah apabila dia perasan Hadif yang terlalu leka memandangnya.

"err takde apa. jom kita gerak". ajak hadif sambil berlalu ke bawah. Merah mukanya kerana malu. Gila tak malu?

"awak! kejap saya nak bagi tahu mama". tetapi belum sempat dia berlalu Hadif terlebih dahulu menahan nya.

"tak payah. aku dah bagi tahu mama tadi". kata hadif lalu menarik tangan zilah. Zilah kaget! hish mamat nie. bukan ade orang pun. Yang nak pegang pegang tangan aku nie kenapa

"masuk lah. kau tunggu apa lagi?". kejut hadif apabila melihat zilah hanya berdiri di hadapan pintu kereta. Huish mamat nie. biar betul! tak pernah aku naik kereta mahal macam nie. suka gila beb

"erghh saya nak masuk lah nie". jawab zilah terus masuk ke dalam perut kereta. Agak agakberapa eh harga kereta nie.

"pakai seatbelt tu. nanti kena saman! sapa nak bayar?" kata Hadif sinis. Zilah tersengih.

"awak lah. hehehe". balas zilah selamba. Hadif mengetap bibir. Ada aja jawapannya.

"banyak lah kau". jawab hadif sambil ketawa.

"awak, saya nak tanya boleh?". soal zilah perlahan. Hadif mengerling sekilas wajah isterinya.

Bab 6nak tanya apa, tanya je lah". balas Hadif

"err kereta awak nie harga dia berapa?". tanya zilah perlahan. Malu rasanya.

"buat apa kau nak tahu? teringin nak beli kereta macam nie ke?". tanya Hadif sinis. Zilah mengetap bibir.

"Hehe, nak sangat! tapi, rasanya cita2 saya tu tak kan tercapai. saya mana mampu nak beli kereta macam nie. mahal pulak tu. kan kan?". tanya zilah teruja. Hadif tersenyum sinis. Miskin tu buat lah cara miskin!

"kau tak payah nak berkereta sangat lah. nanti jahanam kereta tu hancur kau buat. lagipun kau tak kan mampu!". jawab Hadif dengan sinis. sedikit sebanyak kata kata Hadif membuat zilah terasa hati

"yelah, saya mana mampu nak beli kereta mahal mahal. sedangkan kereta kancil yang paling murah pun saya tak dapat nak beli. apa lagi kereta mahal macam nie. ye tak? takpe awak jangan risau, semua tu hanya angan angan je. lagipun saya sedar saya nie miskin". kata Zilah sambil memandang ke hadapan. Sumpah! mood dia sudah tiada. kalau dia tahu jadi mcm nie dia tak kan tanya pasal harga kereta nie. nasib kau lah zilah. Hadif hanya diam membisu. dia tidak tahu hendak jawab apa. sedikit sebanyak dia terasa seperti zilah sedang marah kepadanya. sepanjang perjalan mereka ke Sunway zilah hanya diam membisu.

"kita dah sampai. jom turun". ajak hadif. tetapi, zilah tidak menjawab, dia hanya terus keluar dari perut kereta tanpa memandang hadif.

"aduh minah nie, marah ke? tengok gaya dia macam tengah marah je. haih kau nie pun satu hadif, tak salah dia tanya". desis hati hadif. Sumpah dia rasa bersalah!

"kau nak makan tak?". tanya hadif

"Tak". Whatt? tak nak makan? serious ke minah nie? gila ke apa. dah tengah hari dah nie. lunch time. tak kan tak lapar kut. sah minah nie marah!.

"apa kata kita beli tiket wayang dulu, then kita makan. lepas tengok wayang kita pusing pusing sekitar sunway nie. nak?". Tanya hadif sambil tersenyum.

Zilah tidak membalas pertanyaan hadif. tetapi dia hanya diam dan mengangguk.

"kau tunggu sini, aku beli tiket kejap. jangan pergi mana mana". perintah hadif dan terus berlalu untuk membeli tiket setelah beberapa minit kemudian. hadif datang dengan 2 tiket yg dibelinya.

"nah, kau simpan tiket nie dalam handbag kau. jangan hilang. faham?". Zilah hanya angguk.

"kita makan nak? jom". ajak Hadif terus memegang tangan Isteri nya. zilah ingin melepaskan tangannya dari terus dipegang oleh hadif, tetapi hadif kuat memegang tangan nya. akhirnya, zilah pasrah

"Makan kat sini pun macam sedapkan? jom makan kat sini lah. lagipun aku tengok ramai orang yang datang". ajak hadif terus masuk ke dalam restoran tersebut. Zilah hanya mengikuti langlah suaminya.

"kau nak makan apa?". tanya Hadif. Zilah hanya menggeleng. Hadif mulai hilang sabar lalu terus keluar dari Restoran tadi dan terus menuju ke Kereta nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience