BAB 22

Romance Completed 10659

Semenjak kejadian itu. Hanis cuba sedaya upaya untuk tidak bertembung dengan Farhan.

‘‘Danny. saya ambik MC 2 hari sebab tak sihat ‘‘pesan Hanis

‘‘Awak tak sihat? Kenapa? Dah makan ubat ke belum. ”

‘‘Saya demam aje. Jangan risau ‘‘balas Hanis.

Balik sahaja dari sekolah. Daniel terus belikan bubur untuk Hanis dan hantarnya ke rumah.

Di pintu keluar lift. Daniel bertembung dengan Farhan. Daniel masuk ke rumah Hanis selepas dapat keizinan.

Farhan tak berpuas hati. Farhan terus meluru ke rumah Hanis. Terlihat Hanis dalam pangkuan Daniel yang kebetulan Hanis secara tidak sengaja nak rebah kerana terlalu pening.

Farhan pantas menarik tangan Daniel dan terus menumbuk muka Daniel. Daniel pelik dengan tindakan Farhan.

‘‘Farhan!!!!!! Please stop!!’‘Farhan terhenti mendengar jeritan Hanis. Hanis nampak layu dan pucat.

Hanis bangun menarik tangan Farhan keluar rumah dan bergerak ke taman. Muka Hanis nampak pucat.

‘‘kenapa awak biar jantan tu masuk rumah?’‘Soal Farhan

‘‘Itu masalah saya. Rumah saya. ‘‘balas Hanis

‘‘Awak suka dia peluk awak macam tu? ‘‘Farhan tetap tak berpuas hati.

‘‘Kenapa awak suka sibuk dalam hal saya. Itu urusan saya nak peluk dengan sapa pun’‘Hanis geram dengan sikap Farhan yang serkap jarang.

“Apa awak cakap? Maksudnya awak sengaja la biar dia peluk awak?’‘Farhan rasa tercabar. Belum sempat Hanis membalas. Farhan terus memeluk Hanis dari belakang.

Hanis geram dengan tindakan Farhan. Dia menampar Farhan sepuas hati. Tetapi Farhan tetap memeluknya semula.

‘‘Awak tak ada hak untuk peluk atau sentuh saya. Saya bukan isteri awak lagi. Dan bagi saya awak dah lama mati sama macam anak saya mati 7 tahun lalu”. Berlinangan air mata Hanis ketika itu.

Farhan terdiam dan meleraikan pelukannya. Dari jauh Daniel memandang mereka.

‘‘Sayang. Kita ada anak?’‘Menangis Farhan di tengah taman itu. Hanis berjalan naik ke rumahnya.

Anak mereka keguguran selepas 2 bulan mereka bercerai tanpa pengetahuan sesiapa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience