BAB 9

Romance Completed 10659

Hanis pulang ke rumah menaiki kereta antik Volkswagen milik bapanya. Rumahnya di tingkat 10.

Sebaik sahaja Hanis parking di basement.

Hanis mengeluarkan semua peralatan mengajarnya untuk menaiki lift.

Pintu lift terbuka

Kelihatan tubuh lelaki mengangkat kotak yang besar sehingga wajahnya terselindung. Hanis masuk ke dalam lift.

Tiba-tiba Hanis berasa gelisah dan berdebar debar.

Sebaik sahaja pintu lift dibuka. Hanis bergerak keluar dengan terburu-buru. Bukunya terjatuh di hadapan pintu lift lalu dikutip oleh lelaki di sebalik kotak.

Hanis terasa seperti pita memori lamanya kembali terusik. Saat lelaki di hadapannya menyarungkan cincin di jari. Saat gembiranya mereka bersama dari zaman kanak-kanak dan persekolahan. Dan saat di mana mereka berpisah atas desakan ketika itu.

Berjatuhan kesemua barang di tangannya. Pandangan Farhan juga cuma ke arah Hanis. Farhan mengutip buku dan barang barang Hanis di lantai. Hanis masih kaku berdiri.

Barang yang dikutip dan diambil dan terus berlari ke arah pintu rumah. Takdir telah menemukan mereka di pintu rumah yang bertentangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience