BAB 4

Romance Completed 10659

‘‘Adik jom rehat dulu. Adik suda kirija banyak hari ni’‘kata seorang pekerja binaan Bangladesh kepada Farhan.

Farhan menghirup air yang dibelinya di warung tepi jalan dengan sepuasnya.

“Alhamdulillah leganya’‘Pekerja binaan itu memandang Farhan sambil menggelengkan kepalanya. Dalam usia Farhan, dia sanggup untuk mengerah tenaga di atas bangunan yang tinggi ini.

Bagi Farhan. Farhan cuma nak bahagiakan Hanis di rumah. Farhan nak sediakan semua keperluan Hanis tanpa bantuan keluarga mertuanya.

Telefon bimbitnya berbunyi. Teragak-agak untuk mengangkat.

“Assallamualaikum Ayah’‘Farhan memulakan perbualan.

“Farhan. Ayah dapat surat dari German. Abang diterima belajar di sana. Mereka akan menaja pendidikan ijazah abang’‘suara ayahnya gembira.

‘‘Tapi kita mana ada duit ayah. Semua itu kena guna duit yang banyak ‘‘Farhan mencelah selepas mendengar berita ‘gembira’ itu.

‘‘Demi abang. Ayah sanggup jual kereta buruk kita tu’‘Ayah Farhan cuba memujuk. Razak hanya memiliki kedai runcit usang di pekan dan kereta proton saga lama untuk keluarganya.

‘‘Nantilah. Abang cakap dengan Hanis dulu.”

Farhan memikirkan isterinya masih belajar. Dan Hanis mungkin tidak setuju sekiranya perlu berpindah ke luar negara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience