BAB 6

Romance Completed 10659

Selepas 7 tahun. Farhan pulang ke Malaysia. Dia tamat pengajiannya dan bekerja di sana. Tujuannya pulang ke Malaysia adalah atas urusan kerja bersama anak syarikat di Kuala Lumpur.

‘‘Assallamualaikum Ayah. Abang dah sampai Malaysia. Abang akan pindah masuk rumah esok. InshaAllah lusa abang balik kampung”

Farhan berjalan sambil memakai kaca mata hitam melepasi pintu lapangan terbang. Dia tampak lebih kemas dan lebih yakin. Limousine datang menjemput dan menghantarnya ke rumah baru.

Di lampu trafik. Sebaris kanak kanak beratur sambil berjalan mengikut seorang wanita yang memegang belon melintas jalan. Kedengaran bunyi kanak-kanak riang setelah sedikit tingkap kereta diturunkan. Farhan menurunkan kaca matanya.

‘‘Tertibnya mereka ni. Bagus betul cikgu mereka. Macam itik pulang petang’‘kata driver limousine itu sambil ketawa kecil.

Sebaik sahaja belon itu dialihkan. Mata Farhan terpaku dengan wajah di hadapannya. Berbaju kurung, berkasut tumit tinggi dan berselendang malah tersenyum manis dan ketawa memberi arahan kepada kanak kanak itu.

Belum sempat berbuat apa apa. Lampu hijau sudah menyala. Farhan hanya memandang gadis itu sambil berlalu pergi.

‘‘Cantiknya awak sekarang. Berbaju kurung lagi. ”

Farhan merasakan ianya mimpi. Farhan masih memikirkan susuk tubuh yang dilihatnya sebentar tadi. Sepanjang perkenalan mereka, Hanis lebih suka memakai skirt paras lutut berbunga-bunga dan cardigan. Rambut Hanis akan di ikat atau di dandan rapi. Sanggulnya tadi nampak lebih anggun.

Farhan mengeluarkan semua barangnya dari limousine dan menuju ke rumah barunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience