BAB 16

Romance Completed 10659

‘‘Tahniah Encik Farhan Bin Razak kerana di naikkan pangkat. Dalam tempoh 6 bulan awal ini awak terpaksa berulang alik ke anak syarikat kita di Singapura. Dan awak akan dapat pengesahan jawatan selepas itu’‘ujar Boss nya.

Farhan masuk ke pejabatnya. Kemas dengan dinding berwarna putih. Dihiasi bunga bunga segar di meja. Ringkas tetapi menarik.

Dia duduk sambil memandang telefonnya. Gambar perkahwinan mereka.

‘‘Awak cantik sayang. Saya rindu awak’‘perlahan suara itu keluar dari mulutnya.

Sebaik sahaja menyiapkan kerja. Farhan keluar untuk mencari sekolah tempat Hanis bekerja berdasarkan maklumat pada tanda nama anak murid yang sesat hari tu.

‘‘Garden International School Kuala Lumpur’‘di taip di Aplikasi Waze di gadjetnya. BMW di pandu laju menuju ke sana.

Niat Farhan adalah untuk mengendap aktiviti Hanis di sekolah. Farhan memakai topi untuk elak dikenali oleh sesiapa.

Di pintu pagar sekolah. Dia mendapat pas melawat sebagai ibu bapa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience