BAB 23

Romance Completed 10659

‘‘Saya minta maaf puan. Kandungan puan keguguran. Puan terlalu stress. Saya harap puan banyakkan bersabar dan berehat.”

Hanis menangis teresak esak mendengar kata kata itu.

“ Far! Awak lah punca anak kita mati. Saya tak akan maafkan awak’

Nurse cuba menenangkan Hanis ketika itu.

Keluarga Hanis datang menjemput Hanis di Hospital.

‘‘Baby. Sekarang mama dah tinggal seorang. Daddy dah tinggalkan mama. Dan Baby pun dah pergi’‘rintih Hanis dalam hati sambil memegang perutnya.

Hanis mengambil masa yang lama untuk pulih selepas itu. Dia banyak menghabiskan masanya di rumah anak anak yatim sebagai sukarelawan dan sertai banyak aktiviti kemanusiaan di universiti.

Selepas tamat pengajian. Hanis ditempatkan di Johor dan akhirnya mengambil keputusan untuk bekerja di Kuala Lumpur kerana lebih dekat dengan Ipoh. Dengan menjadi guru, secara tidak langsung dalam hati Hanis tertanam yang dia memiliki ramai anak walaupun tak terbanding dengan kehilangan anak yang dari rahimnya sendiri.

Selama itu, Ibu bapa Hanis menanggung semua perbelanjaan Hanis. Bagi Hanis, Farhan dah tak membawa apa apa makna dalam hidupnya lagi selepas dia diceraikan pada malam itu.

Cukup lah perkahwinan di usia mudanya memberi pengajaran yang cukup hebat buat dirinya.

Hati Farhan juga mati di German. Dia hanya belajar dan bekerja tanpa sebarang hiburan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience