BAB 17

Romance Completed 10659

‘‘Girls and boys. Listen to me. Finish your art work in 30 minutes ‘‘arah Hanis yang mengajar di bengkel seni sekolah. Hanis dan anak muridnya memakai apron untuk mengelak warna air terpercik pada baju mereka.

Hanis memasang muzik sebagai terapi kepada kanak kanak yang sedang menyiapkan lukisan mereka

Sedang Hanis berjalan memantau anak muridnya. Ada mata yang memandang dari jauh. Orangnya lengkap berpakaian suit tetapi bertopi kerana enggan dikesan oleh Hanis.

Hanis begitu riang semasa mengajar. Terserlah kesungguhannya untuk memastikan setiap anak muridnya mencapai tahap terbaik walaupun dalam bidang seni.

‘‘Kenapa dulu saya tinggal awak ye. Sekarang saya rasa nak pergi peluk awak ‘‘omel Farhan di bawah panas terik.

‘‘Miss. Itu pakcik yang jumpa saya di KLCC hari tu?’‘Fazri mematikan segala muzik indah di situ. Dia menghalakan jari telunjuknya ke arah Farhan.

Farhan kelam kabut. Hanis bergegas membuka apronnya dan ingin menyampaikan rasa terima kasih kepada penyelamat anak muridnya.

Belum sempat Hanis sampai kepadanya. Farhan dah melarikan diri dan masuk ke dalam kereta.

‘‘Apa masalah ha mamat ni. Nak cakap terima kasih pun susah. Paling kurang aku belanja air ke. Ingat aku miskin sangat ke?”

Walaupun dari jauh. Dia memandang BNW itu keluar dari sekolahnya.

‘‘Macam pernah tengok ”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience