BAB 5

Romance Completed 10659

Hanis menaip tugasan kuliahnya di laptop dengan begitu teliti. Buku buku teori pendidikannya di selak helaian demi helaian.

Tiba tiba lampu rumahnya terpadam. Hanis terkejut dan lantas bangun. Hanis menjerit dalam gelap dan menangis. Telefon berbunyi.

‘‘Awak. Rumah kita gelap. Saya tak nampak. Saya takut. Saya tak boleh bergerak ‘‘teresak esak Hanis menangis dalam talian.

Tidak lama kemudian Farhan membuka kunci rumah. Dia pelik kenapa rumahnya gelap gelita.

‘‘Hanis awak ada ke?’‘Farhan tahu benar fobia isterinya dengan gelap.

Farhan membuka torghlight mininya. Lalu Farhan terpandang Hanis menyorok ketakutan di tepi meja belajarnya.

Hanis terus bangun dan meluru ke arah Farhan

“Awak mana elektrik kita. Awak tak bayar ke. Saya tengok sekeliling rumah orang lain ada je elektrik. Awak tahu tak saya tengah buat kerja. Habis semua kerja saya sebab awak”

Farhan runsing. Torchlight yang dipegangnya dihalakan ke bawah. Lidahnya terkelu. Belum habis penatnya mengangkat batu bata berat. Ditambah dengan amukan isterinya.

‘‘Saya mungkin lambat bayar’‘jawab Farhan

‘‘Apa awak cakap? Mungkin? Selama ni awak buat apa kat tempat kerja. ”

Hanis tak puas hati. Dia tengah meluahkan perasaannya.

‘‘Hanis saya penat ‘‘Farhan enggan melayan asakan Hanis.

Hanis mula menyesal dengan perkahwinan mereka. Dia boleh menanggung tidak makan sesedap di rumah sendiri. Dia boleh menanggung tidak tidur seenak dihidang penghawa dingin. Tapi dia tidak boleh hidup dalam kegelapan.

Farhan mula bergerak ke arah dapur dan mengeluarkan lilin di dalam laci dan menyalakannya.

Namun Hanis masih berang dengan sikap Farhan yang tidak pedulikan marahnya.

‘‘Suami apa ye awak ni. tak mahu berusaha langsung untuk rumah tangga kita”

Hanis pandang tepat ke arah lilin.

Api kemarahannya mula naik.

Hanis meluru ke arah Farhan dan menyeluk saku Farhan.

“What?”

Yang ada cuma belasan ringgit.

Hanis menjerit lalu di balingnya lilin ke arah sofa. Farhan terkejut dan terus bangun. Dia segera mendapat air dan menyimbah ke atas api di sofa.

‘‘Awak tahu tak sofa ni saya guna duit simpanan saya dan beli sebab saya tahu awak suka baring atas sofa empuk berbanding sofa rotan kat rumah saya?”

Farhan ternyata kecewa dengan tindakan Hanis.

‘‘Saya rasa lebih baik kita berpisah.’‘Hanis bersuara selepas terdiam.

‘‘Awak…’‘Farhan mati disitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience