BAB 13

Romance Completed 10659

Di dalam kereta untuk pulang dari majlis. Daniel memulakan perbualan.

‘‘Hanis. Boleh saya tanya sesuatu?”

Hanis melihat Daniel yang selamba itu.

‘‘Boleh’‘balasnya.

‘‘Hanis dah ada yang berpunya ke?”

Hanis terkejut dengan soalan itu. Mana mungkin dia akan berpunya selepas diceraikan. Hanis sudah berusaha mungkin untuk melupakan Farhan.

“Hanis belum fikir lagi’‘balasnya lagi.

‘‘Kalau Hanis tak keberatan. Berilah peluang untuk Danny mengenali Hanis dengan lebih rapat’‘Rayu Daniel.

‘‘Tengok lah’‘Hanis mematikan perbualan di situ.

Hanis pulang ke rumah selepas dihantar oleh Daniel.

Hanis siap membersihkan badannya. Dia memikirkan semula perbualannya di dalam kereta tadi.

“Patut kah aku bagi je peluang pada Daniel. Dia pun orang baik-baik. Tapi dia nak ke terima aku kalau tahu aku dah pernah berkahwin”

Lamunannya terhenti selepas telefonnya berbunyi.

‘‘Hi Cikgu Hanis’‘mesej dari nombor asing

Hanis malas nak membalas. Mungkin dari anak muridnya. Mereka semua anak orang kaya. Gadjet dihujung jari. Selalu sangat menghantar mesej sampai tak terlayan.

Hanis tertidur di katil empuknya di sinari lampu malam yang cukup cantik di sekeliling katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience