BAB 19

Romance Completed 10659

Hanis membersihkan badan. Macam biasa di akan menyiapkan kerja kerja sekolahnya seperti menanda buku dan menulis Rancangan Mengajar.

Dalam kesibukkannya mengemas meja. Suis lampu rumahnya terpadam. Hanis terjerit spontan. Hanis panik.

‘‘Tolong jangan buat hal. Aku sorang ni”

Farhan yang kebetulan ingin mengambil barangnya di luar rumah mendengar jeritan Hanis.

Farhan mengetuk pintu rumah Hanis. Hanis mengambil telefon bimbitnya dan menyalakan lampu. Dia terus berlari ke pintu.

Farhan dah terpacak di hadapannya.

‘‘kenapa ni Hanis?”

‘‘Tak nampak ke gelap ni’‘Balas Hanis.

‘‘Awak tak bayar bil ke?’‘Perli Farhan.

‘‘Excuse me! Saya dah bayar okay. Awak check lah. Sia sia belajar jauh’‘Hanis menyirap je dengar Farhan memerli.

Farhan cuba menenangkan Hanis. Dah banyak kali perkara macam ni berlaku dulu. Fobia Hanis memang tak pernah baik.

‘‘Awak. Sekarang awak ambik semua barang awak dan masuk rumah saya dulu’‘belum sempat Farhan nak jelas.

‘‘Dah kenapa nak ke rumah awak. Awak nak orang datang sini tangkap Khalwat?”

‘‘Apa salahnya senang sikit tak payah sewa dua rumah’‘spontan Farhan menjawab.

Laju sahaja tangan Hanis mencubit lengan Farhan.

‘‘Okay macam ini Hanis Cheng Abdullah. Awak ambik semua barang awak pergi rumah saya. Biar saya settlekan masalah lampu awak ni. Selagi lampu ni tak menyala. Saya tak masuk rumah saya. Okay tuan puteri?’‘Farhan cuba menjelaskan niatnya.

‘‘Janji?’‘Hanis terpaksa mengalah.

‘‘Iya janji sayang.’‘Usik Farhan.

Tajam mata Hanis memandang Farhan.

Selepas 1 jam.

Lampu rumah Hanis dah siap dibaiki. Farhan menuju ke rumahnya. Dilihat Hanis tertidur di meja tempat kerjanya.

‘‘Kalau lah saya dan awak halal macam dulu. Nak je saya usik awak sekarang’‘gumam Farhan.

Hanis terjaga dari tidur. Dan cepat-cepat mengemaskan barangnya selepas melihat Farhan terpacak di hadapannya.

Dia bingkas bangun menuju ke pintu untuk balik ke rumahnya.

‘‘Thankyou ‘‘ringkas dari Hanis.

Farhan cuma tersenyum melihat Hanis yang kelam kabut itu.

‘‘Comelnye awak”

Kisah mereka terhenti di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience