BAB 3

Romance Completed 10659

Hanis dan Farhan tinggal bersama di rumah kedai di tengah-tengah pekan Ipoh. Hanis belajar dalam bidang pendidikan di universiti pilihannya. Manakala Farhan baru sahaja tamat pengajian dalam diploma.

Farhan masih tidak mempunyai kerja tetap. Farhan diterima sebagai technician di kedai alatan elektrikal. Itu pun sementara sahaja. Kadang Farhan bekerja di kedai-kedai makan untuk mencuci pinggan dan bekerja jadi buruh kasar di sekitar pekan Ipoh.

Perkahwinan mereka mula goyah apabila duit menjadi masalah.

“Awak. Saya dah malu minta duit poket dari papa dan mama’‘Hanis meluahkan perasaannya sambil meletakkan kepalanya di peha Farhan.

‘‘Habis kenapa awak minta. Duit saya bagi tak cukup ke? ‘‘Farhan membelai rambut Hanis.

Hanis lantas bangun.

“Cukup.. Tapi.. Saya kena guna banyak untuk keperluan belajar nanti. Saya tak tahu nak jelaskan macam mana. Terlalu banyak yang perlu dibayar. Awak pun tahu kan.”

Lalu Farhan mengeluh. Dia memikirkan yang betul dia telah mengahwini seorang gadis yang lahir dalam kalangan orang berada. Kelengkapan semuanya disediakan.

Manakala dia cuma lah seorang penganggur tanpa kerja tetap. Banyak bil bil belum dijelaskan tanpa pengetahuan Hanis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience