BAB 12

Romance Completed 10659

Farhan lebih suka berehat di rumah sahaja bila tiba hujung minggu. Dia akan menghubungi bossnya di German melalui panggilan video untuk melaporkan laporan terkini perkembangan syarikat.

Malam itu, Farhan keluar untuk mencari makanan di mini market di bawah bangunan condominium mereka. Pandangan Farhan kelihatan pelik dengan susuk tubuh lelaki yang mengadap pintu rumah Hanis.

‘‘Assallamualaikum Encik? Ada apa ye tunggu sini’‘soal Farhan.

‘‘Wasalam. Oh ya. saya Daniel. saya tunggu kekasih hati saya kat dalam ni sedang bersiap. Orang cantik memang siap lama kan”

Farhan terasa seperti badannya di tikam.

‘‘Yeke. Saya Farhan. OK Saya pun sedang tunggu pintu lift ni dibuka. Lambat betul dia bersiap”

Farhan berlalu pergi. Daniel hanya memandang pelik dengan balasan Farhan.

Tidak lama kemudian Hanis keluar.

‘‘Sila kan tuan puteri. lamanya dia bersiap”

Hanis tak pedulikan perlian Daniel. Tujuan mereka keluar pun cuma lah untuk meraikan majlis perpisahan guru sekolah yang di adakan di restoran pada malam itu.

Mata Hanis melihat tepat ke arah Farhan yang menunggu pintu lift dibuka.

Mereka menaiki lift yang sama. Hanis cukup kekok dan tak mampu bernafas dengan baik. Daniel memecahkan rasa kekok mereka.

‘‘Awak cantik la malam ni Hanis. Terpegun saya’‘puji Daniel

‘‘Terima Kasih’‘ringkas dari Hanis

Darah Farhan mula menyirap. Dia tidak menyangka semudah itu Hanis menjawab. Boleh pulak si Daniel datang menjemput di rumah. Hanis pulak dressing cantik macam nak pegi dating.

Farhan cemburu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience