BAB 1

Romance Completed 10659

‘‘Kalau saya nak tanya boleh?? ‘‘tanya Farhan.

‘’Nak tanya apa? Serius betul soalan. Ada apa-apakah ni?’’ jawan Hanis.

‘’Takdelah, kalau nak sambung belajar awak nak ambil bidang apa?’’

“Oooo, ingatkan soalan apalah tadi. Hurmmm, saya nak jadi cikgu la awak. Saya suka budak budak’‘Soalan pantas dijawab Hanis.

Hanis menguis-nguis kasutnya sambil memandang permandangan dari atas bangunan tempat mereka selalu berjumpa dari zaman kanak kanak lagi. Kelihatan banyak peniaga-peniaga yang menjalankan aktiviti mereka di tengah pekan itu.

Farhan senyum terfikirkan Hanis seorang gadis yang cukup penyayang. Lalu Farhan menyatakan hajatnya yang sudah tersimpan lama.

“Awak saya nak kita kahwin?’‘Farhan pandang mata Hanis perlahan-lahan menanti reaksi. Hanis terdiam.

‘‘Saya okay asalkan ayah awak setuju “. Balas Hanis Cheng Abdullah.

Farhan gembira dengan jawapan Hanis. Farhan sorak keriangan dia bakal berkahwin dengan kekasih hatinya. Walaupun hajat itu belum dinyatakan lagi kepada bapanya yang terang terang menentang hubungan mereka.

‘‘Tapi mane cincinnye?’‘Hanis mematikan keriangan Farhan.

‘‘Alamak awak. For now saya kasi cincin ni dulu ok. Saya janji lepas ni cincin yang betul-betul.”

Farhan keluarkan pen dalam bekas pensil Hanis dan lukis bentuk hati dan cincin pada jari manis Hanis. Hanis tersenyum.

Cinta mereka akan bersatu tak lama lagi.

Hanis dan Farhan berkenalan sejak kecil. Mereka tinggal di Ipoh Street, bersekolah dan bermain sama-sama walaupun dihalang oleh ayah Farhan kerana latar belakang keluarga Hanis yang tidak 100% Melayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience