BAB 26

Romance Completed 10659

Hanis melihat mata Farhan bengkak selepas menyelesaikan upacara pengkebumian ibunya. Hanis pulang ke rumah ibu bapanya tanpa memberitahu Farhan.

Selepas ibu Farhan meninggal. Farhan sudah tidak hubungi Hanis. Farhan sudah jarang keluar rumah walaupun Hanis terkadang tunggu di luar rumah tanpa sebab untuk melihat Farhan keluar.

Satu hari Hanis mengetuk pintu rumah Farhan dengan membawa makanan. Kelihatan Farhan tidak sihat dan mukanya pucat. Hanis menyentuh dahi Farhan.

Hanis terus ke dapur dan mengambil tuala dan air sejuk untuk tuam kepala Farhan. Sebaik sahaja tuala ingin diletak. Farhan menolak kain itu perlahan-lahan.

‘‘Awak balik la Nis. Saya okay”

Hanis tak puas hati. Dia tetap tuam kepala Farhan yang panas itu.

‘‘Nis tolong balik sebelum saya buat sesuatu kat awak’‘ugut Farhan.

Hanis memberanikan diri lagi untuk menyuap bubur yang di masaknya. Belum sempat sudu itu masuk ke dalam mulutnya. Farhan menarik Hanis ke arah badannya. Kedua dua tangan hanis jatuh ke atas katil. Muka Hanis betul betul mengadap muka Farhan. Bubur tumpah di tepi katil.

‘‘Saya bagi awak masa seminit untuk keluar dari rumah ini. Kalau tidak jangan salahkan saya kalau apa apa terjadi”. Farhan mengugut Hanis lagi.

‘‘Saya akan tunggu’‘balas Hanis

Farhan rasa tercabar dan bertindak ingin mencium Hanis. Terjatuh air mata Hanis di atas muka Farhan dan menutup rapat matanya ketakutan.

Farhan tersedar dengan tindakannya yang diluar kawalan. Farhan melepaskan tangan Hanis dan bangun.

‘‘Saya sayangkan awak Hanis. Jika saya perlu tarik balik kata kata saya 7 tahun lalu. Saya akan buat untuk awak. Tapi saya dah terlambat. Awak Daniel yang punya’‘Farhan bangun memalingkan badannya membelakangi Hanis.

Hanis bangun meninggalkan Farhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience