BAB 21

Romance Completed 10659

Bila tiba hari itu. Farhan cukup gembira. Farhan membeli pakaian baru seolah olah janji temu pertama dengan kekasih.

Dia tampak segak dengan berkemeja putih dan berseluar slack koko. Manakala Hanis pula memakai blaus putih yang berbunga bunga dan berselendangkan warna kuning.

Ikut perjanjian mereka. Mereka akan bertemu di sebuah restoran atas bangunan berdekatan KLCC.

Farhan tiba dulu dan menunggu di meja makan.

Sebaik sahaja Hanis datang. Hanis mencari siapa kah lelaki yang baik hati itu. Matanya mencari cari. Tapi yang jumpa cuma bekas suaminya yang seperti menunggu seseorang.

Farhan bangun melihat Hanis. Hanis begitu cantik malam ini. Matanya terpegun. Hanis pelik dengan pandangan Farhan. Hanis masih mencari lelaki yang ingin dijumpanya.

Farhan mengeluarkan telefonnya dan menelefon Hanis. Hanis terkejut bila mengetahui lelaki tersebut adalah Farhan. Dia terus berpaling dan ingin pulang. Dia rasa seperti diperbodohkan.

Farhan terus berlari ke arah Hanis dan memegang bahu Hanis.

‘‘Apa awak buat ni Far’‘sayu suara Hanis

‘‘Saya tak ada niat nak tipu awak Nis. Saya betul betul nak bercakap dengan awak’‘Farhan menjelaskan keadaan sebenar.

Hanis terus menolak tangan dan turun tangga restoran. Farhan mengejar Hanis.

Farhan memegang tangan Hanis dengan kedua dua belah tangan.

‘‘Awak tolong maafkan saya”

‘‘Apa lagi awak nak. dah 7 tahun awak hancurkan hidup saya. Sekarang awak balik dan awak nak merayu?’‘Kesal Hanis.

‘‘Saya betul betul minta maaf. Saya terpaksa buat semua tu”

‘‘Setiap hari dalam hidup saya cuba memadamkan kenangan antara kita. Tolong lah. Kita bukan suami isteri macam dulu yang awak boleh atur hidup saya’‘Ternyata Hanis sendiri sukar nak melupakan apa yang terjadi.

Hanis berlalu pergi. Farhan masih di tangga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience