BAB 9

Romance Completed 7512

Rumah ini banyak memberi kenangan dalam hidup kami. Seperti mana Mama dan Papa pergi mencari kebahagiaan maka Am juga akan bawa adik-adik cari kebahagian untuk hidup kami.

Walau di manapun Mama dengan Papa berada kami akan sentiasa kirimkan doa kasih sayang kami kepada kalian. Satu permintaan Am jangan lupakan kami Mama. Dan kalau boleh sebelum Mama meninggalkan rumah ini berilah sedikit kasih sayang Mama kepada adik-aadik. Luangkanlah sedikit masa Mama yang berharga itu bersama mereka. Am dah biasa hidup tanpa Mama dengan Papa tetapi mereka tidak biasa kerana mereka masih kecil. Berilah mereka peluang itu Mama. Selepas itu Am tidak akan pernah menghalang Mama meninggalkan kami. Itu saja permintaan Am. Oklah Mama, Am sudah mengantuk. Selamat malam Mama. Sayang Mama,” luah Tengku Ilham Azhar. Kemudian dia mencium tangan dan pipi Mamanya. Lama mereka berpelukan.

Ya Allah, kenapa perkara sebegini yang perlu aku tempuhi? Kenapa ibubapaku sanggup meninggalkan diri kami yang merupakan darah daging mereka? Kenapa Ya Allah. Sampai hati Mama.

Sanggup Mama lebih mementingkan orang lain dari anak yang pernah berada dalam rahimmu selama sembilan bulan. Mama tidak adakah walau sedikitpun ruang di hatimu untuk Am dan adik-adik. Papa, kenapa di saat kami memerlukan bimbinganmu kau pergi tanpa menoleh walau sekali? Dulu aku tidak kisah kalau Mama dan Papa tiada masa untuk diriku tapi kenapa sekarang kalian sanggup meninggalkan diri ini terkapai-kapai kelemasan seorang diri.

Ya Allah jika ini dugaan yang Kau beri untuk menguji tahap keimananku, aku terima Ya Allah tapi kurniakanlah kekuatan kepadaku agar aku tidak lemah demi kedua-dua adik kesayanganku.

Akhirnya Tengku Ilham tertidur di atas sejadah kesedihannya. Alangkah indah mimpinya. Didalam mimpi tersebut dia, Tengku Izham Akmal serta Tengku Syaznani Natasya sedang bergembira berkejaran bersama-sama Mama dan Papa mereka. Tetapi tiba-tiba bayangan Mama dan Papa seakan bergerak meninggalkan mereka. “Mama…Papa…Mama…Mama…Papa…Papa…” jerit Ilham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience