BAB 14

Romance Completed 7512

“Abang Am kenapa mata abang merah? Abang sihat ke tak ni?” tanya Nani prihatin.

“Abang sakit ke? Mak abang sakit. Mata abang merah. Sekejap eh Amal panggil Mama,” giliran Amal pula menunjukkan kebimbangannya. Amal, Nani macam mana abang hendak beritahu yang Mama tidak lagi tinggal dengan kita. Macam mana Ya Allah?

“Am, kenapa ni? Am menangis kerana apa sayang. Cuba cerita pada Mak. Am jangan buat Mak risau. Cakap Am,” pujuk Mak Munah pula.

Tidak lama kemudian Pak Majid pula masuk ke ruangan dapur itu setelah mendengar keriuhan dari luar.

“Eh, Nah kenapa ni? Kenapa kecoh-kecoh ni?” tanya Pak Majid. “Abang, Am ni tidak mahu bercakap. Mata dia merah bang. Macam baru lepas menangis. Abang pujuklah dia. Suruh dia cakap. Nah risaulah bang. Tengku pulak entah kemana. Amal dah pergi panggil tapi dia tiada,” terang Mak Munah kerisauan.

“Am kenapa ni nak? Cuba beritahu Bapak,” pujuk Pak Majid pula. “Bapak, Mak…. Mama….. dah tiada,” beritahu Ilham tersekat-sekat. “Dah tiada? Tengku ke mana,” tanya Mak Munah.

“Mama dah keluar dari rumah ni. Dia akan menikah pagi ni. Lepas tu Mama akan ke England ikut suami barunya. Mak……” Ilham memeluk Mak Munah sambil menangis.

“Mak, kami ni bukan anak Mama ke? Kenapa Mama buat macam ni Mak? Am tak kisah Am dah besar tapi Adik-adik macam mana Mak. Apa Am nak beritahu Amal dengan Nani tentang Mama. Tak kan Am nak cakap Mama pun dah pergi macam Papa. Apa Am nak buat Mak…. Bapak…” luah Ilham di dalam pelukan Mak Munah. Terasa kekuatan kembali sedikit demi sedikit apabila Mak Munah mengusap dan menenangkan dirinya.

“Abang……. Betul ke Mama dah tinggalkan kita?” tanya Amal kesedihan.

“Betul, Amal. Mama dah pergi macam Papa,” terang Ilham sambil memeluk Amal. Lalu Nani pula datang kepadanya. “Kenapa Mama pergi? Mama dah tidak sayangkan kita ek?” tanya Nani pula. “Tak, sayang. Mama sayangkan kita cuma Mama ada kerja kat luar negara nanti Mama balik eh,” tipu Ilham. Nani abang minta maaf. Abang tipu Nani. Tapi abang tak tahu sama ada Mama masih sayangkan kita ke tidak.

***

Sebulan selepas peristiwa itu, Nani dan Akmal, kedua-duanya demam selama sebulan dan tidak pulih-pulih. Kedua-duanya sering memanggil nama Mama dan Papa. Ilham pula semakin sugul memikirkan cara mengubati penyakit rindu adik-adiknya.

“Mak, Am rasa kita kena tinggalkan tempat ini agar Amal dengan Nani dapat melupakan segala kenangan di dalam rumah ini. Kita perlu pergi jauh dari tempat ini Mak,” cadang Ilham. Bagi Ilham itu sahaja cara yang terbaik yang dilakukan bagi memadamkan memori adik-adiknya tentang Mama dengan Papa.

“Am, Mak denagan Bapak ikut saja rancangan kamu asalkan Amal dan Nani kembali seperti dulu. Tapi Am macam mana dengan urusan syarikat dan segala harta kamu ini,” tanya Mak Munah.

“ Mak, bagi saya hanyalah Amal dengan Nani. Segala urusan syarikat saya akan serahkan kepada peguam syarikat. Soal rumah ini saya ingat hendak upah orang untuk saya buat rumah anak-anak yatim. Saya akan upah pengurus dan pekerja sekali. Bagi harta-harta yang lain selepas Amal dengan Nani berumur 18 tahun baru saya panggil peguam untuk bahagikan sama rata. Buat masa sekaranag saya akan serahkan segalanya kepada peguam syariah yang bertauliah. Saya sudah suruh orang carikan sebuah kampung yang tenang di utara untuk kita menetap selepas ini Mak. Saya nak kita mulakan hidup baru di sana. Jauh dari debu kenangan yang menyakitkan hidup kita Mak. Mak… Bapak setuju tak?” jelas Ilham.

“Bapak dengan Mak setuju je Am. Lagipun Bapak pun dah rindu nak tinggal di kampung semula,” Pak Majid bersetuju.

“Baiklah jika semua setuju marilah kita berkemas. Lagi cepat kita pindah lagi bagus. Kalau semua setuju hujung minggu ini kita pindah ke utara di Perlis, negeri jelapang padi,” ujar Ilham.

“Assalamualaikum … Mak … ooo … Mak … Bapak … Abang Am … kami dah balik ni. Assalamualaikum … Ada orang tak?” jerit Nani. “Hish adik ni cubalah sopan sikit. Adik tu dah besar tau nanti apa pulak jiran-jiran cakap kalau nampak adik terjerit-jerit ni. Tak sopan tau. Kalau ada orang nak datang meminang pun tak jadi tau. Hahhahhahha. Hawa, abang Faizul jangan terkejut tau. Nani ni kalau balik kampung memang hilang segala keayuan dia,” sakat Amal pula.

“Waalaikumusalam… ehhh anak-anak Mak dah balik. Naiklah. Kenapa dah petang baru sampai ni? Ni ke kawan-kawan kamu yang Abang Am kamu beritahu tadi. Eh jemputlah naik nak,” sahut Mak Munah. “Mak… rindunya dekat Mak…ha ah Mak ni kawan Nani dengan Abang Amal. Yang ini nama dia Siti Hajaratul Hawa dan yang sebelahnya tu yang hensome tu abang Hawa.

Nama dia Mohammad Faizul Hambali,” ujar Nani sambil mengenalkan rakan-rakannya itu. “Jemput duduk nak Hawa, Faizul. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri,” mesra Mak Munah melayan tetamunya.

“Ha Mak, mana Bapak dengan Abang Am? Tidak nampak pun mereka,” tanya Tengku Akmal. “Abang kamu tu ke mana je yang dia suka pergi di kampung ni. Ke surau jelah dia. Bapak kamu pun pergi dengan dia tadi. Ha makanlah jemput-jemput pisang ni. Mak baru goreng tadi,” jemput Mak Munah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience