BAB 8

Romance Completed 7512

Empat bulan kemudian……..

“Am, Mama ada hal nak bincang dengan Am. Am sibuk tak” tanya Tengku Nadhirah pada satu malam ketika Ilham sedang membaca di dalam biliknya. Tengku Ilham Azhar terkejut kerana Tengku Nadhirah tidak pernah memasuki biliknya untuk berbual. ‘Mama mesti nak beritahu hal penting ni. Kalau tidak takkanlah Mama memasuki bilikku ni.’ Bisik hati Tengku Ilham. “Masuklah Mama.

Mama nak cakap apa? Am tidak sibuk pun. Saja membaca sebelum tidur. Kenapa Mama.” tanya Ilham lembut. Walaupun dia terasa dengan Mamanya kerana tidak pernah memberi kasih sayang kepadanya namun dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Walaubagaimana sikap Mama kepadanya, Tengku Ilham tetap sayang dan hormat Mamanya itu.

“Sebenarnya Am, Mama hendak berkahwin,” ujar Tengku Nadhirah perlahan.

“Alhamdulillah Mama. Mama perlu berbahagia juga. Bila mama akan berkahwin?” tanya Ilham perlahan.

“Mungkin hujung minggu ni. Tapi Mama nikah je. Tapi….” “Kenapa ni mama?”

“Mama tidak akan duduk dalam rumah ni lagi selepas Mama berkahwin nanti.”

“Kenapa pula Mama? Mama pun hendak tinggal kami ke?” tanya Ilham perlaham.‘Sabarlah wahai hati. Janganlah kau menangis wahai mata’ rintih hati Tengku Ilham.

“Am mesti masih ingat pada hari Papa ceraikan Mama. Am ingat tak Papa pernah cakap kalau Mama berkahwin lagi segala kekayaan yang Papa beri harus Mama pulangkan kepada Am dan adik-adik. Sekarang Mama akan pergi sayang. Tapi ini bukan bermakna Mama tak sayangkan kamu.” pujuk Tengku Nadhirah.

“Adik-adik macam mana Mama? Tolong fikirkan perasaan Nani dengan Amal yang masih kecil tu Mama. Mereka perlukan Mama. Mereka sudah kehilangan Papa, kini Mama pula nak tinggalkan mereka. Sampai hati Mama,” perlahan dan mendayu suara Tengku Ilham memujuk Mamanya.

“Maafkan Mama sayang. Am tolong jaga adik-adik. Mama akan pergi tanpa mereka sedari, Am. Tolong Am. Jangan beritahu adik-adik. Mereka tidak akan faham. Mama percaya Am faham hati Mama kan sayang. Mama janji Mama akan selalu telefon adik-adik dan melawat adik-adik nanti.” pujuk Tengku Nadhirah. “Jangan berjanji Mama. Papa pun pernah berjanji benda yang sama sebelum tinggalkan rumah ini tapi tidak pernah kembali walau sekali. Tak mengapalah Mama. Mama pergilah cari kebahagiaan Mama. Mungkin kami ni tidak penting dalam hidup Mama. Am akan selalu doakan kebahagiaan Mama dengan Papa. Mungkin setelah Mama pergi nanti kami tidak lagi ada di rumah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience