BAB 12

Romance Completed 7512

Mereka pulang setelah penat bersuka ria. Setelah menghantar adik-adik kembarnya masuk ke bilik, Ilham lalu memasuki biliknya untuk merehatkan diri. Namun Ilham teringat yang dia belum mengucapkan terima kasih dekat Mama. Lalu digagahkan kakinya melangkah ke bilik Mama. “Assalamualaikum… Mama boleh Am masuk?” ujar Ilham.

“Masuklah Am” “Mama, Mama nak ke mana ni? Awalnya Mama berkemas. Majlis nikah Mama pagi lusa kan?” tanya Ilham kehairanan.

“Sebenarnya Am, Mama akan keluar dari rumah ini malam ni juga. Bakal suami Mama sudah mengubah rancangan dimana kami akan berkahwin esok pagi kemudian kami akan terus ke airport kerana dia ingin membawa Mama ke rumah keluarganya di England. Mama mungkin akan menetap di sana nanti. Am marahkan Mama ke?” tanya Tengku Nadhirah perlahan.

Ilham terdiam mendengar pertanyaan Mama ketika itu.

“Sebenarnya siapa yang tidak marah apabila mama dengan papanya lebih memilih orang lain berbanding anak-anak mereka sendiri. Namun Mama jangan bimbang Am tidak marahkan Mama dengan Papa.

Mungkin ini takdir kami ditinggalkan ibu bapa. Tidak lama lagi kami akan menjadi yatim piatu, Mama,” luah Ilham perlahan. “Jangan cakap macam tu Am. Kamu bukan anak yatim. Mama dengan Papa masih hidup,”ujar Tengku Nadhirah.

“Tiada bezanya Mama hidup kami dengan anak yatim bila Mama dengan Papa tiada di sisi. Tapi Mama andai suatu hari nanti Mama rindukan kami hubungilah kami. Andai Mama ingin kembali kepada kami dengan tangan terbuka luas kami menerima kepulangan Mama dan Papa. Andai Mama bahagia doakanlah jua kebahagiaan kami di sini, Mama. Mama, Am nak minta maaf andai Am ada buat Mama marah. Maafkan Am. Halalkan segala air susu yang pernah Mama beri kepada Am. Halalkan makan minum Am. Selamat berbahagia Mama dan selamat pengantin baru Mama. Walau macammanapun Am dan adik-adik tetap sayang dan berterima kasih pada Mama dengan Papa kerana telah melahirkan kami ke dunia ini. Terima kasih kerana menjadi ibu bapa kami. Terima kasih Mama, “ kata Ilham sambil menitiskan air mata. Sesungguhnya air mata lelakinya tidak mampu ditahan olehnya dari mengalir keluar. Itulah pertama kali dia menangis dihadapan Tengku Nadhirah.

Tengku Nadhirah juga tidak mampu menahan rasa. Dia lantas memeluk putera sulung yang tidak pernah dibelainya itu. Namun begitu Tengku Ilham membesar menjadi anak yang soleh walau tanpa bimbingan dari dirinya juga dari bekas suaminya. Malam ni barulah dia mengerti bahawa dia bukanlah seorang ibu yang baik untuk anak sebaik Tengku Ilham. Dia percaya kedua-dua anak kembarnya akan membesar menjadi seperti abang mereka kerana selama ini anaknya inilah yang mendidik dan membimbing adik-adiknya.

‘Am maafkan Mama sayang. Mama tidak mampu bersama dengan kamu. Amal, Nani maafkan Mama. Maafkan Mama…..’ rintih hati Tengku Nadhirah.

“Tidak mengapalah Mama. Am janji Am akan jaga adik-adik. Am akan membesarkan mereka menjadi anak yang soleh dan soleha. Doakan kekuatan Am, Mama. Am dan adik-adik akan tunggu kepulangan Mama. Am masuk bilik dulu Mama,” ujar Ilham lalu bangun dengan pantas untuk ke biliknya. Tidak sanggup lagi berada di samping Mamanya terlalu lama. Takut dirinya menjadi lemah di hadapan Mamanya.

Mama, jangan tinggalkan Am. Am tidak kuat Mama. Mama….

“Awak bersabar dengan ujian Allah. Sesunggunhnya Allah menguji kita kerana Dia sayangkan kita” pesanan Aisyah kedengaran di telingaku. Ya Allah kenapa dia seolah-olah tahu nasib keluargaku. Aisyah, saya tidak kuat. Saya lemah. Tidak mampu rasanya diri ini menghadapi ujian yang maha berat dari Allah ini. Apa perlu saya lakukan Aisyah? Di manakah awak saat ini? Tolong saya Aisyah. Ya Allah maafkan diriku. Bantulah diriku yang tidak berdaya ini.

Ilham menangis sepuas hatinya. Setelah kesedihan beransur pulih terlihat olehnya hadiah yang dikirimkan oleh Aisyah untuk dirinya. Diambilnya hadiah itu lalu dibuka dengan berhati-hati. Teringin benar dirinya mengetahui apa isi kandungan bungkusan itu. Apabila pembalut dibuka kelihatan senaskhah Al-Quran dan sejadah di dalamnya. Selain itu, terdapat juga sepucuk surat berwarna biru. Lalu Ilham pun membuka lembaran surat biru itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience